Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Proses Damai Timur Tengah

Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Proses Damai Timur Tengah (bahasa Inggeris: United Nations Special Coordinator for the Middle East Peace Process, Arab: المنسق الخاص للأمم المتحدة لعملية السلام في الشرق الأوسط) merupakan wakil bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mengetuai sistem PBB dalam usaha politik dan diplomasi berkaitan proses damai, termasuk Kuartet Timur Tengah.

Selain untuk proses damai Timur Tengah, PBB turut mempunyai Penyelaras Khas dan Duta Khas ke wilayah atau negara lain, antaranya Lubnan, Tasik Besar Afrika, Tanduk Afrika, Syria dan Yaman. PBB juga mempunyai sebuah agensi yang berfungsi di wilayah Palestin dan sekitarnya yang dinamakan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Peranan sunting

Ditubuhkan pada Jun 1994 selepas Perjanjian Oslo ditandatangani, ia berusaha untuk memudahkan proses peralihan dan mendakwa bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat Palestin.[1][2] Ia juga berperanan memantau kerja-kerja pembangunan dan kemanusiaan yang dijalankan agensi dan program PBB di wilayah terjajah Palestin, dalam usaha menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan rakyat Palestin.[1][3]

Penjawat sunting

Bil. Penyandang Negara asal Tempoh khidmat Catatan
1 Terje Roed-Larsen Norway 15 Jun 1994 — 31 Oktober 1996 Penyelaras Khas di wilayah Palestin yang terjajah
2 Chinmaya R. Gharekhan India 6 Februari 1997 — 30 September 1999 Penyelaras Khas di wilayah Palestin yang terjajah

Wakil Khas bagi Rundingan Pelbagai Hala di Timur Tengah

3 Terje Roed-Larsen Norway 1 Oktober 1999 — 31 Disember 2004 Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah

Wakil Persendirian PBB ke Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Pentadbir Palestin.

4 Alvaro de Soto Peru 9 Mei 2005 - Mei 2007 Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah

Wakil Persendirian PBB ke Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Pentadbir Palestin.

5 Michael C. Williams United Kingdom 21 Mei 2007 - Disember 2007 Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah

Wakil Persendirian PBB ke Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Pentadbir Palestin.

Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Kuartet Timur Tengah.

6 Robert H. Serry Belanda 4 Disember 2007 - 2015 Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah

Wakil Persendirian PBB ke Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Pentadbir Palestin.

Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Kuartet Timur Tengah.

7 Nickolay Mladenov Bulgaria 5 Februari 2015 - kini Penyelaras Khas PBB untuk Proses Damai Timur Tengah

Wakil Persendirian PBB ke Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Pentadbir Palestin.

Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Kuartet Timur Tengah.

Tidak diiktiraf oleh penguasa Palestin sunting

Penyelaras Khas, Nickolay Mladenov tidak diiktiraf lagi oleh Pihak Berkuasa Palestin yang ditadbir Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkuat kuasa pada 2018 atas sebab beliau telah melampaui peranan dengan mendapatkan perjanjian antara Israel dan Hamas. Mladenov didakwa ‘melampaui peranan beliau’ dengan mendapatkan perjanjian antara Israel dan lawan kerajaan Palestin iaitu Hamas, yang mengawal Gaza, yang mana tindakannya menjejaskan 'keselamatan Palestin dan penyatuan rakyat'[4].

Mladenov bersama negara Mesir dalam usaha mendapatkan perjanjian damai jangka panjang antara Hamas dan negara Yahudi itu, tanpa memasukkan kerajaan Palestin pimpinan Mahmud Abbas dalam rundingan tidak langsung berkenaan.

Rundingan itu terhenti, sebahagiannya disebabkan tekanan daripada Presiden Palestin, Mahmud Abbas, tetapi pada 9 Oktober 2018, satu perjanjian kecil dibantu PBB, dicapai supaya Qatar membiayai penghantaran minyak yang amat diperlukan ke Gaza selama enam bulan. Kerajaan Mahmpud Abbas tidak terbabit dalam perjanjian itu dan strategi Mladenov menaikkan kemarahan ahli politik Palestin.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b About UNSCO Diarkibkan 2017-07-16 di Wayback Machine by UNSCO
  2. ^ UN chief appoints new Special Coordinator for Middle East peace, United Nations News Centre
  3. ^ Office of the United Nations Special Coordinator for the Middle East Peace Process Diarkibkan 2017-06-17 di Wayback Machine by UNSCO
  4. ^ AFP (12 Oktober 2018). "PLO tidak iktiraf wakil damai PBB". Berita Harian. Dicapai pada 11 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting