Pentakuark ialah sejenis zarah subatom hipotesis yang terdiri daripada empat kuark dan satu antikuark yang terikat bersama-sama.

Suatu pentakuark generik. q menandakan suatu kuark, sementara q menandakan suatu antikuark. Garis-garis beralun merupakan gluon, yang mengantarai interaksi kuat di antara kuark. Warna-warna berpadanan dengan perubahan-perubahan warna yang berbagai pada kuark. Warna merah, hijau, dan biru setiap satu mesti hadir dan kuark dan antikuark selebihnya mesti mengongsi warna dan antiwarna berpadanan, di sini yang terpilih ialah biru dan antibirU (ditunjukkan sebagai kuning).

Oleh sebab kuark mempunyai nombor barion +​13, dan antikuark mempunyai −​13, jumlah nombor barion yang patut ada ialah 1, lalu dikelaskan sebagai barion eksotik. Berlawanan pula, barion-barion nalar (atau 'trikuark') terdiri daripada tiga kuark. Nama pentakuark dicipta oleh Harry J. Lipkin pada 1987.[1][2] Sungguhpun dijangkakan selama berdekad-dekad, keadaan-keadaan pentakuark telah sememangnya dibuktikan sukar untuk ditemui, dan sesetengah ahli fizik hanya sampai setakat mencadangkan bahawa suatu hukum alam yang tidak diketahui melarang penghasilannya.[3]

Bukti pertama untuk pentakuark dicatatkan di dalam sebuah makmal di Jepun, dan kemudian beberapa uji kaji melaporkan kewujudan keadaan-keadaan pentakuark,[4] tetapi uji kaji dan analisis semula data yang kemudiannya tidak menerimanya sebagai resonans benar kerana yang lain tidak mampu mereplikasikan uji kaji itu.[5] Pada 13 Julai 2015, kolaborasi LHCb di CERN melaporkan hasil-hasil yang tekal dengan keadaan-keadaan pentakuarkan dalam reputan barion-barion Lambda dasar0
b
).[2] Hasil-hasilnya belum melalui ulasan ahli sains setara.

Di luar makmal fizik zarah, pentakuark juga boleh dihasilkan secara semula jadi oleh supernova sebagai sebahagian daripada proses pembentukan bintang neutron.[6] Kajian pentakuark mungkin menyediakan sudut pandangan dalaman mengenai cara pembentukan bintang-bintang ini, serta membolehkan ahli sains untuk mengkaji daya kuat dan interaksi-interaksi zarah dengan lebih baik.

Lihat juga sunting

Catatan kaki sunting

Rujukan sunting

  1. ^ H. J. Lipkin (1987). "New possibilities for exotic hadrons — anticharmed strange baryons". Physics Letters B. 195 (3): 484–488. Bibcode:1987PhLB..195..484L. doi:10.1016/0370-2693(87)90055-4.
  2. ^ a b Templat:Petik arXiv
  3. ^ H. Muir (2 Julai 2003). "Pentaquark discovery confounds sceptics". New Scientist. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  4. ^ K. Hicks (23 Julai 2003). "Physicists find evidence for an exotic baryon". Universiti Ohio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-08. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  5. ^ Lihat hlm. 1124 dalam C. Amsler et al. (Particle Data Group) (2008). "Review of particle physics" (PDF). Physics Letters B. 667 (1–5): 1. Bibcode:2008PhLB..667....1A. doi:10.1016/j.physletb.2008.07.018.
  6. ^ I. Sample (14 Julai 2015). "Large Hadron Collider scientists discover new particles: pentaquarks". The Guardian. Dicapai pada 14 Julai 2015.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting