Peperangan Islam-Mongol

Peperangan Islam-Mongol merupakan peperangan di antara kerajaan Islam dengan Empayar Mongol. Peperangan ini berlaku sekitar 1219M - 1303M. Antara kerajaan Islam yang terlibat dalam peperangan ini adalah kerajaan Khwarizmiyah, Bani Abbasiyyah, Saljuk dan Mamluk.

Kedudukan kerajaan-kerajaan di sekitar kawasan Asia
1200–1218
Peta kawasan jajahan empayar-empayar di Asia Tengah sekitar 1200M
Peta kawasan jajahan empayar-empayar di Asia Tengah sekitar 1200M
Era SejarahSekitar abad ke-11
• Didirikan
1200
• Dibubarkan
1218

Keadaan Semasa

sunting

Empayar Mongol pimpinan Genghis Khan telah berjaya menewaskan kerajaan Kara-Khitan yang terletak di bahagian barat China dan seterusnya berjaya menawan wilayah empayar kecil tersebut. Peristiwa ini berlaku pada sekitar 1218M. Hasilnya, wilayah jajahan empayar Mongol kini bersempadan dengan wilayah kerajaan Islam Khwarizmiyah.

Kerajaan Khwarizmiyah ketika itu ditadbir oleh khalifah Alauddin Muhammad sedang menghadapi krisis politik dengan kerajaan Islam Bani Abbasiyyah yang ditadbir oleh An-Nasir Lid-Dinillah. Ini berikutan pengisytiharannya sebagai khalifah yang sah bagi menggantikan bapanya yang sebelum ini berusaha keras untuk membebaskan empayar tersebut dari kerajaan Bani Abbasiyyah. Tindakan beliau menyebabkan ketenteraman dan situasi politik bagi kedua-dua kerajaan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.

Krisis

sunting

Pada peringkat awal, Genghis Khan ingin mengadakan hubungan dagang dan diplomatik yang mantap dengan kerajaan Khwarizmiyah. Untuk memulakan hubungan itu, empayar Mongol menghantar satu rombongan seramai 400 orang. Namun ketika penghantaran rombongan tersebut ke wilayah Khwarizmiyah, Inalchuq, gabenor Otrar iaitu wilayah bahagian timur Khwarizmiyah, berpendapat rombongan tersebut adalah merupakan para perisik bagi Empayar Mongol untuk merisik urusan dalaman negara. Untuk mencegah kebocoran rahsia dan urusan dalaman negara, rombongan tadi ditangkap.

Berita penangkapan rombongan niaga Mongol sampai ke pengetahuan Genghis Khan. Beliau menghantar tiga orang utusan untuk pembebasan rombongan tersebut, serta penyerahan gabenor Otrar iaitu Inalchuq kepada Mongol, namun setelah perbincangan dan rundingan pembebasan gagal, ketiga-tiga utusan tadi dipenjara dan kesemua 400 orang tadi dihukum bunuh.

Apabila berita pembunuhan diketahui oleh Genghis Khan, beliau menyiapkan bala tenteranya dan seterusnya menyerang wilayah kerajaan Islam. Ini menyebabkan berlakunya peperangan Islam-Mongol selama hampir satu abad.

Perang Otrar

Perang Samarkand

Perang Khurasan

Perang Parwan

Perang Sungai Indus

Perang Kose Dag

Kejatuhan Baghdad

Perang Ain Jalut

Perang Homs 1

Perang Homs 2

Perang Wadi Khazandar

Perang Marj As-Saffar

Kesan daripada siri peperangan antara kerajaan Islam dengan empayar Mongol, berlakunya proses asimilasi dan transformasi agama dan budaya di antara tentera Empayar Mongol dan kerajaan Islam. Antaranya adalah tertubuhnya dinasti kerajaan Islam di India iaitu dinasti Mughal yang bertahan sehingga abad ke-17.

Lihat juga

sunting