Penyata Razak 1956

(Dilencongkan dari Penyata Razak)

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat Razak adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.

Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, [perlu rujukan] ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.

Tugas jawatankuasaSunting

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

  • membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
  • menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
  • mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

CadanganSunting

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

  1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
  2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
  3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
  4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
  5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
  6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
  7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
  8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
  9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Laporan Rahman TalibSunting

Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan dan digabungkan di dalam Akta Pelajaran 1961.[1] Antara lain, ia juga menyeru:

  • Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M - Membaca, Menulis, dan Mengira
  • Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang dikehendaki
  • Penekanan kepada kurikulum Malaya
  • Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran, iaitu akademik dan vokasional
  • Peluang untuk meneruskan pelajaran dari umur 9 tahun sehingga 11 tahun
  • Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c http://unesdoc.unesco.org/images/0000/000090/009059eb.pdf