Penyakit bursa berjangkit

Penyakit bursa berjangkit (juga dikenali sebagai penyakit Gumboro) merupakan penyakit amat berjangkit pada ayam muda yang berpunca kepada  virus penyakit bursa berjangkit (Infectious bursal disease virus, IBDV),[1] yang bercirikan penindasan sistem imun dan kematian dalam umur 3 hingga 6 minggu. Penyakit ini mula-mula ditemui di Gumboro, Delaware pada 1962. Penyakit ini mendatangkan kesan besar kepada industri penternakan ayam sedunia kerana semakin terdedah kepada penyakit lain dan menganggu pemvaksinan. Baru-baru ini terdapat strain IBDV amat virulen (vvIBDV) yang menyebabkan kematian parah pada ayam di Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah. Ia berjangkit melalui salur the oro-fekal yang mana unggas yang terjejas meninja virus ini secara berlebihan selama kira-kira 2 minggu selepas dijangkiti.

Bursa Fabricius dengan edema peribursa kekuningan

Rujukan sunting

  1. ^ Empty citation (bantuan)