Pensil ialah sebuah filem drama kemasyarakatan arahan pengarah baru, M. Subash Abdullah yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Jun 2008. Filem yang dibintangi M. Subash Abdullah, Maimun Mutalib, Ruminah Sidek, Khatijah Tan dan Jalil Hamid ini menunjukkan keperitan hidup golongan kurang upaya. Filem ini merupakan asal daripada filem Tamil berjudul Pensil diarah oleh pengarah yang sama pada tahun 2006 dan merupakan antara filem terbaik Tamil yang dihasilkan di Malaysia. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan November 2008.

Pensil
PengarahM. Subash Abdullah
Dihasilkan olehSurenthar
DibintangiM. Subash Abdullah
Ruminah Sidek
Maimon Mutalib
Khatijah Tan
Diedarkan olehGrand Brilliance
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Plot sunting

Filem ini mengisahkan seorang budak yang cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis. Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat di mana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian.

Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid. Junid diasuh dan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat menjadi sahabat baik. Badrul memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih saying dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.

Pencapaian sunting

Festival Filem Malaysia ke-22:

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik-Ruminah Sidek (pemenang)
  • Anugerah Khas Juri-Mengangkat sifat kemanusiaan & kesedaran masyarakat terhadap orang kurang upaya (pemenang)
  • Filem Terbaik
  • Pengarah Harapan-M Subash Abdullah (pencalonan)
  • Cerita Asal Terbaik-M Subash Abdullah (pencalonan)
  • Lagu Tema Terbaik (pencalonan)
  • Poster Terbaik (pencalonan)
  • Pelakon Harapan Lelaki-M Subash Abdullah (pencalonan)


Penerbitan sunting

Pada November 2008, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Pensil

Pautan luar sunting