Pengurusan ingatan Mac OS

(Dilencongkan dari Pengurusan ingatan OS Mac)

Dalam sejarah, Mac OS menggunakan bentuk pengurusan ingatan yang tidak lagi digemari dalam sistem moden. Kritikan terhadap pendekatan ini merupakan salah satu perkara penting yang ditangani oleh pertukaran kepada Mac OS X.

Masalah asal untuk pereka Macintosh adalah bagaimana menggunakan secara optima 128K RAM yang ada pada mesin itu. Oleh kerana pada masa itu komputer hanya dapat menjalankan satu perisian pada satu masa, dan tiada penyimpan kedua yang kekal, pereka melaksanakan skim mudah yang boleh berfungsi dengan baik dalam kankangan tersebut. Malangnya pilihan reka bentuk tidak dapat diskala dengan perkembangan komputer, menyebabkan pelbagai masalah kepada penulis perisian dan pengguna.