Penikaman Salman Rushdie

Pada 12 Ogos 2022, seorang lelaki menikam novelis British-Amerika kelahiran India, Salman Rushdie beberapa kali ketika mula memberi syarahan umum di Institusi Chautauqua di Chautauqua, New York, Amerika Syarikat.[3][4][5] Pengasas bersama City of Asylum, Henry Reese, yang juga berada di atas pentas dan akan mula menemu bual Rushdie, mengalami kecederaan ringan di kepala semasa serangan itu. Seorang suspek berusia 24 tahun, Hadi Matar, ditahan di tempat kejadian. Matar didakwa pada hari berikutnya dengan cubaan membunuh dan menyerang.

Penikaman Salman Rushdie
Panggung amfiteater tempat kejadian (gambar diambil 20 Julai 2022)
Map
Tarikh12 Ogos 2022; 19 bulan yang lalu (2022-08-12)
Masas. 10:47 am[1] (Zon Waktu Timur)
LokasiAmfiteater Chautauqua[2] Institusi Chautauqua, Chautauqua, New York, AS
Koordinat42°12′30″N 79°27′51″W / 42.2084°N 79.4643°W / 42.2084; -79.4643Koordinat: 42°12′30″N 79°27′51″W / 42.2084°N 79.4643°W / 42.2084; -79.4643
JenisPenikaman
SasaranSalman Rushdie
Kecederaan2
Penahanan1
TertuduhHadi Matar
TuduhanCubaan membunuh darjat dua, serangan darjat dua

Rushdie telah hidup di bawah ancaman pembunuhan sejak kerajaan Iran menyeru agar dia dihukum bunuh dan menetapkan habuan untuk kematiannya berikutan penerbitan novel keempatnya, The Satanic Verses pada 1988.

Latar belakang sunting

Novel keempat Salman Rushdie, The Satanic Verses, mendapat kutukan dan tentangan besar daripada dunia Islam, terutamanya pendukung Syiah tegar selepas penerbitannya pada 1988. Pada 1989, Ayatollah Khomeini, Pemimpin Tertinggi Iran, mengeluarkan fatwa yang menyeru agar Rushdie dibunuh,[6][7] menyebabkan Rushdie bersembunyi selama beberapa tahun.[8] Pada tahun-tahun sebelum tikaman itu, Rushdie mengembara tanpa butiran keselamatan, dan perayaan Chautauqua terkenal dengan "persekitaran yang boleh diakses" dan "santai".

Pelaksanaan Arahan Perintah Imam menetapkan habuan AS$3 juta kepada pembunuh Rushdie, dengan Yayasan 15 Khordad menawarkan untuk membayarnya.[9]

Habuan ini tidak pernah ditarik balik, walaupun pada 1998, kerajaan Iran berusaha untuk memisahkan diri daripada fatwa dan berjanji untuk berhenti mendesak supaya ia dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan semula pada 2017 bahawa fatwa itu kekal, dengan mengatakan, "Perintah itu adalah seperti yang dikeluarkan oleh Imam Khomeini."[10][11]

Selepas itu, pihak Yayasan tetap diam dan enggan menjawab Associated Press.[12]

Serangan sunting

Salman Rushdie (kiri) dan Henry Reese, mangsa-mangsa serangan.

Pada 12 Ogos, lebih kurang jam 10:47 pagi EDT, seorang penyerang menyerbu ke pentas Institusi Chautauqua, di mana Rushdie akan memberi ceramah tentang Amerika Syarikat sebagai tempat selamat kepada penulis buangan. Penyerang itu menikamnya di perut dan leher, dan kata polis serta saksi, penyerang berusaha untuk meneruskan serangan walaupun beberapa orang menahannya. Pengasas bersama City of Asylum, Henry Reese, juga berada di atas pentas pada masa itu, akan mula menemu bual Rushdie; dia mengalami kecederaan ringan di kepala semasa serangan itu.[13] Seorang doktor yang hadir dalam kuliah segera merawat Rushdie.[14]

Seorang askar New York dan timbalan syerif, kedua-duanya hadir pada majlis itu, menahan penyerang di tempat kejadian.[15][16][17]

Rushdie telah diterbangkan dengan helikopter ke UPMC Hamot, sebuah hospital pengajian tinggi di Erie, Pennsylvania.[18] Ejen sastera novelis itu, Andrew Wylie, berkata pada petang 12 Ogos bahawa Rushdie telah menjalani pembedahan, dan berada dalam bantuan pernafasan serta tidak mampu bertutur. Wylie berkata, Rushdie berdepan kemungkinan buta sebelah mata, selain kemungkinan kerosakan hati dan beberapa saraf terputus dalam satu lengan.[3][19]

Pada 13 Ogos, seorang peguam daerah tempatan menerangkan sifat kecederaan Rushdie, mengesahkan empat luka di bahagian perut perutnya, tiga luka di sebelah kanan bahagian depan lehernya, satu luka di mata kanannya, satu luka di dadanya dan satu luka di paha kanannya.[20] Kemudian pada hari itu, Wylie berkata bahawa Rushdie telah ditanggalkan daripada ventilator dan boleh bercakap dan bergurau.[21][22] Pada 14 Ogos, Wylie berkata bahawa Rushdie sedang dalam "jalan pemulihan", sambil menambah, "kesembuhan akan mengambil masa lama; kecederaannya teruk, tetapi keadaannya menuju ke arah yang betul."[23]

Tertuduh sunting

Polis mengenal pasti suspek sebagai Hadi Matar, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Fairview, New Jersey.[17][24][25] Dia dilahirkan di California.[21] Ibu bapanya berhijrah dari Yaroun di selatan Lubnan.[21] Wartawan yang melawat kampung asal keturunannya Yaroun menyaksikan bendera Hizbullah yang disokong Iran, dan potret Hassan Nasrallah, Ali Khamenei, Ruhollah Khomeini, dan Qasem Soleimani; ketika itu, Hizbullah mengarahkan wartawan agar beredar.[21] Bapa Matar kembali ke selatan Lubnan beberapa tahun lalu dan tinggal di Yaroun, dan menurut Datuk Bandar Yaroun, Ali Tehfe, bapa Matar mengurung diri di rumahnya sejak serangan itu dan enggan bercakap dengan semua orang.[26]

Ibu Matar berkata Hadi telah berubah selepas lawatan 2018 ke Lubnan untuk melawat bapanya dan telah mengasingkan diri, menjadi lebih cenderung kepada agama. Dia menafikan anaknya dan berharap agar Rushdie sembuh. Kata ibu, Matar hampir tidak bekerja dan tidak pernah mempunyai teman wanita.[27]

Sumber dalam penguatkuasaan undang-undang memberitahu berita tempatan bahawa akaun media sosial Matar menunjukkan sokongan kepada Kor Pengawal Revolusi Islam dan terhadap "ekstremisme Syiah".[28] New York Post, merujuk kepada penguatkuasaan undang-undang, melaporkan bahawa Matar menyatakan pandangan yang menyokong kerajaan Iran.[14] Matar membawa lesen memandu palsu menggunakan nama yang merujuk kepada nama militan Hizbullah yang terbunuh, Imad Mughniyeh.[29][30][31] Matar telah mendapatkan pas pendahuluan untuk menghadiri majlis tersebut.[29][32][31]

Penyokong Hizbullah memuji penyerang itu di media sosial, memanggilnya sebagai wira, dan menggunakan hashtag "tikaman suci" dalam pos.[33]

Siasatan sunting

Siasatan terhadap tikaman Rushdie sedang diketuai oleh Polis Negeri New York, dengan bantuan daripada Biro Penyiasatan Persekutuan dan peguam daerah Chautauqua.[34]

Matar pula didakwa di mahkamah negeri atas pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua dan direman tanpa jaminan.[35] Melalui seorang peguam, dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.[21][10]

Reaksi sunting

Jurucakap pentadbiran Biden di Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengutuk serangan itu.[36] Perdana Menteri UK Boris Johnson, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Canselor Jerman Olaf Scholz juga mengeluarkan kenyataan yang menentang serangan itu dan menyatakan ucapan selamat untuk Rushdie.[36][37][38][39][40][41]

Serangan ke atas Rushdie bertepatan dengan minat yang diperbaharui untuk mendapatkan salinan The Satanic Verses, dengan novel itu menduduki tempat ketiga belas di Amazon.com pada sebelah petang selepas itu.[21]

Di Iran pula, serangan itu disambut secara meluas oleh kebanyakan akhbar konservatif, kecuali penerbitan reformis Etemad,[42] serta badan penyiar negara yang merujuk kepada Rushdie sebagai murtad.[43][44][45][46]

Di Lubnan, Hizbullah yang disokong Iran menafikan sebarang pengetahuan awal tentang kejadian itu.[47]

Rujukan sunting

  1. ^ Gelles, David; Root, Jay; Harris, Elizabeth (12 Ogos 2022). "Live Updates: Salman Rushdie Is Stabbed During Speech in Western New York". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  2. ^ Sommer, Mark; Becker, Maki. "Suspect identified after author Salman Rushdie stabbed in neck at Chautauqua Institution". The Buffalo News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  3. ^ a b Goodman, Joshua (12 Ogos 2022). "Author Salman Rushdie attacked on lecture stage in New York" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  4. ^ Staniszewski, Eugene J. (12 Ogos 2022). "State Police are investigating an attack on author Salman Rushdie". New York State Police Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  5. ^ "Salman Rushdie & Henry Reese". Chautauqua Institution (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  6. ^ "Who is Salman Rushdie? The writer who emerged from hiding". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 12 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  7. ^ Stebbins, Jack. "Salman Rushdie stabbed in neck in NY attack, 'Satanic Verses' writer airlifted to hospital" (dalam bahasa Inggeris). CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  8. ^ Borger, Julian (12 Ogos 2022). "A tsunami of outrage: Salman Rushdie and The Satanic Verses". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  9. ^ "Activists accuse Iran of responsibility for Rushdie attack". France 24. 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  10. ^ a b Suspect in Salman Rushdie attack pleads not guilty to second-degree attempted murder and assault charges, attorney says Diarkibkan 13 Ogos 2022 di Wayback Machine, CNN, Paul P. Murphy, 14 Ogos 2022.
  11. ^ "Ayatollah Khamenei's fatwa on Salman Rushdie's apostasy from Islam". khamenei.ir. February 13, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  12. ^ "Praise, worry in Iran after Rushdie attack; government quiet". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  13. ^ Jones, Dustin (12 Ogos 2022). "Author Salman Rushdie was attacked on a lecture stage in New York" (dalam bahasa Inggeris). NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  14. ^ a b "Police identify Salman Rushdie attack suspect as 24-year-old from New Jersey". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 12 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  15. ^ "Author Salman Rushdie stabbed on stage before a lecture in New York" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  16. ^ Sanchez, Ray; Thomas, Adam; Sgueglia, Kristina; Said-Moorhouse, Lauren (12 Ogos 2022). "Author Salman Rushdie attacked at western New York event and a suspect is in custody, police say". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  17. ^ a b Vargas, Ramon Antonio (12 Ogos 2022). "Police identify Salman Rushdie attack suspect as 24-year-old from New Jersey". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  18. ^ "Salman Rushdie: Author on ventilator and unable to speak, agent says". BBC News. 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  19. ^ "Salman Rushdie Updates: Update from Elizabeth A. Harris". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Ogos 2022. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  20. ^ Antonio Vargas, Ramon (13 Ogos 2022). "'Truth, courage, resilience': Biden hails Salman Rushdie after attack". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  21. ^ a b c d e f Thompson, Carolyn; Italie, Hillel (14 Ogos 2022). "Agent: Rushdie off ventilator and talking, day after attack". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  22. ^ Vargas, Ramon Antonio (13 Ogos 2022). "Salman Rushdie is off ventilator and able to talk, agent says". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  23. ^ Wright, George (14 Ogos 2022). "Salman Rushdie's 'defiant sense of humour' remains, son says". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  24. ^ Singh, Kanishka; Allen, Jonathan (12 Ogos 2022). "Salman Rushdie is stabbed in the neck at a New York lecture" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  25. ^ Root, Jay; Gelles, David; Harris, Elizabeth A.; Jacobs, Julia (12 Ogos 2022). "Salman Rushdie on Ventilator Hours After Being Stabbed in Western New York". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  26. ^ Reuters (2022-08-14). "Suspect's father refuses to speak about Salman Rushdie attack" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Dicapai pada 2022-08-15.
  27. ^ Beirut, Oliver Moody, Berlin | Anchal Vohra. "Hadi Matar: Rushdie suspect's mother says he changed after Middle East trip". The Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0140-0460. Dicapai pada 2022-08-15.
  28. ^ Goodman, Joshua (12 Ogos 2022). "Who Is Hadi Matar? NJ Man Charged With Attempted Murder in Salman Rushdie Attack". WNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  29. ^ a b "Attaque contre Salman Rushdie : ce que l'on sait de Hadi Matar, son agresseur présumé". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  30. ^ Mathers, Matt (14 Ogos 2022). "Salman Rushdie taken off ventilator and talking as Hadi Matar pleads not guilty". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  31. ^ a b Ensor, Josie (13 Ogos 2022). "Salman Rushdie stabbing suspect Hadi Matar 'had fake driving licence using name of Hizbollah leader'". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  32. ^ Hurley, Bevan; Hirwani, Peony; Mathers, Matt (13 Ogos 2022). "Salman Rushdie – latest: Author on ventilator as venue 'rejected advice to tighten security'". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  33. ^ "Hezbollah Supporters Celebrate 'Holy Stabbing' of Salman Rushdie". Asharq Al-Awsat. 14 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  34. ^ "State Police are investigating an attack on author Salman Rushdie | NYSP Newsroom". The New York State Police Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  35. ^ Melendez, Pilar (13 Ogos 2022). "Salman Rushdie Attacker Charged With Attempted Murder". The Daily Beast. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  36. ^ a b "White House condemns 'reprehensible' attack on Salman Rushdie". The Statesman (dalam bahasa Inggeris). 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  37. ^ "UK PM Boris Johnson says he is appalled that author Rushdie was stabbed". Euronews. 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  38. ^ "'His fight is our fight': France President Emmanuel Macron condemns attack on Salman Rushdie: Condemning the attack on Indian-born author Salman Rushdie, France President Emmanuel Macron said Rushdie's fight is universal now". India Today. 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  39. ^ "World leaders express shock at attack on Salman Rushdie". NHK World-Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  40. ^ "'Despicable act:' Germany's Scholz condemns Rushdie attack". 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  41. ^ "Attack on Salman Rushdie a strike on freedom of expression, Canada's Trudeau says". Reuters. 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  42. ^ "Iran conservative media praise Salman Rushdie attacker". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  43. ^ Vahdat, Ahmed; Crisp, James (13 Ogos 2022). "'Satan on the way to Hell': Iran's media glories in attack on Salman Rushdie". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
  44. ^ "Apostate Rushdie Hospitalized with Serious Injuries". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  45. ^ "Attaque contre Salman Rushdie : ce que l'on sait de Hadi Matar, son agresseur présumé". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  46. ^ "Salman Rushdie stabbed live updates: Iran conservative media hail Salman Rushdie attacker". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 13 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  47. ^ "Salman Rushdie stabbed live updates: Iran-backed Hezbollah says it has no information about attack on Rushdie". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 13 Ogos 2022.