Penimbangtaraan

kaedah menyelesaikan perselisihan

Penimbangtaraan merupakan satu bentuk penyelesaian pertikaian alternatif yang digunakan untuk menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah. Pertikaian antara pihak-pihak yang terlibat akan diputuskan oleh seorang arbiter atau panel arbiter, yang akan menyampaikan award timbang tara. Keputusan dan award timbang tara adalah sah antara pihak-pihak yang terlibat dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Penimbangtaraan sering digunakan dalam penyelesaikan pertikaian komersial, terutamanya dalam konteks urus niaga perdagangan antarabangsa.

Penimbangtaraan boleh dilakukan secara sukarela atau mandatori. Namun begitu, penimbangtaraan mandatori hanya berlaku sekiranya pihak-pihak dalam sesuatu kontrak bersetuju secara bertulis untuk merujuk dan menyelesaikan sebarang pertikaian melalui penimbangtaraan).



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.