Penyambung F ialah kaedah yang paling laris digunakan untuk menyambungkan isyarat televisyen, iaitu sejenis penyambung RF sepaksi yang digunakan untuk televisyen terestrial "di udara", televisyen kabel, televisyen satelit dan modem kabel dengan kabel RG-6/U atau kabel RG-59/U. Penyambung F dicipta oleh Eric E. Winston pada awal 1950-an ketika berkhidmat dalam pembangunan televisyen kabel Jerrold Electronics. Pada 1970-an, penyambung F menjadi kebiasaan dalam penyambungan antena televisyen VHF, ketika kabel sepaksi menggantikan twin-lead, lama-kelaman begitu juga untuk UHF.

Penyambung F jantan

Biaprun tidak mahal, namun penyambung F berpadanan impedans 75 Ω sebanyak 1 GHz dan mempunyai lebar jalur boleh guna sebanyak beberapa GHz. Salah satu sebab kos rendahnya adalah penggunaan pengalir pepejal (wayar tengah) dari jenis-jenis kabel sepaksi tertentu sebagai cemat penyambung jantan. Namun begitu, rekabentuk ini tertakluk pada sifat luaran penyambung dalaman (yang mesti berbentuk wayar pepejal), apalagi tidak kalis kakisan, oleh itu perlunya jenis kalis air untuk kegunaan luar (seperti aerial bumbung). Badan penyambung jantan biasanya dilenturkan, atau diskrukan, pada jalinan luaran yang terdedah. Piawaian industri kabel masa kini adalah menggunakan gegas pemampatan. Penyambung betina ada benang UNEF 3/8-32 (berdiameter 9.525mm). Kebanyakan penyambung jantan mempunyai gegelang penghubung berbenang yang berpadanan, tetapi wujudnya penyambung tekan. Hujung penyambung F tekan tidak cukup memberikan perlindungan dari isyarat dari udara (contohnya, pemancar TV berhampiran boleh mengganggu saluran TV kabel).

Penyambung F sesuai untuk pemasangan TV terestrial tempatan, kabel, dan satelit, serta memberikan peningkatan besar berbanding penyambung Belling-Lee yang digunakan pada penerima terestrial Eropah. Namun begitu, penjagaan lebih rapi sedikit diperlukan untuk memasang penyambung jantan betul-betul pada kabel berbanding jenis Belling-Lee, apatah lagi mutu penyambung dan kepadanannya dengan saiz kabel wajar sentiasa diberi perhatian.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting