Pentas Akhir Piala FA Malaysia 2023

Pentas Akhir Piala FA Malaysia 2023 adalah satu perlawanan bola sepak yang akan dimainkan di Malaysia bagi menentukan juara Piala FA Malaysia 2023. Ia merupakan perlawanan akhir edisi ke-33 Piala FA Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dua pasukan yang telah mara dari separuh akhir, Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur City akan bertanding bagi merebut gelaran.

Pentas Akhir Piala FA Malaysia 2023
Stadium Sultan Ibrahim di Johor akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir.
PeristiwaPiala FA Malaysia 2023
Tarikh22 Julai 2023 (2023-07-22)
TempatStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
Permain terbaikHong Wan
PengadilNazmi Nasaruddin
Kehadiran33,598
CuacaBaik
28°C (82°F)
2022
2024

Pemenang Piala FA Malaysia 2023 layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2024 sebagai wakil slot kedua Malaysia.

Pasukan mara sunting

Berikut di bawah adalah dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir.

Pasukan
Johor Darul Ta'zim
Kuala Lumpur City

Peraturan sunting

Perlawanan akhir dimainkan sebagai satu perlawanan tunggal. Jika terikat selepas peraturan, masa tambahan akan dimainkan, jika perlu, penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang.

Venue sunting

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur secara rasmi menjadi venue perlawanan akhir sebagaimana di edisi-edisi sebelumnya, namun kerana masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober, MFL menetapkan bahawa pemilihan venue perlawanan akhir akan dibuat menerusi bidaan terbuka kepada semua kelab Liga Malaysia 2023 bermula dari 19 hingga 24 Mei 2023. Johor Darul Ta'zim satu-satunya kelab yang membida bidaan tersebut. Pada 24 Mei 2023, MFL mengesahkan bahawa venue Stadium Sultan Ibrahim, Johor memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pentas Akhir akan dimainkan pada 22 Julai 2023 dan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor rasmi menjadi venue perlawanan akhir.[1]

Perjalanan ke Pentas Akhir sunting

Nota: Dalam semua keputusan di bawah, jaringan peserta itu diberikan terlebih dahulu (R: tuan rumah; P: pelawat).

Johor Darul Ta'zim Pusingan Kuala Lumpur City
Tentangan Keputusan Pusingan Awal Tentangan Keputusan
Bye Bye Pusingan 1 Bye Bye
PDRM 3–0 (R) Pusingan 2 Imigresen 2–0 (R)
Tentangan Keputusan Pusingan Akhir Tentangan Keputusan
Sabah 1–2 (P) Suku Akhir Pulau Pinang 5–0 (R)
Selangor 4–0 (R) Separuh Akhir Terengganu 0–0 (s.m.t.) (2–4 pen.) (P)

Pentas Akhir sunting

Johor Darul Ta'zim (1)2–0Kuala Lumpur City (1)
Hong Wan   67'
Leandro Velázquez   74'
Laporan
 
 
 
 
 
 
 
 
Johor Darul Ta'zim
 
 
 
 
 
Kuala Lumpur City
4–2–3–1
GK 33   Syihan Hazmi
RB 2   Matthew Davies
CB 15   Feroz Baharudin   15'   84'
CB 5   Jordi Amat (k)   79'
LB 22   Corbin-Ong   90'
CM 6   Hong Wan
CM 4   Afiq Fazail   80'
RM 42   Arif Aiman   90'1
AM 10   Leandro Velázquez   75'   84'1
LM 45   Fernando Forestieri
CF 9   Bergson da Silva
Pertukaran:
GK 1   Farizal Marlias
MF 19   Akhyar Rashid   90'1
MF 20   Juan Muñiz   84'1
MF 23   Endrick
MF 24   Óscar Arribas   90'
FW 28   Syafiq Ahmad
DF 32   Shahrul Saad   84'
MF 77   Syamer Kutty   80'
DF 91   Syahmi Safari
Jurulatih:
  Esteban Solari
 
4–3–3
GK 1   Kevin Mendoza
RB 4   Kamal Azizi   90+3'
CB 9   Giancarlo Gallifuoco
CB 5   Matko Zirdum
LB 12   Declan Lambert   67'
CM 8   Zhafri Yahya   14'   77'
CM 19   Sebastian Avanzini   25'
CM 6   Ryan Lambert
RF 26   T. Saravanan   62'
CF 28   Paulo Josué (k)
LF 7   Romel Morales   77'1
Pertukaran:
MF 14   Akram Mahinan   62'
FW 16   J. Partiban
FW 17   Sean Giannelli
GK 20   Azim Al-Amin
MF 21   Kenny Pallraj
FW 23   Kipré Tchétché   77'1
DF 25   Anwar Ibrahim   67'
FW 37   Haqimi Azim   77'
DF 77   Nazirul Naim
Jurulatih:
  Bojan Hodak

Penolong pengadil:
Zairul Khalil Tan
Shafiq Ahmad Said
Pegawai keempat:
Mohd Junaidy Samad
Penolong pengadil tambahan:
S. Logeswaran
Fitri Maskon

Peraturan Perlawanan

  • Masa penuh 90 minit.
  • Masa tambahan 30 minit jika masih terikat.
  • Sepakan penalti jika masih terikat.
  • Maksimum sembilan pengganti yang dinamakan.
  • Maksimum lima penggantian, dengan yang keenam dibenarkan dalam masa tambahan.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ "Stadium Sultan Ibrahim dipilih venue final Piala FA 2023". football-tribe.com. Dicapai pada Jun 1, 2023.

Pautan luar sunting