Perahu jalur adalah salah satu jenis perahu buatan Melayu. Perahu jalur merupakan perahu kecil yang biasanya sempit tetapi panjang yang digunakan bagi bergerak sepanjang sungai oleh orang persendirian. Peraju jalur adalah lebih kecil berbanding dengan perahu Mat Rian atau perahu satok.[1]

Perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu.
Perahu jalur dari batang pokok yang ditarah dan ditebuk.

Terdapat pelbagai jenis perahu jalur tetapi yang biasanya ia diperbuat daripada batang pokok yang ditarah dan diukir menjadi bentuk perahu. Oleh kerana perahu jalur mudah dibuat dan mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil, ia biasanya digunakan di kawasan terasing dan luar bandar sebagai kenderaan perhubungan penting.

Selain itu terdapat juga perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu.

Sejarah sunting

Perahu jalur dipercayai antara kenderaan di air yang terawal dibina oleh manusia untuk tujuan pengangkutan. Apabila pengetahuan mengenai penggunaan alatan batu atau benda tajam telah berkembang di dalam masyarakat dahulu kala, mereka mula membuat kenderaan pengangkutan di air dengan menggunakan sebatang kayu dan dikeruk atau ditebuk.

Rujukan sunting