Perang Palestin 1947–1949

Perang Palestin 1947–1949, juga dikenali sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: النكبة, "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Perang Palestin 1947–1949
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel

Serangan 15 Mei10 Jun 1948
TarikhNovember 1947 – Mac 1949
Lokasi
Keputusan Perjanjian Gencatan Senjata 1949
Pihak yang terlibat
 Israel Mesir,
Syria,
Transjordan,
 Lubnan,
Iraq,
Saudi Arabia,
Yaman,
Tentera Jihad,
Tentera Pembebasan Arab
Komandan dan pemimpin
Israel Yaakov Dori,
Israel Yigael Yadin
Jordan Glubb Pasha,
Abd al-Qadir al-Husayni,
Hasan Salama,
Fawzi Al-Qawuqji,
Ahmed Ali al-Mwawi
Kekuatan
 Israel: 29,677 permulaan naik hingga 115,000 dalam bulan Mac 1949 Mesir: 10,000 permulaan naik hingga 20,000
Iraq: 5,000 permulaan naik hingga 15–18,000
Syria: 2,500–5,000
Transjordan: 6,000–12,000
 Lubnan: 1,000 permulaan naik hingga 2,000[1]
 Arab Saudi: 800–1,200
Yemen: tidak diketahui
Tentera Pembebasan Arab: 3,500-6,000
Kerugian dan korban
6,373 (4,000 tentera dan kira-kira 2,400 orang awam) Tidak diketahui(antara 5,000 dengan 15,000)
Cadangan pemisahan Palestin.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Palestin Bermandat sebelumnya menjadi milik Israel.[2][3][4] These refugees were absorbed into Israel in the One Million Plan.[5][6][7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ Pollack, 2004; Sadeh, 1997
  2. ^ Devorah Hakohen, Immigrants in Turmoil: Mass Immigration to Israel and Its Repercussions in the 1950s and after, Syracuse University Press 2003 p.267
  3. ^ Displaced Persons retrieved on 29 October 2007 from the U.S. Holocaust Museum.
  4. ^ Tom Segev, 1949. The First Israelis, Owl Books, 1986, p.96.
  5. ^ Morris, 2001, chap. VI.
  6. ^ "Jewish Refugees of the Israeli Palestinian Conflict". Mideast Web. Dicapai pada 2013-04-01.
  7. ^ Axelrod, Alan (2014). Idiot's Guides: The Middle East Conflict. Penguin Group. ISBN 9781615646401.
  8. ^ Benny Morris, Righteous Victims, chap. VI.

Bacaan lanjut sunting