Penjara Sugamo

penjara tentera

Penjara Sugamo (Bahasa Jepun: Sugamo Kōchi-sho, Kyūjitai: 巢鴨拘置所, Shinjitai: 巣鴨拘置所, Bahasa Inggeris: Sugamo Prison) terletak di daerah Ikebukuro yang kini menjadi sebahagian dari wad Toshima di Tokyo, Jepun.

Penjara Sugamo, 1949
Penjara Sugamo pada 1945
Penjara Sugamo pada Disember 1948

Sejarah sunting

Penjara Sugamo pada awalnya dibina pada 1895, dengan menjadikan penjara Eropah sebagai model. Menjelang tahun 1930-an, ia menjadi terkenal sebagai tempat tinggal banduan politik, termasuk ramai tokoh komunis dan pembangkang yang tidak mematuhi Undang-Undang Pemeliharaan Kedamaian pada tahun 1930-an dan 1940-an. Pengintip Berikat juga ditahan di sana termasuk Richard Sorge yang dihukum gantung di penjara pada 7 November 1944.

Penjara itu tidak musnah semasa pengeboman Tokyo pada Perang Dunia II, dan pasukan penjajah Sekutu mengambil alihnya semasa pendudukan Jepun untuk menempatkan suspek penjenayah perang ketika mereka menunggu perbicaraan di hadapan Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh. Setelah tamat perbicaraan, Penjara Sugamo digunakan untuk memenjarakan beberapa orang yang disabitkan bersalah dan menjadi lokasi pelaksanaan tujuh tahanan yang dijatuhkan hukuman mati dengan digantung pada 23 Disember 1948.

Banduan makan makanan Jepun yang disediakan oleh kakitangan Jepun dan dihidangkan oleh tahanan itu sendiri. Ada kalanya bekas Perdana Menteri Hideki Tojo menghidangkan makanan kepada semua tahanan kelas "A" yang lain. Sebilangan sayur-sayuran yang digunakan dalam makanan ini ditanam di pekarangan.

Setelah berakhirnya pendudukan Jepun. Penjara Sugamo diserahkan kepada kawalan pemerintah awam Jepun. Sebilangan besar penjenayah perang yang tinggal diampuni atau dibebaskan oleh pemerintah. Pada 1962 fungsinya sebagai penjara berakhir. Pada 1971 bangunan penjara ditutup.

Pada 1978, Bangunan Sunshine 60 setelah siap dibina merupakan pencakar langit tertinggi di Jepun, ia dibina di bekas tapak lokasi Penjara Sugamo. Apa yang tinggal untuk memperingati penjara berkenaan adalah batu yang terukir dalam bahasa Jepun yang bermaksud, "Doakan Kedamaian Abadi."

Rujukan sunting

  • Ginn, John L. (1992). Sugamo Prison, Tokyo: An Account of the Trial and Sentencing of Japanese War Criminals in 1948, by a U.S. Participant (dalam bahasa Inggeris). McFarland & Company. ISBN 0-89950-739-5.

Pautan luar sunting

Koordinat: 35°43′46″N 139°43′04″E / 35.729583°N 139.717778°E / 35.729583; 139.717778