Pepohon 2-3
Dalam bidang sains komputer, pepohon 2-3 ialah pepohon-B yang hanya boleh mengandungi:
- 2-nod (nod dengan 1 medan dan 2 anak); atau
- 3-nod (nod dengan 2 medan dan 3 anak).

Nod dedaun merupakan kekecualian dan tidak memiliki sebarang anak.
Pepohon 2-3 ialah isometri pepohon-AA, iaitu kedua-duanya merupakan struktur data setara. Dengan kata yang lain, bagi setiap pepohon 2-3, terdapat sekurang-kurangnya satu pepohon AA dengan unsur data dalam tertib yang sama. Pepohon 2-3 adalah seimbang, iaitu setiap subpepohon kiri, kanan, dan tengahnya mengandungi jumlah data yang sama atau hampir sama.
Sifat pepohon 2-3 Sunting
Sifat pepohon 2-3 adalah seperti yang berikut:
- Setiap nod bukan dedaun memiliki 2 atau 3 anak;
- Semua dedaun berada dalam aras yang sama, iaitu aras bawah;
- Semua data disimpan dalam tertib terisih; dan
- Setiap nod bukan dedaun mengandungi 1 atau 2 medan.
Nod bukan dedaun mengandungi satu atau dua medan yang menunjukkan julat nilai dalam subpepohonnya:
- Jika sesuatu nod memiliki dua anak, ia akan memiliki satu medan, akan tetapi jika nod itu memiliki tiga anak, ia akan memiliki dua medan.
- Setiap nod bukan dedaun mengandungi nilai dalam medan 1 yang lebih besar daripada item yang terbesar dalam subpepohon kiri, tetapi sama atau kurang daripada item terkecil dalam subpepohon kanan (atau subpepohon tengah, jika ia memiliki tiga anak).
- Jika nod itu memiliki tiga anak, medan 2 mengandungi nilai yang lebih besar daripada nilai terbesar dalam subpepohon tengah, tetapi sama atau kurang daripada item terkecil dalam subpepohon kanan.
Tujuan nilai-nilai ini adalah untuk menujukan fungsi gelilntaran ke subpepohon yang betul dan seterusnya ke nod data yang betul.
Pautan luar Sunting
- 2-3 Trees Complete Description Diarkibkan 2013-10-08 di Wayback Machine
- 2-3 Tree Java Applet Diarkibkan 2008-12-20 di Wayback Machine
- 2-3 Tree In-depth description