Penunggu gunung merupakan kepercayaan masyarakat tempatan terutama di kawasan gunung tertentu . Gunung adalah tempat mereka mencari rezeki . Sebarang kemalangan, kematian dan kekurangan rezeki sering dirujuk sebagai mendapat sumpahan buruk dari penunggu gunung. Ada beberapa ritual dilakukan bagi mengelak kejadian buruk daripada terjadi.

Contohnya tindakan biadab sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 31 Mei 2015 menyebabkan berlakunya Gempa bumi Sabah 2015. Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari perbuatan tidak senonoh. Istilah Kinabalu berasal dari kata ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’ pula bermaksud gunung. Ada beberapa pantang larang yang terbina dari zaman berzaman .Contohnya jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung serta berani berbogel kelak melanggar pantang larang.[1]

Rujukan sunting