Gerimander

(Dilencongkan dari Penyempadanan semula)

Gerimander[1] merupakan hasil daripada pengolahan sempadan kawasan mengundi agar ia memberi kelebihan kepada pihak atau kelompok tertentu untuk tujuan politik (penentuan sempadan pilihan raya, persempadanan / penyempadanan semula atau gerrymandering)[2]

Karikatur politik yang terbit pada Mac 1812 hasil tindak balas persempadanan semula daerah Essex Selatan bagi memihak kepada Parti Demokratik-Republikan pimpinan Elbridge Gerry melebihi Parti Federalis yang seakan seekor "raksasa" atau "salamander" sepertimana diulas penulis-penulis akhbar kontemporari ketika itu.

Konsep persempadanan ini pertama kali digambarkan dalam akhbar Boston Gazette pada 26 Mac 1812 melalui istilah asal dalam bahasa Inggeris iaitu gerrymander atau Gerry-mander: Gerry merujuk kepada Elbridge Gerry (disebut [gé-ĕ-ri]; 1744–1814), Gabenor negeri Massachusetts yang meluluskan rang undang-undang persempadanan semula daerah-daerah mengundi senat negeri tersebut pada tahun 1812 bagi memberi kelebihan kepada Parti Demokratik-Republikannya; manakala komponen mander (daripada perkataan "salamander" ) pula merujuk kepada bentuk haiwan yang kelihatan ketara pada Essex Selatan,[3] salah satu daerah mengundi senat dalam kawasan Boston, setelah persempadanan baru tersebut dilakukan.[4]

Kesan sunting

Taktik persempadanan ini berkesan kerana kesan "undian yang terbazir" (wasted vote), yakni undian yang tidak menyumbang kepada pemilihan seseorang calon kerana ia sedikit sahaja memenuhi minimum yang diperlukan untuk kemenangan calon tersebut mahupun kerana kekalahan calon tersebut.

Pemindahan sempadan ini membawa pengundi yang membangkang kepada daerah-daerah yang diyakini akan dimenangi parti yang menyandang lalu undi yang selebihnya terbazir begitu sahaja, manakala ada daerah lain yang begitu dihadkan bilangan undi minoriti yang diperlukan lalu undian minoriti untuk calon yang kalah juga menerima nasib yang sama. Daerah-daerah ini membentuk majoriti yang disempadankan agar keputusan memihak kepada parti yang menyandang.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "'gerimander' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  2. ^ "'gerrymandering' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  3. ^ Martis, Kenneth C. (2008). "The Original Gerrymander". Political Geography. 27 (4): 833–839. doi:10.1016/j.polgeo.2008.09.003.
  4. ^ Griffith, Elmer (1907). The Rise and Development of the Gerrymander. Chicago: Scott, Foresman and Co. m/s. 72–73. OCLC 45790508.
  5. ^ "Gerrymandering | politics". Encyclopaedia Britannica.

Pautan luar sunting