Perang Kemerdekaan Itali Pertama

Perang Kemerdekaan Itali Pertama (Itali: La prima guerra d'indipendenza Italia) telah berlaku pada tahun 1848 dan 1849 di antara Kerajaan Sardinia dan Empayar Austria. Peperangan ini menyaksikan pertempuran utama di Custoza dan Novara di mana Austria di bawah Radetzky berjaya mengalahkan Piedmontese.

Perang Kemerdekaan Itali Pertama
Sebahagian daripada Penyatuan Itali

Pertempuran Custoza (1848)
Tarikh23 Mac 184824 Mac 1849
Lokasi
Seluruh Kerajaan Sardinia (sekarang Itali)
Keputusan Kemenangan muktamad Austria
Perubahan
wilayah
Tiada
Pihak yang terlibat
Kerajaan Sardinia Empayar Austria Empayar Austria
Komandan dan pemimpin
Charles Albert Empayar Austria Josef Radetzky
Kekuatan
115.000 bala tentera
22,000 tentera
Empayar Austria 100,000 tentera

Latar belakang sunting

Pada tahun 1848, revolusi meletus di pelbagai tempat di Eropah dan termasuk juga Itali. Charles Albert dan Leopold II telah dipaksa untuk membuat konsesi kepada pihak demokrat. Apabila revolusi merebak ke Vienna, bandar Milan dan Venice telah ditawan semula oleh Austria pada 1849. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar-bandar utama di Kerajaan Lombardy-Venetia.

Kerajaan Sardinia memutuskan untuk mengisytiharkan perang ke atas Austria. Kerajaan Sardinia berpakatan dengan Negara Paus dan Kerajaan Dua Sicily untuk menentang penjajah Austria.[1]

Peperangan sunting

Tentera Piedmontese terdiri daripada 12,000 tentera. Meriam dan askar berkuda adalah unit yang terbaik. Pada 21 Mac, Grand Duke Tuscany juga mengisytiharkan membantu Piedmontese dengan menyediakan 6,700 tentera. Tentera Paus pula menyediakan banyak sukarelawan. Pada 25 Mac, tentera Piedmontese berjaya memasuki Milan dan dua hari kemudian Pavia telah dibebaskan.

Selepas tentera Piedmontese memenangi pertempuran di Goito dan Peschiera del Garda, Paus Pius IX memanggil tentera-tenteranya kerana takut serangan balas Austria. Kerajaan Dua Sicily juga membuat tindakan yang sama.

Ketika Pertempuran Goito, tentera Austria berjaya mengalahkan tentera Sardinia menyebabkan Charles Albert melarikan diri. Akhirnya, Charles Albert turun takhta demi anaknya Victor Emmanuel II dan perjanjian damai telah ditandatangani pada 9 Ogos 1849 dan Piedmont-Sardinia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 65 juta franc kepada Austria.

 
Pertempuran Novara (1849).

Peperangan ini menandakan kegagalan Sardinia untuk mengalahkan Austria dengan bersendirian. Ini menyebabkan Sardinia untuk mendapatkan sekutu terhadap Austria dan akhirnya bersama Perancis (1859) dan Prusia (1866) untuk menghalau tentera Austria dari Utara Itali.[2]

Rujukan sunting