Penilaian Menengah Rendah

peperiksaan sekolah awam di Malaysia yang dimansuhkan pada 2014

Penilaian Menengah Rendah atau dikenali dengan singkatannya PMR, merupakan satu peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Para pelajar juga diwajibkan untuk mengambil tujuh mata pelajaran asas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam untuk pelajar Islam atau Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam. Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu mata pelajaran bahasa tambahan di antara Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Bahasa Iban.

PMR telah dimansuhkan pada tahun 2013 dan peperiksaan tersebut secara rasminya ditukarkan kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2014 disebabkan kewujudan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Objektif dan Laporan sunting

Objektif PMR ialah untuk menilai prestasi pelajar di akhir tahun tiga sekolah menengah sebelum ke peringkat menengah atas yang kemudian akan mengakhiri sistem persekolahan wajib Malaysia.

Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan. Keputusan akan direkod mengikut gred berikut:

Peringkat Takrif
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Mencapai tahap penguasaan minimum
E Tidak mencapai tahap penguasaan minimum

Prestasi pelajar dalam kerja kursus bagi subjek-subjek yang mempunyai kerja khusus pula akan digred seperti berikut:

Peringkat Takrif
1 Baik
2 Memuaskan
3 Tidak mencapai tahap penguasaan minimum
4 Dikecualikan
D Tidak Melaksanakan

Format Peperiksaan sunting

Bahasa Melayu

Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:

  • 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
  • 7 soalan mencari kesalahan ayat
  • 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
  • 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
  • 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
  • 3 soalan mencari ayat yang betul
  • 3 soalan berdasarkan peribahasa
  • 10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

  • Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
  • Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
  • Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
  • Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah
  • Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah

Novel Tahap PMR:

  • Sukar Membawa Tuah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon A mulai tahun 2010)
  • Bukan Duniaku (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon B mulai tahun 2010)
  • Hikmah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon C mulai tahun 2010)
  • Istana Menanti (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 Zon D mulai tahun 2010)
  • Lestari Bukit Menghijau (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon B mulai tahun 2011)
  • Di Sebalik Wajah (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon D mulai tahun 2011)
  • Erti Sebuah Pengorbanan (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon C mulai tahun 2011)
  • Wira Persona Avatari (Digunakan oleh pelajar tingkatan 2 Zon A mulai tahun 2011)
  • Bunga Cempaka Untukmu (Digunakan oleh pelajar tingkatan 3 Zon A mulai tahun 2013)
  • 6.20

Antologi Tahap PMR:

  • Kasut Kelopak Jantung (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 1 mulai tahun 2010)
  • Gema Sepi Gadis Genius (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2011)
  • Harga Sebuah Lukisan (Digunakan oleh semua pelajar tingkatan 2 mulai tahun 2012)

Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 140:

Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar

Bahasa Inggeris

Terbahagi kepada dua kertas. 12/1 Kertas Satu melibatkan soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa (Grammar), sastera (Literature) dan pemahaman (Comprehension). Terdapat:

  • 10 soalan berdasarkan gambar/stimulus (Graphics/Stimuli)
  • 8 soalan memenuhi perkataan tertinggal dalam petikan berdasarkan jawapan yang diberikan (Rational Cloze)
  • 6 soalan mencari makna terdekat (Closest in Meaning)
  • 10 soalan berdasarkan petikan (Comprehension)
  • 6 soalan sastera Tingkatan Satu (Short Stories and Selected Poems)

12/2 Kertas Dua mengandungi tiga bahagian iaitu:

  • Bahagian A: Karangan Berpandu (Guided Composition), 30 markah
  • Bahagian B: Ringkasan (Summary), 10 markah
  • Bahagian C: Karangan Novel (Literature), 10 markah

Novel Tahap PMR:

  • The Boscombe Valley Mystery (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Selangor,WP Kl, Negeri Sembilan dan Melaka] mulai tahun 2010)
  • Journey To The Centre Of The Earth (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan] mulai tahun 2010)
  • Black Beauty (Digunakan oleh pelajar tingkatan 1 [Zon Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan] mulai tahun 2010)
  • Dr. Jekyll and Mr. Hyde
  • The Prisoner of Zenda

Antologi Tahap PMR:

A Collection of Poems, Short Stories and Drama Form 1 to Form 3

Hasil tambah kedua-dua kertas adalah 90, Hasil Tambah Markah Pelajar/90 X 100 = Markah Sebenar Pelajar

Matematik50/1,50/2

Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 20 soalan subjektif, 60 markah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.

Sains55/1,55/2

Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 5-7 soalan eksperimen atau rajah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.

Geografi23/1

Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)

Sejarah21/1

Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)

Kemahiran Hidup

Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 30 Teras, 30 Elektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100) Elektif-elektif: 76/1 Pilihan 1: Kemahiran Teknikal 77/1 Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga 78/1 Pilihan 3: Pertanian 79/1 Pilihan 4: Perdagangan dan Keusahawanan


Pendidikan Islam

Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20 markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.

Bahasa Cina

Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 32/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa, prosa moden dan prosa klasik. Terdapat:

  • 3 soalan berdasarkan pemahaman bahan rangsangan
  • 7 soalan berkaitan tatabahasa, aspek yang diuji termasuklah: HanYuPinYin, Gaya Bahasa, Peribahasa, Ayat Majmuk, Penggunaan Fungsi Kata yang Betul
  • 3 soalan mengisi tempat kosong dalam petikan menggunakan perkataan yang paling sesuai/tepat
  • 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa moden
  • 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa klasik
  • 7 soalan berdasarkan Pepatah Cina Terpilih yang dipelajari di Tingkatan Peralihan hingga 3

02/2 Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

  • Bahagian A(i) : Penulisan Kaligrafi, 6 markah
  • Bahagian B : Ringkasan, 10 markah
  • Bahagian C : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 14 markah
  • Bahagian D : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 220 patah perkataan, 30 markah

Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.

Skop dan Topik-Topik Tahap PMR sunting

Subjek Matematik
Tahap Topik
Tingkatan 1
  • Whole Numbers / Nombor Bulat
  • Number Patterns and Sequences / Corak dan Aliran Nombor
  • Fractions / Pecahan
  • Decimals / Perpuluhan
  • Percentages / Peratus
  • Integers / Nombor Positif dan Negatif I (Nombor Penuh)
  • Algebraic Expressions / Ungkapan Algebra I
  • Basic Measurements / Ukuran Asas
  • Lines and Angles I / Garisan Dan Sudut I
  • Polygons I / Poligon I
  • Perimeter and Area / Perimeter dan Luas
  • Solid Geometry I / Geometri Pepejal I
Tingkatan 2
  • Directed Numbers / Nombor Positif Dan Negatif II (Nombor Berpandu)
  • Squares, Square Roots, Cubes, Cube Roots / Padu, Asas Padu, Persegi, Asas Persegi
  • Algebraic Expressions II / Ungkapan Algebra II
  • Linear Equations I / Persamaan Linear
  • Ratios, Rates and Proportions I / Nisbah, Kadar dan Pembahagian
  • Pythagoras Theorem / Teorem Pythagoras
  • Constructions / Pembinaan
  • Coordinates / Koordinat
  • Loci in Two Dimensions / Lokus Dalam Dua Matra
  • Circles I / Bulatan I
  • Transformations I / Transformasi I
  • Solid Geometry II / Geometri Pepejal II
  • Statistics I / Statistik I
Tingkatan 3
  • Lines and Angles II / Garisan dan Sudut II
  • Polygons II / Poligon II
  • Circles II / Bulatan II
  • Statistics II / Statistik II
  • Indices / Indeks
  • Algebraic Expressions III / Ungkapan Algebra III
  • Algebraic Formulae / Rumus Algebra
  • Solid Geometry III / Geometri Pepejal III
  • Scale Drawings / Lukisan Skala
  • Transformations II / Transformasi II
  • Linear Equation II / Persamaan Linear II
  • Linear Inequalities / Persamaan Tidak Linear
  • Graphs of Function / Graf Fungsi
  • Ratios, Rates and Proportions II / Nisbah, Kadar dan Pembahagian II
  • Trigonometry / Trigonometri
Subjek Sains
Tahap Topik
Tingkatan 1
  • Introduction to Science / Pengenalan Kepada Sains
  • Cell As a Basic Unit of Life / Sel Sebagai Unit Asas Dalam Kehidupan
  • Matter / Jirim
  • Variety of Resources on Earth / Kepelbagaian Sumber di Bumi
  • The Air Around Us / Udara di Sekeliling Kita
  • Sources of Energy / Sumber Tenaga
  • Heat / Haba
Tingkatan 2
  • The World Through Our Senses / Dunia Melalui Deria Kita
  • Nutrition / Nutrisi
  • Biodiversity / Biokepelbagaian
  • Interdependence Among Living Organisms / Saling Kebergantungan Antara Organisma Hidup
  • Water and Solution / Air dan Larutan
  • Air Pressure / Tekanan Udara
  • Force / Daya
  • Support and Movement / Sokongan dan Pergerakan
  • Stability / Kestabilan
  • Simple Machine / Mesin Ringkas
Tingkatan 3
  • Respiration / Respirasi
  • Blood Circulation and Transport / Peredaran dan Pengangkutan Darah
  • Excretion / Perkumuhan
  • Reproduction / Pembiakan
  • Growth / Pertumbuhan
  • Land and its Resources / Tanah dan Sumbernya
  • Electricity / Keelektrikan
  • Generation of Electricity / Penjanaan Elektrik
  • Stars and Galaxies / Bintang dan Galaksi
  • Space Exploration / Penerokaan Angkasa Lepas
Subjek Geografi
Tahap Topik
Tingkatan 1
  • Kedudukan
  • Arah
  • Skala dan Jarak
  • Graf
  • Peta
  • Bentuk Muka Bumi
  • Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap Kegiatan Manusia
  • Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
  • Pergerakan Bumi Dalam Sistem Suria serta Pengaruhnya terhadap Cuaca dan Iklim
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia
  • Pengaruh Manusia terhadap Cuaca dan Iklim
  • Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuhan Semula Jadi
  • Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
  • Kesan-kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tingkatan 2
  • Kedudukan
  • Arah
  • Skala Dan Jarak
  • Graf
  • Rajah
  • Peta
  • Taburan Penduduk
  • Perubahan Penduduk
  • Migrasi Penduduk
  • Kesan Perubahan Penduduk terhadap Alam Sekitar
  • Hubungan Kependudukan dengan Sumber
  • Petempatan
  • Pembandaran
  • Keperluan Pengangkutan dan Perhubungan Awal
  • Perkembangan Sistem Pengangkutan
  • Perkembangan Sistem Perhubungan
Tingkatan 3
  • Kedudukan
  • Arah
  • Skala dan Jarak
  • Graf Carta dan Rajah
  • Peta
  • Sumber-sumber Utama
  • Taburan Pelbagai Sumber
  • Kepentingan Pelbagai Sumber
  • Kesan Penerokaan Sumber terhadap Alam Sekitar
  • Pengurusan Sumber
  • Kegiatan Ekonomi
  • Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi
  • Sumbangan Kegiatan Ekonomi terhadap Pembangunan Negara
  • Kesan Kegiatan Ekonomi terhadap Alam Sekitar
  • Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi terhadap Alam Sekitar
  • Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Subjek Sejarah
Tahap Topik
Tingkatan 1
  • Sejarah dan Kita
  • Zaman Prasejarah di Malaysia
  • Kerajaan Awal di Asia Tenggara
  • Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
  • Kegemilangan Melaka
  • Kemerosotan Melaka
  • Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
  • Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
  • Warisan Kesultanan Melayu
  • Sarawak
  • Sabah
Tingkatan 2
  • Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
  • Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British
  • Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
  • Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke
  • Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
  • British Mengeksploit Ekonomi
  • Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa
  • Kebangkitan Semangat Kebangsaan untuk Mengangkat Martabat Bangsa
Tingkatan 3
Subjek Kemahiran Hidup
Tahap Topik
Tingkatan 1 Teras
  • Organisasi Bengkel dan Keselamatan
  • Reka Bentuk dan Penghasilan Projek I
  • Elektrik I
  • Kerja Paip
  • Jahitan
  • Tanaman Hiasan I


Kemahiran Teknikal

  • Elektrik
  • Asas Elektromekanikal
  • Perniagaan dan Keusahawanan
Tingkatan 2 Teras
  • Reka Bentuk dan Penghasilan Projek II
  • Elektronik I
  • Lukisan Teknik
  • Masakan
  • Tanaman Hiasan II


Kemahiran Teknikal

  • Lukisan Teknik
  • Elektronik
  • Perniagaan dan Keusahawanan
Tingkatan 3 Teras
  • Reka Cipta
  • Elektrik II
  • Elektronik II
  • Tempat Kediaman


Kemahiran Teknikal

Semua Ekonomi Rumah Tangga
Pertanian
Perdagangan
Subjek Pendidikan Islam
Tahap Topik
Tingkatan 1 Tilawah
  • Al-Quran Menjana Kecermelangan Hidup
  • Mencontohi Kepatuhan Malaikat
  • Berbudi dan Berbakti Cara Hidup Mukmin
  • Sabar Menghadapi Ujian Allah S.W.T.
  • Makanan yang Halal dan Haram Menurut Islam
  • Kepentingan Doa Dalam Hidup Mukmin
  • Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan
  • Keagungan dan Kekuasaan Allah S.W.T.
  • Berpegang Teguh dengan Agama Allah S.W.T.
  • Sifat-sifat Allah S.W.T.

Hadis

  • Pengenalan Hadis
  • Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
  • Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan

Akidah

  • Konsep Akidah
  • Asas Akidah Islam
  • Konsep Muslim dan Mukmin
  • Rukun Iman Teras Akidah Islam
  • Dalil Kewujudan Allah S.W.T.

Ibadah

Sirah

  • Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam
  • Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.
  • Kejayaan Rasulullah s.a.w. Meletakkan Asas Akidah yang Kukuh
  • Strategi Perjuangan Rasulullah s.a.w. di Makkah
  • Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah
  • Kunggulan Perjuangan Tokoh-tokoh Islam

Akhlak

  • Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan
  • Adab Berkawan
  • Adab kepada Ibu Bapa
  • Adab Bergaul dengan Keluarga
  • Adab Berguru
  • Adab Menuntut Ilmu
  • Adab Menjaga Harta Sekolah
  • Adab Membaca Al-Quran
Tingkatan 2 Tilawah
  • Hidayah Sumber Kebahagiaan
  • Ilmu Penyuluh Kehidupan
  • Menginsafi Kekuasaan Allah S.W.T.
  • Menghargai Sunatullah
  • Perpaduan Asas Kesejahteraan
  • Dakwah Tanggungjawab Bersama
  • Segera Bertaubat dan Beristighfar
  • Mencontohi Dakwah Rasulullah s.a.w.

Hadis

  • Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama
  • Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

Akidah

Ibadah

  • Solat Qasar dan Jamak
  • Puasa Menjana Keperibadian Muslim
  • Menghayati Bulan Ramadhan
  • Zakat Fitrah

Sirah

Akhlak

  • Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan
  • Menghayati Adab Berjiran
  • Menjaga Maruah Diri
  • Menjana Keharmonian Hidup
  • Memelihara Kesucian Masjid dan Surau
  • Memelihara Kesucian Mashaf
  • Doa Penyeri Kehidupan
  • Wawasan Beribadat
Tingkatan 3 Tilawah
  • Memohon Keampunan dan Rahmat Allah S.W.T.
  • Meyakini Hari Kebangkitan
  • Memanfaatkan Anugerah Allah S.W.T.
  • Mengingati Allah S.W.T. Menenangkan Hati
  • Menunaikan Kewajiban Solat Jumaat

Hadis

  • Amalan Kebajikan Mukmin
  • Adab kepada Binatang

Akidah

  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ibadah

Sirah

  • Kunggulan Perjuangan tokoh-tokoh
  • Kepimpinan Rasulullah s.a.w. di Madinah
  • Pembukaan Kota Makkah

Akhlak

  • Adab Dalam Hubungan Sosial
  • Adab terhadap Ibu Bapa
  • Adab Berpidato

Kemungkinan dimansuh sunting

Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.[1]

Pada tahun 2014, secara rasminya Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Rujukan sunting

Lihat juga sunting