Penyu ialah sebuah filem genre drama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Z. Lokman.

Penyu
PengarahZ. Lokman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan olehAbdul Raouf Abdul Rahman
DibintangiYantzen
R. Jaafar
Helmi Salleh
Susan Manen
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Sinopsis sunting

Kisah mengenai empat orang pemuda iaitu Yan, Abu, Yus dan Man. Mereka diupah oleh pakcik mereka Chal untuk menjadi pemandu pelancong. Suatu hari, tiba sekumpulan penunggang motosikal yang diketuai oleh Wazir, bekas anggota tentera. Wazir dan anaknya Wati mengambil keputusan untuk membantu Yan dan kawan-kawannya untuk mempromosikan Chal's Chalet. Walau bagaimanapun, rancangan mereka diganggu oleh Cappolla, seorang ahli perniagaan yang inginkan Chal's Chalet. Perniagaan Chal mula merosot dan Cappolla akhirnya dapat mengambil alih tempat itu. Chalet itu dijadikan sebuah kelab eksklusif yang sebenarnya merupakan topeng untuk melindungi kegiatan menyeludup pelacur ke luar negara. Wazir dan kumpulannya cuba menghalang kegiatan Cappolla tetapi malangnya mereka terperangkap!

Pelakon sunting

  • Yantzen – Yan
  • Abu (MAY) – Abu
  • Yus (MAY) – Yus
  • Man (MAY) – Man
  • R. Jaafar – Chal
  • Helmi Hj. Salleh – Wazir
  • Jaafar Onn – Cappolla
  • Susan Manen – Ayu
  • Z. Lokman – Jinggo
  • Wendy Lee – Sheila
  • Telly Babasa - Barako
  • Celso Ad Castillo - Kojiyama
  • Jamie Arizmendez – Jamie
  • Zubari Zabidin - Kuncu Kojiyama
  • A. Aida – Julia
  • A - Erin
  • Ernie Rizawati - Shasha
  • Shahirazad - Gamat
  • Radhie Khalid - Kenneth
  • Syed Md Norazlan