Penyusuan erotik (Jawi: ڤڽوسوان ايروتيک‎) atau laktasi erotik (Jawi: لکتاسي ايروتيک) merupakan kebangkitan seksual yang disebabkan oleh perbuatan penyusuan payudara wanita. Bergantung pada konteksnya, tabiat ini juga dapat disebut sebagai penyusuan orang dewasa. Pengamal aktiviti ini kadang-kadang menganggap diri mereka berada dalam satu hubungan penyusuan orang dewasa.[1] Dua orang dalam satu hubungan khusus boleh dipanggil pasangan penyusuan.

Seorang wanita menghisap payudara wanita lain

"Fetisyisme susu" dan "lactofilia" ialah istilah diagnostik perubatan untuk parafilia dan digunakan untuk penyakit-penyakit menurut kriteria tepat ICD-10 dan DSM-IV.[2]

Fisiologi sunting

Payudara, dan terutamanya puting, ialah zon yang sangat mudah terangsang bagi lelaki dan perempuan. Rangsangan pada puting dan payudara perempuan merupakan aspek seksualiti manusia yang hampir universal, walaupun puting pada lelaki tidaklah begitu diseksualkan.[3] Manusia satu-satunya primat yang jantina perempuannya mempunyai payudara yang membesar secara kekal setelah bermulanya akil baligh, manakala payudara spesies primat yang lain hanya membesar ketika mengandung dan menyusui. Satu hipotesis mempostulatkan bahawa payudara tumbuh sebagai pasangan hadapan bagi punggung ketika primat mula cenderung untuk menarik pasangan, berdasarkan model yang pertama kali diwujudkan pada tahun 1967.[4] Hipotesis-hipotesis lain termasuklah bahawa secara kebetulan payudara bertindak sebagai bantal kepada kepala bayi, merupakan isyarat kesuburan, atau mengangkat kepala bayi ketika menghisap puting untuk mengelakkan tercekik.[5] Secara kontranya, bahkan terdapat institusi yang percaya bahawa payudara merupakan kecacatan evolusi, dan sebenarnya boleh mencekik bayi yang menyusu.[6] Hubungan antara kenikmatan dan pemakanan wujud seperti anggota bibir yang juga zon mudah teransang, yang kenikmatan mungkin menyebabkan "pemberian makan melalui ciuman", yang melibatkan ibu mengunyah makanan sebelum memberikannya kepada anak.

Aliran susu yang tidak disengajakan (galaktorea) sering disebabkan oleh rangsangan puting dan berkemungkinan boleh mencapai penghasilan susu yang normal dengan hanya menghisap puting pada payudara. Rangsangan puting dalam bentuk apa pun dapat mengurangkan kejadian barah payudara.[7]

Sesetengah wanita kehilangan keupayaan untuk terangsang semasa menyusui, dan dengan itu tidak akan merasakan bahawa penyusuan dengan pasangan seksual menjadi erotik. Keadaan ini boleh disebabkan oleh sebab fizikal (kesakitan) atau sebab psikologi (berasa konflik yang payudaranya digunakan selain untuk bayi).[8]

Rujukan sunting

  1. ^ (Forth et al. 2006, pp. 133–136)
  2. ^ Schöbl, Roland (2007). Erotische Laktation, Denkholz Germany.
  3. ^ Levin, Roy J (May 2006). "The breast/nipple/areola complex and human sexuality". Sexual & Relationship Therapy. 21 (2): 237–249. doi:10.1080/14681990600674674.
  4. ^ Levin, Roy J (May 2006). "The breast/nipple/areola complex and human sexuality". Sexual & Relationship Therapy. 21 (2): 237–249. doi:10.1080/14681990600674674.
  5. ^ Levin, Roy J (May 2006). "The breast/nipple/areola complex and human sexuality". Sexual & Relationship Therapy. 21 (2): 237–249. doi:10.1080/14681990600674674.
  6. ^ Levin, Roy J (May 2006). "The breast/nipple/areola complex and human sexuality". Sexual & Relationship Therapy. 21 (2): 237–249. doi:10.1080/14681990600674674.
  7. ^ Levin, Roy J (May 2006). "The breast/nipple/areola complex and human sexuality". Sexual & Relationship Therapy. 21 (2): 237–249. doi:10.1080/14681990600674674.
  8. ^ Smith, Mindy A. (2000), 20 Common Problems in Women's Health Care. McGraw-Hill Professional, ISBN 0-07-069767-1