Penyakit hati berlemak bukan alkohol


Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD, akronim bahasa Inggeris: non-alcoholic fatty liver disease), juga dikenali sebagai penyakit hati berlemak berkaitan metabolisme (disfungsi) (MAFLD), ialah pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati tanpa sebab lain yang jelas seperti penggunaan alkohol.[2][3] Terdapat dua jenis; hati berlemak bukan alkohol (NAFL) dan steatohepatitis bukan alkohol (NASH), dengan NASH juga termasuk radang hati.[3][4][6] Penyakit hati berlemak bukan alkohol kurang berbahaya daripada NASH dan biasanya tidak beralih kepada NASH atau sirosis hati.[3] Apabila NAFLD tidak beralih kepada NASH, ia boleh akhirnya membawa kepada komplikasi seperti sirosis, barah hati, kegagalan hati, atau penyakit kardiovaskular.[3][7]

Penyakit hati berlemak bukan alkohol
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
NAFLD, penyakit hati berlemak berkaitan metabolisme (disfungsi), MAFLD[1]
Peringkat penyakit hati berlemak bukan alkohol, beralih dari sihat, ke steatosis (pengumpulan lemak), radang, fibrosis dan sirosis.
PengkhususanHepatologi
GejalaAsimtomatik, disfungsi hati
KerumitanSirosis, barah hati, kegagalan hati, penyakit kardiovaskular[2][3]
TempohJangka panjang
JenisHati berlemak bukan alkohol (NAFL),
steatohepatitis bukan alkohol (NASH)[3][4]
PuncaGenetik, persekitaran
Obesiti, sindrom metabolik, diabetes mellitus jenis 2, penyakit hati
Biopsi hati
RawatanPenurunan berat badan (diet dan senaman)[3][5]
PrognosisBergantung kepada jenis[6]
Kekerapan24% dalam populasi dunia, 80% dalam obes, 20% dalam berat normal
KematianNASH: 2.6% risiko kematian setiap tahun[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Obesiti dan diabetes jenis 2 ialah faktor risiko kuat bagi NAFLD.[5] Risiko lain termasuk mengalami berat badan berlebihan, sindrom metabolik (ditakrifkan sebagai sekurangnya tiga daripada lima keadaan perubatan berikut: obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, gula darah tinggi, trigliserida serum tinggi, dan kolesterol HDL serum rendah), diet tinggi dengan fruktosa, dan usia yang lebih tua.[6] NAFLD dan penyakit hati alkohol ialah jenis penyakit hati berlemak.[6] Memperoleh sampel hati selepas mengecualikan sebab berpotensi yang lain bagi hati berlemak boleh mengesahkan diagnosis.[2][5][6]

Rawatan bagi NAFLD ialah penurunan berat badan oleh perubahan diet dan senaman.[4][8][9] Terdapat bukti tentatif bagi pioglitazon dan vitamin E;[3][10][11] pembedahan bariatrik boleh menambah baik atau menyembuh kes teruk.[8][12] Those with NASH have a 2.6% increased risk of dying per year.[4]

NAFLD ialah gangguan hati yang paling umum di seluruh dunia dan wujud dalam lebih kurang 25% populasi dunia.[13] Ia juga sangat umum di negara maju, seperti Amerika Syarikat, dan menjejaskan sekitar 75 hingga 100 juta orang Amerika Syarikat pada tahun 2017.[14][15][16][17] Lebih 90% obes, 60% menghidap kencing manis, dan sehingga 20% orang berat normal mendapatnya.[18][19] NAFLD ialah sebab utama penyakit hati kronik[17][18] dan sebab kedua terumum bagi transplantasi hati di A.S. dan Eropah setakat tahun 2017.[8] NAFLD menjejaskan sekitar 20 hingga 25% orang di Eropah.[12] Di Amerika Syarikat, anggaran mencadangkan antara 30 dan 40% orang dewasa mempunyai NAFLD, dan sekitar 3 hingga 12% orang dewasa mempunyai NASH.[3] Beban ekonomi tahunan lebih kurang AS$103 bilion di A.S. pada tahun 2016.[18]

Lihat juga sunting

  • Foie gras, hati berlemak teraruh dalam ayam itik, dengan patofisiologi homolog dengan NAFLD dalam manusia

Rujukan sunting

  1. ^ Eslam, M; Sanyal, AJ; George, J; an international consensus panel. (7 February 2020). "MAFLD: A consensus-driven proposed nomenclature for metabolic associated fatty liver disease". Gastroenterology. 158 (7): 1999–2014.e1. doi:10.1053/j.gastro.2019.11.312. PMID 32044314.
  2. ^ a b c "DB92 Non-alcoholic fatty liver disease". WHO. WHO. 18 June 2018. Dicapai pada 2 October 2019.
  3. ^ a b c d e f g h i "Nonalcoholic Fatty Liver Disease & NASH". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 7 November 2018. Dicapai pada 2 April 2020.
  4. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AASLD2018 tidak disediakan
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AsiaPacific2017-1 tidak disediakan
  6. ^ a b c d e Iser D, Ryan M (July 2013). "Fatty liver disease--a practical guide for GPs". Australian Family Physician. 42 (7): 444–7. PMID 23826593.
  7. ^ Rinella ME, Sanyal AJ (April 2016). "Management of NAFLD: a stage-based approach". Nature Reviews. Gastroenterology & Hepatology. 13 (4): 196–205. doi:10.1038/nrgastro.2016.3. PMID 26907882.
  8. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AsiaPacific2017-2 tidak disediakan
  9. ^ Kenneally S, Sier JH, Moore JB (1 June 2017). "Efficacy of dietary and physical activity intervention in non-alcoholic fatty liver disease: a systematic review". BMJ Open Gastroenterology. 4 (1): e000139. doi:10.1136/bmjgast-2017-000139. PMC 5508801. PMID 28761689.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NICE2016 tidak disediakan
  11. ^ Tilg H, Moschen AR, Roden M (January 2017). "NAFLD and diabetes mellitus". Nature Reviews. Gastroenterology & Hepatology. 14 (1): 32–42. doi:10.1038/nrgastro.2016.147. PMID 27729660.
  12. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EASL2016 tidak disediakan
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Marjot2020 tidak disediakan
  14. ^ Younossi ZM, Koenig AB, Abdelatif D, Fazel Y, Henry L, Wymer M (July 2016). "Global epidemiology of nonalcoholic fatty liver disease-Meta-analytic assessment of prevalence, incidence, and outcomes". Hepatology. 64 (1): 73–84. doi:10.1002/hep.28431. PMID 26707365.
  15. ^ Rinella ME (June 2015). "Nonalcoholic fatty liver disease: a systematic review". JAMA (Systematic review). 313 (22): 2263–73. doi:10.1001/jama.2015.5370. hdl:2318/1636665. PMID 26057287.
  16. ^ Rich NE, Oji S, Mufti AR, Browning JD, Parikh ND, Odewole M, dll. (February 2018). "Racial and Ethnic Disparities in Nonalcoholic Fatty Liver Disease Prevalence, Severity, and Outcomes in the United States: A Systematic Review and Meta-analysis". Clinical Gastroenterology and Hepatology. 16 (2): 198–210.e2. doi:10.1016/j.cgh.2017.09.041. PMC 5794571. PMID 28970148.
  17. ^ a b "Obesity epidemic results in Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD) becoming the most common cause of liver disease in Europe". EASL-The Home of Hepatology. 25 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2019. Dicapai pada 5 October 2019.
  18. ^ a b c Younossi Z, Anstee QM, Marietti M, Hardy T, Henry L, Eslam M, dll. (January 2018). "Global burden of NAFLD and NASH: trends, predictions, risk factors and prevention". Nature Reviews. Gastroenterology & Hepatology. 15 (1): 11–20. doi:10.1038/nrgastro.2017.109. hdl:2318/1659230. PMID 28930295.
  19. ^ Younossi ZM (March 2019). "Non-alcoholic fatty liver disease - A global public health perspective". Journal of Hepatology. 70 (3): 531–544. doi:10.1016/j.jhep.2018.10.033. PMID 30414863.

Pautan luar sunting

  • (Inggeris) NIH page on non-alcoholic steatohepatitis
  • (Inggeris) Mayo Clinic page on NAFLD

Templat:Gastroenterology