Penstriman

multimedia berterusan yang dikendalikan dan dipersembahkan oleh penyedia kepada pengguna

Penstriman (streaming terbitan kata Inggeris stream "mengalir, sungai"[1]) ialah pemerolehan multimedia secara terus-menerus daripada pembekal kandungan kepada pengguna akhir pada masa yang sama, jika berbanding dengan memuat turun fail yang penuh terlebih dahulu sebelum menonton atau mendengar media tersebut. Mutu fail yang diterima ini pula bergantung kepada mutu lebar jalur Internet yang digunakan untuk menyiarkan dan menerima media tersebut.

Kriteria

sunting

Lebar jalur

sunting

Jalur lebar selaju 2 Mbit/s atau lebih dicadangkan untuk menstrim video berdefinisi biasa tanpa menghadapi sebarang gangguan, terutamanya untuk suapan video secara langsungm[2].

Saiz penyimpanan

sunting

Saiz yang diperlukan untuk menyimpan media yang distrimkan dikira berdasarkan jalur lebar yang digunakan bersama panjang lamanya mengunakan formula:

 saiz simpanan dalam megabait = durasi media (dalam unit saat) × kadar bit (dalam bit/s) / (8 × 1024 × 1024).

Sebagai contoh, sebuah video digital berdurasi selama satu jam yang dikodkan pada 300 kbit; maka (3,600 s × 300,000 bit/s) / (8×1024×1024) = sekitar 128 MB simpanan yang diperlukan.

Protokol media

sunting

Kedua-dua strim audio dan video dimampatkan menggunakan format pengekodan masing-masing agar dapat disebarkan dengan mudahnya. Media yang dimampatkan ini kemudiannya digabungkan bersama dalam suatu bitstream khas (misalnya MP4, FLV, WebM dan sebagainya) sebagai perantara yang dihantarkan dari pelayan simpanan kandungan tersebut kepada klien yang mengakseskannya dengan protokol pengangkutan yang tersendiri. Protokol jenis yang disebut ini sering digunakan untuk menghantar suapan video daripada tempat rakaman kepada suatu servis pentranskodan "berkomputer awan" dan CDN, yang kemudiaannya menggunakan protokol berasaskan HTTP untuk mengedar kandungan video kepada para pengguna klien.[3]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Lihat:
    • "stream". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012. ISBN 9836222820.
    • "stream". Kamus Istilah Hidrologi Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1986. m/s. 145.
  2. ^ Staples, Kim (20 Mei 2016). "How to watch live TV online: The complete guide". broadbandchoices. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  3. ^ "Streaming the London Olympic Games with the "Go Live Package" from iStreamPlanet and Haivision". iStreamPlanet.com. Dicapai pada 11 November 2015.