Perang Revolusi Amerika
Perang Revolusi Amerika (1775–1783), juga dikenal sebagai Perang Kemerdekaan Amerika, adalah satu peperangan antara Kerajaan Great Britain dan para pendukung revolusi dari 13 koloni Amerika Utara jajahan Britain. Perang ini terjadi apabila 13 koloni mengusir pegawai diraja Britain pada 1775, menubuhkan Kongres Kebenuaan Kedua, membentuk pasukan tentera dan mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1776. Perang tersebut yang merupakan kemuncak Revolusi Amerika, kemudian meluas ke luar Amerika Utara Britain (British North America), mengakhiri kekuasaan Britain terhadap ketiga belas koloni tersebut, serta membentuk Amerika Syarikat.
Perang Revolusi Amerika | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Arah jam dari kiri atas: Pertempuran Bunker Hill, Kematian Montgomery di Pertempuran Quebec, Pertempuran Cowpens, "Moonlight Battle" | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Amerika Syarikat Co-belligerents: |
Co-belligerents | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
George Washington Nathanael Greene Horatio Gates Richard Montgomery † Daniel Morgan Henry Knox Benedict Arnold (Membelot) Friedrich Wilhelm von Steuben Marquis de La Fayette Comte de Rochambeau Comte de Grasse Duc de Crillon Bailli de Suffren Bernardo de Gálvez Luis de Córdova Juan de Lángara Hyder Ali Sultan Tipu ...senarai penuh |
Lord North Sir William Howe Thomas Gage Sir Henry Clinton Lord Cornwallis # Sir Guy Carleton John Burgoyne # George Eliott Benedict Arnold George Rodney Richard Howe Sir Hector Munro Wilhelm von Knyphausen Joseph Brant ...senarai penuh | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Kerahan: |
Kerahan: | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Amerika: 25,000 kematian
umlah pengorbanan Amerika: melebihi 50,000 kematian dan kecederaan[7] Sekutu: 6,000± Perancis dan Sepanyol (dalam Eropah) 2,000 Perancis (dalam Amerika) |
20,000± Askar dari tentera British mati dan cedera
19,740 anak kapal mati (1,240 dalam pertempuran) [3] |
Sebab
suntingCiri-ciri unik pendatang
suntingSatu faktor yang mendorong kepada perjuangan pemisahan daripada Britain adalah ciri unik tersendiri yang wujud dalam diri pendatang-pendatang yang berhijrah ke benua Amerika. Mereka meninggalkan negara asal kerana tidak berpuas hati dan juga bagi mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Walaupun majoriti pendatang adalah berbangsa Inggeris tetapi terdapat juga pendatang dari kalangan Scotland, Ireland, Belanda, Jerman, Sweden, Huegonot (Perancis), Itali dan Yahudi dari pelbagai negara Eropah. Walaupun berasal dari negara lain, adat, budaya serta bahasa yang berbeza apa yang menyatukan semangat dan azam mereka adalah usaha mereka meninggalkan negara asal. Mereka ini bersemangat kental, tabah serta kuat dari segi fizikal dan mental yang dibentuk lebih-lebih lagi ketika mengharungi proses penghijrahan.
Mereka percaya dengan kebebasan berpolitik serta berpegang kepada ciri-ciri moral yang tinggi yang dikukuhkan oleh keadaan persekitaran mereka. Mereka harus berjuang untuk terus hidup. Contohnya, di New England seorang peneroka harus bekerja kuat kerana keadaan tanah yang keras menyebabkan perlunya bekerja lebih lama. Di selatan pula, walaupun tanah sesuai tetapi iklim pula kurang memuaskan. Masalah-masalah yang mereka hadapi ini telah mematangkan mereka. Kedudukan Britin yang sangat jauh, perjalanan yang bahaya dan mengambil masa yang lama iaitu antara enam minggu hingga tiga bulan menyebabkan mereka merasakan diri mereka telah merdeka apabila sampai ke Dunia Baru ini.
Faktor politik
suntingPerbezaan paling penting antara penjajah dan pendatang adalah berhubung dengan soal politik dan kerajaan. Di Amerika, rakyat lebih bebas secara keseluruhannya berbanding dengan Britain atau mana-mana negara Eropah. Sebahagian besar rakyat Amerika tidak pernah merasakan sebarang ikatan dengan Britain. Mereka tidak berminat dengan kesukaran yang dihadapi oleh Britain dan tidak bersimpati dengan sebarang masalah yang dihadapi oleh Britain. Tumpuan mereka hanyalah kepada Amerika dan kemajuannya. Walaupun ada pedagang-pedagang kaya yang membuat hubungan dengan England tetapi mereka selalu memihak kepada Amerika. Manakala, rakyat biasa pula tidak membuat sebarang hubungan dengan Britain.
Perkembangan ideologi liberal antara 1750an hingga 1850an juga mendorong berlakunya revolusi ini.
Faktor ekonomi
suntingBritain juga memaksakan akta-akta lain yang berat sebelah ke atas rakyat Amerika menyebabkan mereka bertindak menentang British. Misalnya, Parlimen Britain telah meluluskan Akta Perdagangan dan kemudiannya Akta Pengeluaran. Akta Perdagangan melarang sebarang jajahan menjual pengeluarannya seperti tembakau, beras, kapas dan kulit kepada mana-mana negara kecuali Britain. Ini bererti pihak pendatang terpaksa menerima harga yang ditawarkan oleh peniaga British walaupun pihak lain mampu menawarkan harga yang lebih tinggi.
Akta Pengeluaran mengharamkan jajahan mengeluarkan mana-mana barang yang dikeluarkan di Britain. Akta ini hanya dikuatkuasakan pada tahun 1760 iaitu selepas Perang Tujuh Tahun. Akta-akta ini dilihat tidak adil dan menyebabkan pendatang di koloni marah.
Ahli politik Britain bersikap tamak dengan mengenakan cukai kepada pengeluar dan pengimport. Melalui pengenaan cukai ini, Britain dapat mengumpul wang membayar hutang mereka terutamanya selepas berperang dengan Perancis. Oleh itu, Parlimen memutuskan di sekitar 1763, ia akan menguatkuasakan Undang-Undang Perdagangan dan Pengeluaran dengan ketat.
Raja Britain pada ketika itu, George III seorang yang rajin tetapi malangnya tidak pandai membuat keputusan dan kurang bijak memilih penasihat dan pegawai-pegawai yang berkemampuan. Salah seorang penasihatnya adalah George Grenville yang mengambil langkah-langkah kurang bijak sehingga membuatkan koloni marah. Grenville memutuskan tiga langkah yang harus diambil berhubung dengan negara-negara jajahan di Amerika, antaranya:
- menguatkuasakan Akta Perdagangan dan Pengeluaran
- menubuhkan kuasa tentera tetap di negara-negara jajahan
- meningkatkan pendapatan di negara-negara jajahan Amerika melalui Akta Parlimen.
Rujukan
sunting- Shakila Yacop, Revolusi Amerika, Universiti Malaya
- ^ a b c Jack P. Greene and J. R. Pole. A Companion to the American Revolution (Wiley-Blackwell, 2003), p. 328.
- ^ Montero[Penjelasan diperlukan] p. 356
- ^ a b c Mackesy (1964), pp. 6, 176 (British seamen)
- ^ A. J. Berry, A Time of Terror (2006) p. 252
- ^ Claude, Van Tyne, The Loyalists in the American Revolution (1902) pp. 182–3.
- ^ Greene and Pole (1999), p. 393; Boatner (1974), p. 545
- ^ American dead and wounded: Shy, pp. 249–50. The lower figure for number of wounded comes from Chambers, p. 849.