Peniruan bunuh diri

Peniruan bunuh diri merupakan sebuah kejadian bunuh diri yang berlatar belakangkan keinginan untuk meniru kejadian bunuh diri sebelumnya. Bunuh diri ini tersebar di antara kelompok persahabatan dan juga tindakan bunuh diri yang ditularkan melalui perbagai bentuk media. Secara umumnya lantaran paparan yang begitu menonjol, kejadiannya dramatik, sensasi dan disiarkan secara terus oleh media.

Begitu banyak bukti bahawa media mempunyai pengaruh besar terhadap perlakuan bunuh diri. Umumnya remaja dan dewasa muda yang mempunyai faktor risiko yang banyak meniru tindakan bunuh diri dengan kaedah yang sama. Contohnya adalah dengan cara terjun dari bangunan yang tinggi seperti di pusat membeli-belah, bangunan pangsapuri yang tinggi, bangunan tinggi, mahupun seperti itu.[1]

Penulisan wartawan sunting

Garis panduan pelaporan kejadian bunuh diri (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)[2]

  1. Ambil peluang mendidik pembaca tentang bunuh diri;
  2. Elakkan laras bahasa yang menormalisasikan atau mengalu-alukan bunuh diri sebagai suatu jalan penyelesaian;
  3. Elakkan penceritaan berulang-ulang tentang masalah bunuh diri;
  4. Elakkan penceritaan terperinci tentang kaedah serta tempat bunuh diri dilakukan;
  5. Gunakan laras bahasa betul pada tajuk;
  6. Berhati-hati ketika menggunakan gambar atau video;
  7. Berhati-hati ketika melaporkan kejadian bunuh diri dalam kalangan selebriti;
  8. Menunjukkan keprihatinan terhadap saudara terdekat terlibat;
  9. Berikan maklumat bantuan yang boleh dicapai;
  10. Mengiktiraf bahawa pihak profesional media juga boleh terkesan dengan pelaporan bunuh diri.

Pelbagai negara memiliki panduan kewartawanan nasional dengan pelbagai darjat, seperti darjat ekstrem - "bunuh diri dan percubaan bunuh diri pada umumnya tidak boleh disebut" (Norway) sehingga yang lebih sederhana seperti "dalam kes bunuh diri, penerbitan atau penyiaran maklumat secara berlebihan dan melampaui batas normal dengan tujuan mempengaruhi pembaca atau penonton tidak sepatutnya berlaku." Pakar psikologi Universiti London, Alex Mesoudi mengesyorkan agar wartawan mengikuti garis panduan yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan yang lain untuk membuat liputan mengenai sebarang kejadian bunuh diri: gunakan pengekangan ketat dalam menutup kematian ini - mengelakkan penggunaan perkataan "bunuh diri" di tajuk utama, tidak mengindahkan kematiannya, dan hadkan jumlah cerita.[3]

Selain itu, fotografi, gambar atau filem yang menggambarkan kes-kes seperti itu tidak boleh diumumkan kepada umum seperti dalam kes Turki.[4] Walaupun banyak negara tidak mempunyai panduan bertahap kebangsaan, pihak media sendiri sering mempunyai panduan dalaman seperti yang serupa. Di Amerika Syarikat, tidak ada piawaian secara keseluruhan. Tinjauan terhadap panduan dalaman daripada 16 buah surat khabar harian Amerika menunjukkan bahawa hanya tiga yang menyebut perkataan "bunuh diri", dan tidak ada yang memberikan panduan mengenai penerbitan kaedah bunuh diri. Craig Branson, pengarah dalam talian American Society of News Editors (ASNE), telah dikutip sebagai berkata, "Panduan industri sangat umum dan sukarela. Sebilangan besar keputusan etika diserahkan kepada penyunting individu berdasarkan kertas kerja individu. Industri ini akan melawan sebarang percubaan untuk membuat peraturan atau piawaian yang lebih spesifik, dan para penyunting pasti akan mengabaikannya."[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Awas, Bunuh Diri di Mal Jadi Tren - Kompas.com
  2. ^ "Preventing Suicide - A Resource for Media Professionals" (PDF). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (dalam bahasa Inggeris). 2008. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  3. ^ Franklin, D (2009). "Copycat Suicides: What's The Media's Role?". NPR. Dicapai pada August 1, 2015.
  4. ^ a b Norris, Bill; Mike Jempson; Lesley Bygrave (September 2001). "Covering suicide worldwide: media responsibilities" (PDF). The MediaWise Trust. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-06-09.

Bacaan tambahan sunting

Pautan luar sunting