Penjarakan fizikal

usaha mengekang penyebaran penyakit berjangkit melalui pengurangan perhubungan dekat sesama manusia
(Dilencongkan dari Penjarakan sosial)

Penjarakan sosial (Bahasa Inggeris: social distancing) ialah aturan tindakan kawalan jangkitan yang tidak melibatkan sebarang rawatan perubatan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebarangkalian sentuhan antara orang yang membawa suatu jangkitan, dan mereka yang tidak terjangkit bagi tujuan menghentikan dan memperlahan penularan penyakit, morbiditi dan akhirnya, kematian[5][6] dengan mengekalkan jarak fizikal antara individu dan mengurangkan kekerapan individu bersentuhan antara satu sama lain.[7]Biasanya ia melibatkan penjagaan jarak tertentu dari orang lain (jarak yang ditentukan berbeza dari satu negara ke negara yang lain dan dapat berubah mengikut masa) dan mengelakkan berkumpul dalam kumpulan besar.[8][9]

Jarak sosial membantu mencegah puncak jangkitan yang tinggi ("merendahkan lengkungan epidemik") untuk membantu perkhidmatan kesihatan menangani permintaan, dan memperpanjang masa untuk perkhidmatan kesihatan meningkat dan diperbaiki.[1][2][3][4]

Penjarakkan sosial adalah yang paling berkesan apabila suatu jangkitan dapat ditularkan melalui sentuhan titisan (batuk atau bersin); sentuhan fizikal langsung, termasuk sentuhan seks; sentuhan fizikal tidak langsung (contohnya dengan menyentuh permukaan tercemar seperti fomit); atau penularan bawaan udara (jika mikroorganisma dapat bertahan dalam udara dalam tempoh yang lama).[10] Penjarakan sosial boleh menjadi kurang berkesan dalam kes apabila jangkitan ditularkan terutamanya melalui air atau makanan tercemar atau melalui vektor seperti nyamuk atau serangga lain, dan kurang kerap dari individu ke individu.[11] Kelemahan penjarakkan sosial termasuk kesepian, daya pengeluaran berkurang, dan kehilangan manfaat lain berkait dengan interaksi manusia.

Dalam sejarah, perkampungan pesakit kusta dan lazaretto didirikan sebagai cara mencegah penyebaran penyakit kusta dan penyakit berjangkit yang lain melalui penjarakkan sosial,[12] sehingga penularan difahami dan rawatan berkesan dicipta.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Wiles, Siouxsie (9 Mac 2020). "The three phases of Covid-19 – and how we can make it manageable". The Spinoff. Morningside, Auckland, New Zealand. Diarkib daripada yang asal pada 27 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  2. ^ Wiles, Siouxsie (14 Mac 2020). "After 'Flatten the Curve', we must now 'Stop the Spread'. Here's what that means". The Spinoff. Morningside, Auckland, New Zealand. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mac 2020. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  3. ^ Anderson, Roy Malcom; Heesterbeek, Hans J. A. P.; Klinkenberg, Don; Hollingsworth, T. Déirdre (9 Mac 2020). "How will country-based mitigation measures influence the course of the COVID-19 epidemic?". The Lancet. 395 (10228): 931–934. doi:10.1016/S0140-6736(20)30567-5. ISSN 0140-6736. PMC 7158572 Periksa nilai |pmc= (bantuan). PMID 32164834. Diarkib daripada yang asal pada 27 Mac 2020. Dicapai pada 28 Mac 2020. A key issue for epidemiologists is helping policy makers decide the main objectives of mitigation—e.g., minimising morbidity and associated mortality, avoiding an epidemic peak that overwhelms health-care services, keeping the effects on the economy within manageable levels, and flattening the epidemic curve to wait for vaccine development and manufacture on scale and antiviral drug therapies.
  4. ^ Islam, Nazrul; Sharp, Stephen J; Chowell, Gerardo; Shabnam, Sharmin; Kawachi, Ichiro; Lacey, Ben; Massaro, Joseph M; D’Agostino, Ralph B; White, Martin (2020-07-15). "Physical distancing interventions and incidence of coronavirus disease 2019: natural experiment in 149 countries". BMJ (dalam bahasa Inggeris). 370: m2743. doi:10.1136/bmj.m2743. ISSN 1756-1833. PMC 7360923 Periksa nilai |pmc= (bantuan). PMID 32669358.
  5. ^ Johnson, Carolyn Y.; Sun, Lena; Freedman, Andrew (10 Mac 2020). "Social distancing could buy U.S. valuable time against coronavirus". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2020.
  6. ^ Pandemic Planning - Social Distancing Fact Sheet
  7. ^ Harris, Margaret; Adhanom Ghebreyesus, Tedros; Liu, Tu; Ryan, Michael "Mike" J.; Vadia; Van Kerkhove, Maria D.; Diego; Foulkes, Imogen; Ondelam, Charles; Gretler, Corinne; Costas (20 Mac 2020). "COVID-19" (PDF). World Health Organization. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 25 Mac 2020. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  8. ^ Pearce, Katie (13 Mac 2020). "What is social distancing and how can it slow the spread of COVID-19?". The Hub. Johns Hopkins University. Diarkib daripada yang asal pada 29 Mac 2020. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  9. ^ "Risk Assessment and Management". Centers for Disease Control and Prevention. 22 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Mac 2020. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  10. ^ "Information about Social Distancing", (dalam bahasa Inggeris) Santa Clara Public Health Department.
  11. ^ "Interim Pre-Pandemic Planning Guidance: Community Strategy for Pandemic Influenza Mitigation in the United States—Early, Targeted, Layered Use of Nonpharmaceutical Interventions", (dalam bahasa Inggeris) CDC, Februari 2007
  12. ^ Charles Léon Souvay, "Leprosy", (dalam bahasa Inggeris) Catholic Encyclopedia (1913), Volume 9.

Pautan luarSunting