Penyodok (Jawi: ڤڽودوق) ialah alatan yang digunakan untuk menggali dan mengaut bahan-bahan seperti tanah, arang batu, salji dan pasir. Kebanyakan penyodok terdiri daripada bilah yang besar yang tercantum dengan pemegang bersaiz sederhana. Bilah penyodok biasanya diperbuat daripada logam kepingan atau plastik kuat yang amat kukuh. Pemegannya pula diperbuat sama ada daripada kayu atau kaca gentian.

Seorang lelaki membawa beberapa batang penyodok.

Penggunaan penyodok boleh dikesan pada zaman Neolitik, di mana manusia prasejarah menggunakan skapula haiwan besar sebagai bilah penyodok.[1]

Jenis sunting

 
Sebatang penyodok arang batu.

Penyodok memiliki pelbagai jenis bergantung kepada jenis bahan yang dicedok mahupun tujuan penggunaannya.

Penyodok arang batu digunakan untuk mencedok arang batu, di mana pencedok ini memiliki pelbagai jenis saiz mengikut gred arang batu yang ingin dicedok. Penyodok salji digunakan untuk mencedok salji, sama ada untuk menolak atau mengangkat salji. Penyodok mainan digunakan sebagai alat mainan kanak-kanak di kawasan-kawasan seperti pantai dan padang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Penyodok di Wikimedia Commons