Perajurit (majalah)
Majalah Perajurit merupakan sebuah majalah berunsur ketenteraan dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan Syed Hussain Publications Sdn. Bhd. Ia merupakan sebuah majalah khusus tentang maklumat semasa berkaitan pertahanan, keselamatan dan teknologi pertahanan. Majalah ini diterbitkan pada sebelum atau minggu pertama setiap bulan. Jumlah edaran semasa majalah ini sama ada melalui langganan tetap atau jualan di pasaran melebihi 20,000 naskah. Majalah ini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Majalah Perajurit | |
---|---|
| |
Kategori | Ketenteraan |
Penerbit | Syed Hussain Publications Sdn Bhd |
Diterbitkan pada | 1993 |
Harga senaskah | RM 12.70[2] RM13.80 ( Sabah dan Sarawak ) |
Jumlah edaran | > 20,000 naskah sebulan |
Majalah Perajurit edisi cetak telah ditamatkan penerbitannya pada Mac 2022 namun begitu para pembaca boleh melayari laman web Perajurit iaitu https://perajurit.com/ untuk mengetahui isu-isu semasa pertahanan dan keselamatan.
Lihat jugaSunting
Rujukan dan notaSunting
- ^ Kredit kepada SHP Sdn Bhd
- ^ Harga di Semenanjung Malaysia pada Jun 2015
PautanSunting
Rencana berkenaan ketenteraan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |