Lerai

(Dilencongkan dari Penyahbinaan)

Dalam konteks pembinaan bangunan, penyahbinaan atau dekonstruksi merupakan penanggalan komponen-komponen binaan secara berpilih, khususnya untuk diguna semula, dikitar semula, dan pengurusan sisa. Ia berbeza dengan perobohan yang mana sesebuah tapak dikosongkan binaannya dengan sewajarnya. Proses penanggalan struktur ini ialah sejenis kegiatan purbakala yang dihidupkan semula oleh perkembangan bidang bangunan hijau yang mapan. Seperti benda-benda lain, bangunan juga ada kitaran hidup. Penyahbinaan tertumpu pada memberikan nafas baru kepada bahan-bahan dalam binaan setelah binaan itu sampai di akhir kebergunaannya.

Fail:Deconstruction (Dallas).jpg
Kerja penyahbinaan bangunan.

Apabila sesebuah binaan tiba di akhir hayat bergunanya, biasanya ia dirobohkan lalu diangkut ke tempat pelupusan. Peledakan bangunan atau perobohan ala bebola peruntuh agak murah dan memberikan cara pembersihan tapak yang cepat untuk membuka laluan kepada struktur baru. Akan tetapi, cara-cara ini meninggalkan jumlah sisa yang agak banyak. Komponen-komponen banguna lama itu mungkin masih bernilai, apatah lagi lebih bernilai berbanding sewaktu bangunan itu baru dibina. Penyahbinaan ialah satu cara memperoleh “sisa” dan menebus gunanya sebagai bahan binaan yang berguna.

Rujukan sunting