Pensiangan

Pensiangan adalah pekan kecil dan juga merupakan salah satu kawasan Parlimen di negeri Sabah, Malaysia. Terletak di Bahagian Pedalaman Sabah dan merupakan bekas pekan utama dan juga Pentadbiran bagi daerah Pensiangan yang kini dikenali sebagai Daerah Nabawan. Merupakan salah satu dari pekan yang terletak jauh di dalam hutan belantara di Borneo Utara, kira-kira 115 kilometer dari pantai terdekat, dan kira-kira 20 kilometer dari sempadan daratan Kalimantan, Republik Indonesia.

Pensiangan
Sebahagian Pekan Pensiangan dan Sungai Tagol
Sebahagian Pekan Pensiangan dan Sungai Tagol
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahNabawan
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Nabawan
 • MPYang Berhormat Tuan Arthur Joseph Kurup (GBS-PBRS) (Pensiangan) Gabungan Bersatu Sabah Pbrslogo.gif
Zon waktuMST
Kawasan KejirananSapulut dan Nabawan

SungaiSunting

 
Pemandangan Sungai Tagol, Pensiangan