Penyelamatan ruang terkurung

Penyelamatan ruang terkurung ialah sejenis operasi menyelamat teknikal yang melibatkan penyelamatan dan pemulihan mangsa yang terperangkap dalam suatu ruang terkurung atau di tempat yang hanya boleh diakses melalui ruang terkurung, seperti bilik kebal bawah tanah, silo penyimpanan, tangki simpanan atau pembetung.

Label amaran pada tangki simpanan, menunjukkan bahawa ruang tangki ialah suatu ruang terkurung.

Penyelamatan ruang terkurung boleh menjadi mencabar secara teknikal disebabkan oleh persekitaran tempat menyelamat. Ruang terkurung selalunya sempit lalu menghalang akses mudah oleh penyelamat. Mereka biasanya sama ada tidak kurang diterangi cahaya, jadi penyelamat mesti menyediakan sumber cahaya mereka sendiri. Akhir sekali, ruang terkurung selalunya mengandungi bahan berbahaya dalam bentuk cecair atau gas yang boleh membahayakan atau membawa maut kepada manusia.

Bahaya ini boleh membawa maut kerana ia mewujudkan tingkap terhad untuk melakukan penyelamatan. Satu peraturan am ialah selepas empat minit tanpa oksigen, seseorang dalam ruang terkurung mungkin akan mengalami asfiksia yang mengakibatkan kerosakan otak atau kematian.[1] Keperluan mendesak untuk menyelamatkan seseorang dari ruang terkurung sering membawa kepada percubaan menyelamat tanpa persediaan rapi. Dua pertiga daripada semua kematian yang berlaku dalam ruang terkurung adalah disebabkan oleh cubaan menyelamatkan orang lain.[1]

Kategori penyelamatan ruang terkurung sunting

Terdapat tiga kategori menyelamat ruang terkurung: menyelamat diri, menyelamat tanpa kemasukan dan menyelamat berkemasukan. [2]

Penyelamatan diri sunting

Dalam penyelamatan diri, seperti namanya, individu itu sendiri mengenali keadaan kritikal atau simptom pendedahan dan keluar dari ruang itu sendiri. Sebagai alternatif, pemantau kemasukan yang berada di luar ruang, mungkin mengenali bahaya baharu dan mengarahkan individu meninggalkan ruang sebelum menerima kesan buruk. Ini ialah kaedah menyelamat pilihan utama kerana bahaya ruang terkurung boleh melumpuhkan atau membunuh individu dengan cepat. Seseorang individu hampir selalu boleh keluar dari ruang terkurung dalam masa yang jauh lebih singkat daripada yang diperlukan untuk menunggu seseorang masuk dan mengambilnya.[1]

Penyelamat tanpa kemasukan sunting

Penyelamat tanpa kemasukan melibatkan percubaan untuk mengeluarkan orang yang tidak berupaya tanpa memerlukan orang lain memasuki ruang terkurung.[1] Ini boleh dilakukan melalui talian keselamatan yang dipasang pada kakitangan dalam ruang terkurung atau dengan memegang mangsa terlibat dengan tali atau tiang lalu menarik mereka ke tempat yang selamat. [2]

 
Anggota tentera dan polis mengamalkan teknik penyenyelamatan ruang terkurung.

Dalam situasu kurang lazim, penyelamatan tanpa kemasukan boleh dilakukan dengan menyerahkan peralatan atau alatan kepada orang yang tidak berupaya, yang disebabkan oleh sifat ruang terkurung, hanya mereka sahaja yang boleh menggunakan dengan berkesan.

Penyelamat berkemasukan sunting

Ini ialah pilihan terakhir kerana pengarahan lebih ramai kakitangan penyelamat memasuki kawasan yang telah melumpuhkan satu atau lebih orang mangsa menyebabkan para penyelamat menerima risiko tinggi. Penyelamatan kemasukan mesti dirancang dan dilaksanakan dengan teliti untuk mengelakkan terbitnya lebih ramai mangsa yang memerlukan penyelamatan. Penyelamat perlu sedar tentang persekitaran mereka dan mesti menilai semula rancangan mereka dengan segera jika terdapat sebarang perubahan dalam keadaan ruang terkurung.[1]

Sekiranya penyelamat masuk, penyelamat simpanan adalah disyorkan sekiranya penyelamat asal menghadapi masalah.[1]

Peralatan menyelamat sunting

Disebabkan sifat unik penyelamatan ruang terkurung, terdapat peralatan khusus yang diperlukan untuk melakukan penyelamatan yang selamat dan berjaya.

Salah satu peralatan awal yang digunakan dalam ruang terkurung ialah kaedah pengudaraan untuk mengeluarkan gas berbahaya yang terkumpul serta memasukkan udara segar ke dalam persekitaran.

Gelang tangan selalunya merupakan alat pertama yang digunakan untuk benar-benar melakukan penyelamatan, berbanding ventilator yang digunakan untuk menyediakan persekitaran untuk menyelamat. Gelang tangan ialah suati tali kain yang digunakan untuk mencengkam kuat pergelangan tangan atau buku lali seseorang yang tidak berupaya. Sebaik sahaja tali dililitkan pada tangan atau kaki, tali yang dipasang padanya ditarik oleh penyelamat lalu menjadi ketat di lengan atau kaki, dan menarik mangsa keluar dari ruang terkurung.

Sekiranya kemasukan penyelamat mesti dilakukan, anggota penyelamat akan memakai pakaian pelindung yang sesuai dalam situasi tersebut. Ini mungkin termasuk peralatan pernafasan serba, penutup kepala pelindung dan penggunaan lampu kalis letupan (untuk mengelak menyalakan sebarang gas). Penyelamat juga boleh memakai abah-abah badan penuh dengan tali keselamatan yang dipasang, terutamanya jika penurunan menegak diperlukan.[1] Dalam membantu penurunan menegak, suatu win mekanikal dan tripod boleh disediakan di atas titik akses jika bahagian bawah ruang terkurung adalah lebih daripada lima kaki dari pintu masuk.[1]

Para penyelamat juga boleh membawa peralatan pemantauan yang mana mereka boleh memastikan kualiti udara di persekitaran. Walaupun bacaan kualiti udara tidak menunjukkan sebarang keadaan berbahaya, penyelamat masih disyorkan supaya memakai SCBA.[1]

Latihan menyelamat sunting

Agensi yang mengawasi keselamatan tempat kerja memerlukan orang yang layak dalam operasi menyelamat ruang terkurung untuk melengkapkan latihan menyelamat dan bersenam sekurang-kurangnya secara tahunan, dan mengesyorkan latihan yang lebih kerap.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "Is It Safe To Enter A Confined Space?" (PDF). Cal-OSHA. 1998. Dicapai pada September 1, 2006.
  2. ^ a b Furr, Pat (April 14, 2014). "Confined Space Rescue: Non-entry or Entry Rescue?". RocoRescue.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 29 December 2017 – melalui Industrial Safety & Hygiene News.