Denazifikasi atau Denazification (Jerman: Entnazifizierung) adalah satu inisiatif Pihak Bersekutu bagi menghapuskan sisa-sisa ideologi Sosialis Nasional (Nazi) daripada masyarakat, budaya, media, ekonomi, kehakiman dan politik di Jerman dan Austria . Ia telah dilaksanakan khusus untuk menyingkirkan mereka yang terlibat dari kedudukan berpengaruh dan untuk membubarkan atau menyebabkan pertubuhan itu tidak mempunyai kuasa keatas mana-mana pihak. Program denazifikasi telah dimulakan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan telah diperkukuhkan oleh Perjanjian Potsdam.

Para pekerja mengalih papan tanda daripada bekas "Jalan Adolf Hitler"

Terma denazifikasi buat pertama kali diperkenalkan sebagai istilah undang-undang pada tahun 1943 di Pentagon, bermaksud untuk digunakan dalam erti kata yang sempit dengan merujuk kepada sistem undang-undang Jerman selepas perang. Tidak lama kemudian, ia membawa makna yang lebih umum.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Taylor, Frederick (2011). Exorcising Hitler: The Occupation and Denazification of Germany. Bloomsbury Publishing. m/s. 253–4. ISBN 978-1408822128.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting