Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2019
Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2019 ialah perlawanan bola sepak untuk menentukan juara Piala Emas Raja-Raja 2019. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras di Kuala Lumpur. Pasukan Majlis Sukan India Malaysia dan PBM WP Kuala Lumpur merupakan dua pasukan yang akan merebut trofi kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini.
Peristiwa | Piala Emas Raja-Raja 2019 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Tarikh | 13 Oktober 2019 | ||||||
Tempat | Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur | ||||||
Cuaca | Cerah (26 °C (79 °F))[1] |
Pasukan MISC melangkah ke peringkat kalah mati dengan mengumpul tujuh mata hasil daripada 2 kemenangan dan satu seri. Di peringkat kalah mati pula, pasukan MISC mengalahkan pasukan juara Piala Emas Raja-Raja 2017 iaitu PBM Pulau Pinang[2], dan mengalahkan pasukan PBM Perak dalam saingan separuh akhir. Pasukan PBM WP Kuala Lumpur pula melangkah ke peringkat kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil daripada 2 kemenangan dan satu kekalahan. Pasukan PBM WP Kuala Lumpur mengalahkan pasukan PBM Negeri Sembilan dalam saingan suku akhir dan mengalahkan pasukan DBKL FC dalam saingan separuh akhir.
Pasukan layak
suntingBerikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
Pasukan |
---|
Majlis Sukan India Malaysia |
PBM WP Kuala Lumpur |
Tempat
suntingStadium Bola Sepak Cheras dipilih sebagai lokasi perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2019[3].
Bagi kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi kali ini, Stadium Bola Sepak Cheras telah digunakan dalam saingan suku akhir perlawanan di antara Kingstown Klang FC melawan DBKL FC, dan perlawanan separuh akhir di antara pasukan PBM WP Kuala Lumpur melawan DBKL FC.
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | |
---|---|
Stadium Bola Sepak Cheras | |
Kapasiti: 18,000 | |
Latar belakang
suntingButiran perlawanan
suntingMISC | 2 - 1 | PBM WP Kuala Lumpur |
---|---|---|
Jeremy Lim Wei Shen 17' Muhammad Alif Mazlan 54' (g.s.) |
52' Mohd. Hafifi Mohd. Salleh |
MISC
|
PBM WP Kuala Lumpur
|
|
|
Rujukan
sunting- ^ Past Weather in Cheras, Malaysia — October 2019, timeanddate, dicapai pada 18 Januari 2023
- ^ Ibrahim, Hasbullah (12 November 2017). "PP juara Piala Emas Raja-Raja". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ "MISC pecah tradisi 36 tahun Piala Emas Raja-Raja". Sinar Harian. 15 Oktober 2019. Dicapai pada 19 Januari 2023.