Penjara Najib Razak

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan Malaysia mengekalkan sabitan dan hukuman 12 dan 87 sebatan atas beliau asal cie beureum pada tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International. Najib tiba pada pukul 6.15 petang menaiki SUV berwarna hitam diiringi beberapa buah kenderaan lain dari Istana Kehakiman Putrajaya.

Latar belakang sunting

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.

Penghakiman muktamad sunting

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana SRC. Panel lima hakim dipengerusikan oleh Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat ketetapan yang tepat dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan. Susulan keputusan itu, Najib diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Masuk penjara sunting

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihantar ke Penjara Kajang kira-kira 5.43 petang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan polis dan tiba di penjara pada 6.47 petang.[1] Beliau menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama menjalani hukuman di Penjara Kajang.[2] Najib masih berdepan empat lagi kes berkaitan rasuah dana 1MDB dan agensi kerajaan lain.[3][4][5]

Berita mengenai Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun menjadi tajuk utama kesemua akhbar tempatan.[6]

Pada 24 Ogos 2022, hampir 300 penyokong Najib berkumpul di hadapan Istana Negara bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan diraja kepada Najib.[7][8][9]

Pada 24 Ogos 2022, Jabatan Penjara Malaysia menyangkal khabar angin bahawa Najib akan menerima layanan istimewa di Penjara Kajang.[10]

Pada 25 Ogos 2022, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad percaya Najib yang dipenjarakan 'berkemungkinan besar' akan menerima pengampunan pada satu masa nanti. Dalam satu kenyataan, beliau kesal dengan kelewatan perbicaraan SRC International membabitkan Najib sehingga menyebabkan banyak kes lain tertangguh.[11][12]

Pada 25 Ogos 2022, Royal Lake Club Kuala Lumpur memecat Najib sebagai penaung.[13]

Pada 29 Ogos 2022, Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar Najib tidak wajar diampunkan mencecah lebih 112,000. Sementara itu, satu lagi referendum yang dilancarkan oleh penyokong Najib pula sehingga mendapat 8,957 tandatangan.[14]

Pada 2 September 2022, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyifatkan hukuman kes rasuah Najib dan isterinya Rosmah Mansor sebagai “kejayaan rakyat menentang rasuah secara besar-besaran.”[15]

Pada 4 September 2022, Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana perbuatan rasuah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pegawai Khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata Najib dimasukkan ke HKL pada tengah hari dan sedang menerima rawatan namun beliau tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatan berkenaan.[16]

Pada 5 September 2022, Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memaklumkan, petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.[17][18]

Pada 6 September 2022, Najib mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan.[19][20]

Pada 7 September 2022, Jabatan Penjara menolak dakwaan yang sedang tular di media sosial, kononnya Najib, tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebalik ditempatkan dalam sebuah rumah pegawai dalam di Penjara Kajang.[21][22][23]

Pada 8 September 2022, satu sumber yang berjawatan penting dalam kerajaan berkata kepada BenarNews tentang Najib yang sedang menjalani hukuman penjara ditempatkan dalam sel pengasingan khas bagi banduan yang dikawal ketat di Penjara Kajang, tetapi menafikan bahawa ahli politik itu menerima sebarang layanan istimewa. Selain itu, kata sumber tersebut, Najib juga hanya menerima makanan penjara yang sama seperti dimakan oleh banduan lain. Satu-satunya perbezaan untuk Najib adalah beliau dibenarkan untuk menikmati makanannya di bawah kipas siling kerana mempunyai masalah asma.[24]

Pada 8 September 2022, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengesahkan beliau menerima usul daripada Najib mengenai semakan kesnya di mahkamah. Penerimaan usul itu bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan diketahui selepas usul itu dan petisyen pengampunan diselesaikan. Beliau berkata, dokumen tambahan itu antara lain surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 7 September 2022 mengenai permohonan Semakan Jenayah (Review) menurut Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan.[25][26][27]

Pada 19 September 2022, Sekumpulan NGO mendesak kerajaan memansuhkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Najib kekal sebagai anggota parlimen sehingga permohonan pengampunan diraja selesai. Empat kumpulan itu menggesa Perkara 48(4)(c), yang menyatakan bahawa kehilangan kelayakan hanya akan berkuat kuasa selepas petisyen pengampunan dibereskan, dimansuhkan. Kenyataan media itu dikeluarkan oleh aktivis hak asasi manusia Charles Hector bagi pihak Aliran, Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) and Workers Hub for Change (WH4C).[28]

Pada 23 September 2022, seorang ahli perniagaan membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa Najib diberi layanan istimewa ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.[29][30]

Pada 26 September 2022, Peguam kepada Najib, Muhammad Shafee Abdullah, menolak dakwaan layanan istimewa diberikan kepada Najib yang sebelum ini tular di media sosial dengan rujukan nama 'Kod Merpati'.[31]

Pada 28 September 2022, permohonan semakan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara dalam kes SRC ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 21 Oktober.[32][33]

Pada 3 Oktober 2022, permohonan Najib untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat ditolak Jabatan Penjara Malaysia (JPM).[34]

Pada 11 Oktober 2022, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad berkata selagi Najib masih menjalani hukuman itu, beliau tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).[35][36]

Pada 13 Oktober 2022, UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan Najib sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).[37][38]

Pada 13 Oktober 2022, pihak pendakwaan kes Najib berhubung penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa bekas perdana menteri itu diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.[39]

Reaksi sunting

Hukuman itu disambut baik pembangkang dan pengkritiknya yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu itu.

Domestik sunting

Antarabangsa sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Najib tiba di Penjara Kajang
  2. ^ Najib bekas PM pertama masuk penjara
  3. ^ Najib masih ada empat lagi kes mahkamah
  4. ^ Najib ada empat lagi perbicaraan
  5. ^ Apa lagi kes berprofil tinggi dihadapi Najib?
  6. ^ Najib masuk penjara, jadi muka hadapan akhbar Malaysia
  7. ^ NGO serah memorandum pengampunan Najib di Istana Negara
  8. ^ Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
  9. ^ 300 penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan diraja
  10. ^ Tiada layanan istimewa untuk Najib, kata Jabatan Penjara
  11. ^ Besar kemungkinan Najib akan diampun - Dr M
  12. ^ Tun M yakin Najib terima pengampunan
  13. ^ Royal Lake Club KL pecat Najib serta-merta sebagai penaung
  14. ^ Lebih 112,000 tandatangan petisyen Najib tidak wajar diampunkan
  15. ^ Bersih 2.0: Hukuman Najib, Rosmah simbol kejayaan rakyat tolak rasuah
  16. ^ Najib jalani rawatan di HKL
  17. ^ Najib kekal Ahli Parlimen Pekan
  18. ^ Najib fail petisyen pengampunan, status Ahli Parlimen Pekan kekal
  19. ^ Najib fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, mohon hukuman ditangguhkan
  20. ^ Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
  21. ^ Jabatan Penjara nafi Najib diami rumah pegawai dalam Penjara Kajang
  22. ^ Jabatan Penjara Malaysia nafi Najib ditempatkan di rumah
  23. ^ Jabatan Penjara nafi dakwaan Najib ditahan di rumah, bukan dalam sel
  24. ^ Sumber: Bekas PM Najib ditempatkan berasingan dalam penjara, terima layanan sama seperti banduan lain
  25. ^ Najib kekal Ahli Parlimen hingga proses pengampunan, semakan kehakiman selesai
  26. ^ Status Ahli Parlimen: Speaker Dewan Rakyat terima usul dari Najib
  27. ^ Najib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan, usul selesai, kata speaker
  28. ^ ‘Pinda perlembagaan untuk gugur segera kelayakan Najib sebagai MP’
  29. ^ Peniaga lapor polis dakwaan layanan istimewa terhadap Najib
  30. ^ Ahli perniagaan lapor polis dakwaan ‘merpati’ dapat layanan istimewa di HRC
  31. ^ 'Apa itu merpati?' - peguam Najib
  32. ^ Kes SRC RM42 juta: Permohonan semakan Najib pada 21 Oktober
  33. ^ Peguam Shafee Ketuai Permohonan Semakan, Pengurusan Kes SRC Najib Pada 21 Oktober
  34. ^ Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir sidang Parlimen
  35. ^ Najib tidak dibenarkan keluar berkempen PRU15 - Penjara
  36. ^ Najib tak dibenar keluar berkempen PRU15, kata Jabatan Penjara
  37. ^ Najib dinamakan calon Parlimen Pekan
  38. ^ Najib dinamakan sebagai antara lima calon parlimen Pekan
  39. ^ SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tiada merit