Penyatuan Ireland ialah suatu perbahasan yang timbul berkaitan usul menyatukan kedua-dua entiti Republik Ireland dan Ireland Utara (dalam kerajaan United Kingdom kepada suatu negara berdaulat.[1][2]

Peta pulau Ireland menunjukkan kawasan politk Republik Ireland (Republic of Ireland) dan Ireland Utara (Northern Ireland).

Fahaman ini merupakan tiang utama dalam fahaman republikanisme Ireland baik daripada parti politik mahupun pertubuhan paramiliter yang mendokongnya.[3] Golongan "Unionist" pula menentang fahaman ini di mana mereka mendokong kekalnya status Ireland Utara sebagai negeri dalam United Kingdom.

Latar belakang sunting

Kerajaan Ireland dahulu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland (United Kingdom of Great Britain and Ireland) di bawah Akta Kesatuan 1800.

Pada tahun 1916, sekumpulan revolusioner diketuai Persaudaraan Republikan Ireland memulakan suatu pemberontakan di pekarangan kota Dublin di mana suatu republik diisytiharkan, namun pemberontakan ini tidak berjaya malah ditumpaskan serta banyak ketua-ketua ini dihukum mati. Kesemua penglibat yang terselamat mula memasuki parti Sinn Féin. Parti ini memenangi 73 daripada 103 buah kerusi Parlimen Ireland dalam pilihan raya tahun 1918. Ia mula mewujudkan suatu fahaman abstensionisme di mana anggota-anggotanya bertindak mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang sidang yang berlangsung di Dewan Rakyat di United Kingdom. Suatu persidangan baru - Dáil Éireann - ditubuhkan di Dublin pada tahun 1919 di mana mereka menggubal Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Ireland yang menzahirkan tuntutan kuasa mereka kepada seluruh pulau Ireland.

Akta Kerajaan Ireland 1920 menarik balik Akta 1914 lalu mewujudkan dua pemerintahan yang dikurangkan kuasanya (devolved government) - kerajaan Ireland Utara merangkumi "kaunti-kaunti Antrim, Armagh, Down, Fermanagh, Londonderry dan Tyrone serta boro-boro parlimen Belfast dan Londonderry"[nota 1] manakala kawasan selebihnya diwartakan sebagai pemerintahan Ireland Selatan.

Suatu damai sementara dalam Perang Kemerdekaan Ireland pada bulan Julai 1921 membawa kepada pelangsungan beberapa rundingan di London antara kerajaan United Kingdom dan wakil-wakil Dáil Éireann. Perjanjian Inggeris-Ireland ditandatangani pada 6 Disember 1921, serta diiktiraf pihak Dáil pada Januari 1922. Perjanjian ini membawakepada pembentukan Negara Bebas Ireland sebagai kesinambungan kepada kawasan Ireland Selatan pada tahun berikutnya, suatu dominion dalam Empayar British. Perkara 11 dalam perjanjian ini membenarkan Parlimen Ireland Utara mbergabung dengan entiti ini namun ia tidak dilaksanakan.

Negara Bebas Ireland mengisytiharkan diri sebagai suatu republik di bawah Akta Republik Ireland 1948 serta meninggalkan Komanwel.

Pandangan orang ramai sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Teks asal: "...the parliamentary counties of Antrim, Armagh, Down, Fermanagh, Londonderry and Tyrone, and the parliamentary boroughs of Belfast and Londonderry..."[4]

Rujukan sunting

  1. ^ CAIN: Politics – An Outline of the Main Political 'Solutions' to the Conflict, United Ireland Definition.
  2. ^ Tonge, Jonathan (2013). Northern Ireland: Conflict and Change. Routledge. m/s. 201. ISBN 1317875184. Dicapai pada 12 April 2017.
  3. ^ Byrne, Sean (2015). "The Politics of Peace and War in Northern Ireland". Dalam Carter, Judy; Irani, George; Volkan, Vamik D. (penyunting). Regional and Ethnic Conflicts: Perspectives from the Front Lines. Routledge. m/s. 219. ISBN 1317344669. Dicapai pada 12 April 2017.
  4. ^ "Government of Ireland Act, 1920" (PDF). legislation.gov.uk. The National Archives. 1920. Dicapai pada 18 April 2017.

Bacaan lanjut sunting

  • Vincent J. Delacy Ryan, Ireland Restored : the New Self-determination. Freedom House, New York, 1991. ISBN 0932088597
  • Richard Humphreys, Countdown to Unity : Debating Irish Reunification. Irish Academic Press, Dublin, 2008. ISBN 9780716533474
  • Kevin Meagher, A United Ireland: Why Unification Is Inevitable and How It Will Come About, Biteback Publishing, 2016. ISBN 9781785901720