Pensprigan

Pensprigan adalah sebuah kaedah penanaman tumbuhan, dengan menggunakan bahagian rizom atau batang rayap yang juga termasuk perdu dan akar, secara berjarak pada bajak ataupun lubang.[1] Dan tertakluk kepada tempat, ini boleh dilakukan dengan tangan ataupun dengan mesin.[1][2] Pensprigan tidak menggunakan tanah, dan merupakan kaedah lain kepada penyemaian, pemalaman (pemindahanpalam lengkap dengan tanah dan akar), dan pengesodan (meletakkan kepingan rumput yang juga dipanggil sod).[2]

Pembatangrayapan ialah, secara mudahnya, pensprigan secara meluas, menggunakan batang rayap dan rizom yang telah dikerat pada suatu kawasan dengan mesin atau dengan tangan, lalu dikambus atau dipadat ke dalam tanah.[2][3]

Hidropensprigan, seperti hidropembenihan, ialah proses pensprigan yang menggunakan tangkai tumbuhan atau keratan batang rayap dan rizom dalam buburan baja, sungkup, dan agen pengikat, lalu disembur dengan hos pada kawasan sasaran.[1] Ini lebih berkesan terhadap tanah yang sensitif terhadap gangguan di permukaan, seperti hakisan pantai, lereng bukit atau apa-apa permukaan bercerun.[3] Buburan boleh disembur sejauh lebih daripada 1,000 kaki (300 m) daripada hos 1.5 in (3.8 cm).[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d  (Laporan).
  2. ^ a b c Brede, Doug (15 March 2000). Turfgrass Maintenance Reduction Handbook: Sports, Lawns, and Golf. John Wiley & Sons. m/s. 155–160. ISBN 978-1-57504-106-3.
  3. ^ a b Tennessee Valley Authority (2011). Natural Resource Plan: Alabama, Georgia, Kentucky, Mississippi, North Carolina, Tennessee, and Virginia: Final Environmental Impact Statement, Volume 1 (PDF). m/s. 82. Dicapai pada 22 December 2013.