Perang Bulgaria–Latin

Perang Bulgaria–Latin merujuk pada satu siri-siri konflik antara Empayar Bulgaria Kedua (1185–1396) dan Empayar Latin (1204–61). Perang ini memberi kesan kepada sempadan utara di Empayar Latin sepanjang kewujudannya.

Perang Bulgaria-Latin
Tarikh1204 - 1261
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Bulgaria
Perubahan
wilayah
Kemerosotan Empayar Latin dan perluasan Empayar Bulgaria
Pihak yang terlibat

Coat of Arms of the Bulgarian Empire.PNGEmpayar Bulgaria

Cumans
Blason Empire Latin de Constantinople.svg Empayar Latin
Komandan dan pemimpin
Kaloyan
Boril
Ivan Asen II
Baldwin I
Boniface dari Montferrat
Henry

Cita-cita awal pendukung perluasan kuasa di Empayar Latin dihapuskan hanya setahun selepas ia diasaskan iaitu selepas Pertempuran Adrianople pada tahun 1205, di mana Maharaja Baldwin I telah ditawan dan kebanyakkan kesatria beliau telah terbunuh. Selepas kekalahan teruk Empayar Latin untuk mempertahankan diri mereka sendiri daripada Bulgaria dan negara-negara pengganti bagi Empayar Byzantine, iaitu Empayar Nicaea di Asia Kecil dan Despotat Epirus di Balkan.

Keputusan konflik-konflik ini mengakibatkan Empayar Bulgaria berjaya meluaskan wilayah jajahannya dengan menguasai kebanyakkan Semenanjung Balkan sementara pengaruh Empayar Latin dikurangkan terhad di dalam Constantinople dan beberapa kota dan pulau. Dengan penghapusan Patriarchate of Constantinople oleh Tentera Salib Katolik Rom, Bulgaria menjadi pusat bagi Kristian Ortodoks.

Penubuhan Empayar LatinSunting

Pada 13 April 1204, para kesatria dari Perang Salib Keempat merampas ibu kota Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur), Constantinople, dan mengantikan Empayar Byzantine purba dengan sebuah negeri Salibi baru dikenali dengan nama Empayar Latin. Pemimpin mereka, Count Baldwin dari Flanders telah dimahkotakan sebagai Maharaja di Hagia Sophia sebagai Baldwin I.[1][2] Berdasarkan pada Partitio Romaniae beliau menerima satu suku wilayah empayar dan selebihnya dibahagi-bahagikan antara Venice dan Tentera Salib. Maharaja menerima tanah-tanah di Asia Kecil selain Constantinople dan sejalur kecil tanah di sepanjang pantai Laut Hitam dan beberapa kota di Balkan. Venice memiliki kebanyakan wilayah subur di Thrace Byzantine termasuk Adrianople (Odrin), Rodosto, Arkadiopolis, kebanyakan Peloponnese, sebahagian Epirus dan Thessaly selain banyak pulau-pulau. Doge mereka menggunakan gelaran quartae partis et dimidiae totius imperii Romaniae dominator atau "Lord of a quarter and a half part of the whole Roman Empire". Tentera Salib pula menerima tanah-tanah selebihnya di bekas Empayar Byzantine dan mengasaskan Kerajaan Beraja Thessalonica dengan Boniface dari Montferrat dipilih sebagai Raja.[3]

Campur tangan BulgariaSunting

Pada tahun 1204, Tentera Salib dari Perang Salib Keempat menawan Constantinople, ibu kota bagi Empayar Byzantine, dan mengasaskan Empayar Latin, memilih Baldwin I dari Flanders sebagai maharaja. Meskipun orang Bulgaria menawarkan para tentera Salib sebuah perikatan untuk menentang Empayar Byzantine, tawaran mereka telah ditolak dengan angkuh, dan Empayar Latin menyatakan niat mereka untuk menakluk seluruh tanah di bekas Empayar Byzantine, termasuh wilayah yang diperintah oleh Kaloyan, maharaja Bulgaria. Konflik yang berlaku telah dijangka oleh para bangsawan Byzantine yang tinggal di Thrace, yang mana memberontak menentang pemerintahan Latin pada tahun 1205 dan meminta bantuan Bulgaria, menawarkan penyerahan diri mereka kepada Bulgaria.

Kempen KaloyanSunting

Maharaja Latin, Baldwin I mula untuk menumpaskan kota-kota yang memberontak dan mengepung Adrianople, dalam kata-kata penulis Tentera Salib Villehardouin, "Johannizza, Raja Wallachia, telah datang untuk memberi pertolongan kepada Adrianople dengan layanan terbaik; bersama-sama beliau adalah orang-orang Wallachia dan Bulgaria, dan empat belas ribu Comans yang tidak pernah dibaptiskan" (Villehardouin, 92). Pada April 14, 1205, Cumans (yang bersekutu dengan Kaloyan) berjaya menarik kavalri berat Empayar Latin yang mengejar ke dalam satu serangan hendap dalam belukar di utara Adrianople, dan Cumans dan Bulgaria mengakibatkan kekalahan besar di pihak Tentera Salib. Maharaja Baldwin I ditawan, Count Louis I dari Blois terbunuh, dan Doge Enrico Dandolo dari Venice yang mengetuai tentera Salib yang terselamat berundur secara tergopoh gapah kembali ke Constantinople, semasa pengunduran ini beliau mati kerana kepenatan. (Baldwin telah dipenjarakan di ibu kota Bulgaria Tărnovo sehingga kematian beliau atau kemudian dibunuh pada tahun 1205.) Sepanjang tahun 1205, Kaloyan menawan Serres dan Philippopolis (Plovdiv), memperolehi lebih banyak wilayah berbanding Empayar Latin di Thrace dan Macedonia. Bagaimanapun, kemajuan Bulgaria akhirnya terencat dengan pembunuhan maharaja mereka, Kaloyan.

Pada 31 Januari, 1206 Bulgaria sekali lagi mengalahkan Empayar Latin di Thrace, dan kemudian mara untuk menawan Didymoteikhon. Mereka berulang-ulang menjarah Thrace, termasuk kota-kota penting di Herakleia dan Çorlu, dan mencetuskan pelarian di kota-kota lain seperti Rodosto (Tekirdağ). Sementara maharaja Bulgaria yang lepas, Kaloyan, menghadkan tekanan beliau ke atas para aristokrat, kempen-kempen beliau kemudian termasuk pemindahan seluruh penduduk daripada kota-kota yang ditawan ke wilayah uang jauh di Bulgaria.

Bulgaria mengepung Adrianople sebanyak dua kali, tetapi gagal untuk menawan kota ini di sebabkan pengunduran kavalri Cuman mereka, dan semangat lebih kuat daripada maharaja baru Empayar Latin, adik lelaki Baldwin I iaitu Henry dari Flanders. Pada tahun 1207, Bulgaria memuktamadkan sebuah perikatan anti-Latin dengan Theodore I Laskaris dari Empayar Nicaea. Pada tahun yang sama, Bulgaria berjaya membunuh Boniface dari Montferrat (4 Septembe, 1207), pemerintah Latin dari Kerajaan Beraja Thessalonica. Melihat kelebihan situasi ini, Kaloyan mara ke kota dan mengepungnya dengan satu pasukan tentera yang besar, tetapi beliau telah dibunuh oleh komander Cuman beliau sendiri, Manastăr pada permulaan bulan Oktober 1207.

PerdamaianSunting

Pengganti Kaloyan, Boril, yang mana merupakan anak saudara beliau, tidak seberjaya beliau dalam penentangan ke atas Empayar Latin. Boril telah dikalahkan oleh Henry dari Flanders pada tahun 1208 berdekatan Plovdiv tetapi meneruskan kempen menentang Empayar Latin sehingga tahun 1210, apabila empayar Hungary dan Latin membuat sebuah perikatan.

Kejatuhan Empayar LatinSunting

Menjelang tahun 1231, kemahkotaan Latin telah memuktamadkan rundingan dengan John dari Brienne, bekas raja Jerusalem, yang mana telah dijemput untuk menjadi penjaga dan maharaja bersama dengan Baldwin II di Constantinople. Tindakan ini menyebabkan pemungkiran perikatan antara Bulgaria dan Empayar Latin, dan penubuhan sebuah perikatan pilihan antara Bulgaria dan Empayar Nicaea. Bagaimanapun, maharaja Bulgaria Ivan Asen II tidak dapat memutuskan sama ada untuk menyokong Greeks Niceae atau Latin, dan tiada sebarang tindak muktamad telah diambil. Akhirnya, Michael VIII Palaiologos, pemerintah Empayar Niceae menawan Constantinople dan memulihkan semula Empayar Byzantine, membawa penamat kepada Empayar Latin.

Pertempuran Bulgaria–LatinSunting

Pertempuran Tahun   Komander Bulgaria   Komander Latin Keputusan
Pertempuran Adrianople 1205 Kaloyan Baldwin I Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Serres 1205 Kaloyan Henry I Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Rusion 1206 Kaloyan Thierry de Termond Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Rodosto 1206 Kaloyan Henry I Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Messinopolis 1207 Boril Boniface dari Montferrat Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Beroia 1207 Boril Henry I Kemenangan Bulgaria
Pertempuran Philippopolis 1208 Boril Henry I Kemenangan Latin
Pengepungan Constantinople 1235 Ivan Asen II John dari Brienne Gencatan senjata selama 2 tahun

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Nicol, Donald. The Last Centuries of Byzantium, 1261–1453, 1993
  • Oxford Dictionary of Byzantium, Oxford University Press, 1991
  • Vannier, J-F. Les premiers Paléologues (Etudes prosopographiques), 1989
  • John V.A. Fine, Jr., The Late Medieval Balkans, Ann Arbor, 1987.
  • Niketas Choniates, Nicetae Choniatae Historia, Bonn, 1835.
  • Magoulias, Harry J. (transl.). O City of Byzantium, Annals of Niketas Choniates, 1984, ISBN 0-8143-1764-2
  • Ansbert, Historia de expeditione Friderici imperatoris, Monumenta Germaniae Historica, Scriptores, n.s. 5, 15-70.
  • Mauro Orbini, Il Regno di Slavi, Pesaro, 1601.

Nota kakiSunting

  1. ^ Герцберг, Г. Ф. История на Бизантия, Москва 1895, с. 359-360
  2. ^ Gerland, Е. Geschichte des lateinischen Kaiserreiches von Konstantinopel. 1. Teil: Geschichte des Kaisers Balduin I und Heinrich. Homburg v. d. Höhe 1905. p. 1-10
  3. ^ Gerland, Е. Geschichte des lateinischen Kaiserreiches von Konstantinopel. 1. Teil: Geschichte des Kaisers Balduin I und Heinrich. Homburg v. d. Höhe 1905. p. 29-30

Templat:Bulgarian Empire