Penyepaduan skala wafer
Penyepaduan skala wafer atau wafer-scale integration (WSI) ialah satu sistem pembinaan rangkaian litar bersepadu yang sangat besar yang menggunakan seluruh wafer silikon untuk menghasilkan satu "cip super". Melalui gabungan saiz besar dan pengurangan pebungkusan, WSI boleh mengurangkan kos sesetengah sistem secara dramatik, terutamanya superkomputer selari besar-besaran.
Bagaimanapun, WSI gagal dalam pemasarannya secara komersil disebabkan oleh masalah kecacatan dalam penghasilannya (defect-free manufacturability problems).