Penyata Mahathir 1979

Penyata Mahathir 1979 merupakan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1979. Laporan ini diwujudkan selepas kajian selama enam tahun yang diketuai oleh beliau ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Tujuan sunting

Tujuan kajian di dalam Penyata Mahathir adalah untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara sentiasa dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

Pada masa yang sama, objektifnya juga adalah untuk mencapai perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum di samping meningkatkan semangat patriotisme dan untuk melanjutkan lagi dasar pendemokrasian pendidikan untuk mencapai keseimbangan dalam semua aspek pendidikan di antara bandar dan luar bandar kawasan.

Penyata sunting

Tumpuan Penyata Mahathir adalah seperti berikut:

  • Fokus diberikan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.
  • Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan.
  • Tumpuan diberikan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
  • Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional.
  • Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun.
  • Kurikulum ala Malaysia ditegaskan.
  • Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia.

Lihat juga sunting