Pep Guardiola

Footballer and manager

Josep "Pep" Guardiola Sala (sebutan Catalan: [ʒuˈzɛb ɡwəɾðiˈɔɫə]; lahir 18 Januari 1971) ialah pengurus profesional dan bekas pemain bola sepak Sepanyol. Beliau merupakan pengurus semasa pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Pep Guardiola
Guardiola bersama Bayern Munich pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Josep Guardiola Sala
Tarikh lahir (1971-01-18) 18 Januari 1971 (umur 53)
Tempat lahir Santpedor, Sepanyol
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City (pengurus)
Kerjaya remaja
1984–1990 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1992 Barcelona B 59 (5)
1990–2001 Barcelona 263 (6)
2001–2002 Brescia 11 (2)
2002–2003 Roma 4 (0)
2003 Brescia 13 (1)
2003–2005 Al-Ahli 18 (2)
2005–2006 Dorados 10 (1)
Jumlah 378 (17)
Pasukan kebangsaan
1991 Sepanyol B21 2 (0)
1991–1992 Sepanyol B23 12 (2)
1992–2001 Sepanyol 47 (5)
1995–2005 Catalonia 7 (0)
Pasukan diurus
2007–2008 Barcelona B
2008–2012 Barcelona
2013–2016 Bayern Munich
2016– Manchester City
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Guardiola bermain sebagai pemain tengah dan menghabiskan majoriti kerjayanya bersama Barcelona, membentuk "Pasukan Impian" Johan Cruyff yang memenangi Piala Eropah pertama kelab itu pada tahun 1992 dan empat kejuaraan La Liga berturut-turut dari tahun 1991 sehingga 1994. Beliau kemudiannya menjadi kapten pasukan ini dari tahun 1997 sehingga 2001. Beliau kemudiannya bermain untuk Brescia dan Roma di Itali, Al-Ahli di Qatar dan Dorados de Sinaloa di Mexico semasa berlatih untuk menjadi seorang pengurus. Guardiola membuat 47 penampilan untuk Sepanyol. Beliau memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1992 dan beraksi dalam Piala Dunia FIFA 1994. Beliau juga bermain perlawanan persahabatan untuk Catalonia.

Sebagai pengurus, Guardiola memenangi 14 trofi dalam empat tahun pertama kerjayanya pengurusan beliau. Beliau merupakan sakah seorang pengurus yang paling berjaya di dunia dan dianggap oleh ramai pemain, pengurus dan pengulas sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Pep Guardiola". fcbayern.de. Dicapai pada 16 Mei 2014.

Pautan luar sunting