Penyingkiran umat Islam Jaffna

Penyingkiran umat Islam dari utara Sri Lanka oleh LTTE merupakan satu perbersihan etnik yang dilakukan oleh pertubuhan haram Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sejak Oktober 1990. LTTE berhasrat membina kawasan yang hanya monopoli penduduk Tamil sahaja. Mereka mendesak agar 75,000 penduduk Islam di utara Sri Lanka keluar. Kemudian pemimpin LTTE memohon maaf semasa perjanjian damai 2000, gencatan senjata dan menyeru umat Islam kembali ke wilayah utara itu.

Latar belakang sunting

Kongres Islam Sri Lanka (SLMC) telah diadakan pada 21 September 1981 mendesak agar umat Islam dipisahkan daripada kaum Tamil yang semakin kuat. Mereka merasakan jika golongan Tamil semakin kuat dan kerajaan Tamil Eelam berjaya dibentuk, ini menyebabkan mereka menjadi minoriti dan kemungkinan akan dipinggirkan. SLMC amat menentang idea pembentukan Tamil Eelam.

Keadaan semakin panas apabila ditubuhkan Islam Home Guard oleh kerajaan Sri Lanka bagi menjaga keselamatan kampung dan daerah. Ini membawa kepada pertempuran kejam yang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Umat Islam di Sri Lanka dituduh sebagai pembelot kepada perjuangan Tamil Eelam.

Penyingkiran sunting

Penyingkiran pertama berlaku di Chavakacheri menyebabkan 1,500 orang terbunuh. Selepas itu umat Islam di Kilinochchi dan Mannar dipaksa meninggalkan tanah air mereka. Seterusnya kejadian di daerah Jaffna menyusul pada 30 Oktober 1987 apabila trak-trak LTTE memandu melalui jalan-jalan di Jaffna mengarahkan keluarga Islam berhampiran Kolej Osmania Jaffna keluar. Mereka diberi masa dua hari untuk keluar. Keseluruhan penduduk Islam telah keluar dari Jaffna. Banci 1981, jumlah penduduk Islam di Jaffna adalah 14,844 orang. Mereka diarah keluar dengan hanya pakaian ditubuh sahaja (sehelai sepinggang) dan tidak boleh membawa wang tunai lebih daripada 50 rupi. Kemudian rumah-rumah mereka dirampas oleh LTTE.

Kebanyakan daripada umat Islam itu ditempatkan semula di daerah Puttalam walaupun pelarian Jaffna boleh dijumpai di bahagian lain Sri Lanka .

Akibat sunting

Pada 2002, pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran secara rasmi meminta maaf atas kejadian penyingkiran umat Islam daripada Utara. Diadakan gencatan senjata di Jaffna. Beberapa keluarga Islam telah pulang dan dibuka semula Kolej Osmaniya dan kini mempunyai 60 orang pelajar. Dua buah masjid berfungsi semula. Meurut sumber, terdapat 2000 umat Islam di Jaffna.[perlu rujukan] Sekitar 1500 umat Islam Jaffna sementara yang lain adalah peniaga-peniaga Islam dari kawasan lain. Kira-kira 10 kedai-kedai Islam berfungsi semula dan jumlah itu semakin berkembang.