Penutupan pemerintahan

(Dilencongkan dari Penutupan kerajaan)

Penutupan kerajaan berlaku apabila tiada pihak yang boleh membentuk kerajaan atau pemerintah yang utuh tanpa memerlukan sesebuah negara itu kembali mengundi keanggotaan yang diingini, atau apabila pihak pemerintah menolak kelulusan rang undang-undang utama. Ia boleh, tetapi tidak semestinya, menyebabkan pemberhentian beberapa atau semua operasi oleh kerajaan atau pemerintah.

Kelaziman mengikut negara sunting

Di Belgium sunting

Kerajaan Belgium biasanya dibentuk melalui penggabungan antara pihak-pihak politik dikawal para penutur bahasa Belanda (di Flanders) dan bahasa Perancis (di Wallonia) negara ini yang begitu terasing sesama mereka.[1][2] Sekali-sekala, ini telah menyebabkan penutupan kerajaan, di mana tiada pihak dapat membentuk kerajaan tetapi Parlimen tidak mengundi untuk kembali kepada pemilihan baru.

Keadaan ini tampak terutamanya apabila Belgium berdiri tanpa sebarang pemerintahan selama 541 hari dari tahun 2010 hingga 2011. Pelbagai langkah drastik pernah diusulkan untuk menyelesaikan masalah ini sampai kepada pendekatan yang radikal seperti membubarkan negara itu sendiri,[3] namun perkhidmatan pemerintah tidak terganggu disebabkan oleh pelaksanaan kerajaan sementara dan pembahagian fungsi-fungsi utama dalam kerajaan.[4]

Di United Kingdom sunting

Sehingga peruntukan Akta Parlimen Penggal Tentu pada 2011, penutupan kerajaan di United Kingdom adalah mustahil disebabkan konvensyen parlimen. Sesebuah kerajaan yang tidak boleh mendapatkan majoriti di Parlimen akan dibubarkan, sama ada persidangan Parlimen apabila Titah Diraja telah ditolak secara undi atau kemudian, apabila undi tidak percaya dibentangkan dan diluluskan, apabila Akta Kewangan ditolak secara undi, atau apabila rang undang-undang utama ditolak secara undi.[5]

Walau bagaimanapun, Akta Parliamen Penggal Tentu menghapuskan konvensyen-konvensyen ini, memastikan satu-satunya cara untuk memanggil pilihan raya baru adalah sama ada disebabkan laluan yang jelas undi tidak percaya atau majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat memanggil untuk pemilihan baru, dan ini bermakna penutupan kerajaan sekarang adalah tidak mustahil, apabila kerajaan yang memegang Dewan mampu bertahan dengan Undi Tidak Percaya tetapi gagal untuk meluluskan undang-undang akibat perselisihan dalaman atau pecahan gabungan.[6]

Ireland Utara sunting

Pada bulan Disember 2017, Ireland Utara menghadapi penutupannya sendiri, selepas perjanjian perkongsian kuasa runtuh,[7] mengakibatkan parlimen negara tidak mampu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan dan perkhidmatan awam serantau kehabisan wang hanya dalam beberapa hari, tetapi penutupan penuh telah dapat dicegah apabila Kerajaan British masuk campur untuk memastikan perkhidmatan tempatan dibiayai.[8]

Di Amerika Syarikat sunting

Di Amerika Syarikat, penutupan kerajaan berlaku apabila Kongres gagal meluluskan rang undang-undang untuk membiayai pemerintah persekutuan, atau Presiden membatalkan rang undang-undang tersebut.[9] Sejak 1982, penutupan ini telah menyebabkan agensi-agensi yang terjejas menghentikan operasi di bawah Akta Anti Kekurangan pada tahun yang sama, tetapi ini tidak selalu berlaku. [10]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Belgium country profile". bbc.com. BBC. 21 May 2018. Dicapai pada 22 January 2019.
  2. ^ Morris, Chris (29 September 2014). "Belgium's complex web of democracy". bbc.com. BBC. Dicapai pada 22 January 2019.
  3. ^ "Unity at stake in Belgium vote". www.aljazeera.com. Al Jazeera. Dicapai pada 22 January 2019.
  4. ^ Smith, Raymond A. (9 October 2013). "How Belgium Survived 20 Months Without a Government". Washington Monthly - Politics. Dicapai pada 22 January 2019.
  5. ^ "Parliamentary Elections" (PDF). parliament.uk. Parliament. Dicapai pada 22 January 2019.
  6. ^ Bush, Stephen. "There's something everyone has missed about the DUP and the Fixed Term Parliaments Act". www.newstatesman.com (dalam bahasa Inggeris). New Statesman. Dicapai pada 22 January 2019.
  7. ^ McDowell, Iain (5 February 2018). "Stormont deadlock: Need-to-know guide". bbc.com. BBC. Dicapai pada 22 January 2019.
  8. ^ Noack, Rick. "Why other countries don't have government shutdowns". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Washington Post. Dicapai pada 22 January 2019.
  9. ^ Longley, Robert. "Causes, History and Effects of Government Shutdowns". ThoughtCo. Dicapai pada 22 January 2019.
  10. ^ Murse, Tom. "Here Are All 21 Government Shutdowns in U.S. History Since 1976". ThoughtCo. Dicapai pada 22 January 2019.