Penyiaran awam

(Dilencongkan daripada Penyiar awam)

Penyiaran awam (Jawi: ڤڽيارن عوام) merangkumi perkhidmatan radio, television dan media elektronik lain yang menerima pembiayaan awam yang berbentuk dermaan, cukai khusus seperti yuran lesen televisyen atau pembiayaan terus dari kerajaan.

Penyiar awam tidak semestinya bersifat "bukan komersial." Di Malaysia, RTM sungguhpun banyak dibiayai kerajaan, tetapi juga memperoleh pendapatan dari penyiaran iklan dan penajaan rancangan. Di United Kingdom pula, Perbadanan Penyiaran British (BBC) dibiayai sepenuhnya oleh yuran lesen dan tidak dibenarkan menerima pembiayaan melalui iklan atau penajaan.

Penyiaran awam boleh meliputi seluruh atau sebahagian negara, bergantung pada keluasan negara dan stesen. Di sesetengah negara, penyiaran awam dikuasai oleh sebuah pertubuhan sahaja (seperti RTM di Malaysia, BBC di UK dan ABC di Australia). Di negara lain pula, wujudnya lebih daripada satu pertubuhan penyiaran awam yang meliputi kawasan-kawasan tertentu di negara atau berkumandang dalam bahasa-bahasa yang berbeza. Contohnya di Switzerland, penyiar awam SRG SSR idée suisse dibahagi kepada TSR (bahasa Perancis), SF (bahasa Jerman), RSI (bahasa Itali) dan RTR (bahasa Romansh). Di Amerika Syarikat, stesen penyiar awam sentiasa dilesenkan di peringkat tempatan, tetapi boleh bersekutu dengan rangkaian kebangsaan (seperti Public Broadcasting Service dan National Public Radio) atau kekal bebas.[1]

Dalam sejarah penyiaran kebanyakan negara, penyiaran awam merupakan satu-satunya bentuk penyiaran yang ada. Kini, wujudnya penyiaran swasta di negara-negara ini yang menimbulkan persaingan hebat kepada penyiar awam.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Public Broadcasting". Dictionary.com. Dictionary.com. Dicapai pada 23 April 2015.
  2. ^ "Public Broadcasting – Why, How?" (PDF). UNESCO & World Radio and Television Council. Dicapai pada 17 August 2011.

Petikan

sunting

Pautan luar

sunting