Perang Salib Kesembilan

Perang Salib Kesembilan yang kadang kala dikumpulkan dengan Perang Salib Kelapan, ialah biasanya dianggap Perang Salib Zaman Pertengahan utama terakhir ke atas Tanah Suci. Perang salib ini berlangsung pada 1271-1272.

Perang Salib Kesembilan
Sebahagian daripada Perang Salib

Operasi semasa Perang Salib Kesembilan.
Tarikh1271-1272
Lokasi
Keputusan Kemenangan mutlak orang Islam Mamluk.
Berakhirnya Perang Salib di Timur Tengah.
Permulaan bagi pengakhiran negeri-negeri Tentera Salib di wlayah Syam.
Perubahan
wilayah
Mamluk menguasai Tanah Suci.
Pihak yang terlibat

Tentera Salib dan orang Mongol

Mamluk

Komandan dan pemimpin
Charles I
Hugh III dari Cyprus
Putera Edward
Bohemond VI
Abaqa Khan
Leo II
Baibars
Kekuatan
60,000[1] Tidak diketahui
Kerugian dan korban
Besar[perlu rujukan] Kecil[perlu rujukan]

Kegagalan Louis IX dari Perancis untuk menawan Tunis dalam Perang Salib Kelapan telah mendorong Putera Edward dari England belayar ke Acre dalam apa yang dikenali sebagai Perang Salib Kesembilan. Perang Salib Kesembilan gagal sebahagian besarnya disebabkan semangat perang salib yang hampir "pupus"[2] dan disebabkan peningkatan kuasa Mamluk di Mesir.[3] Ia juga dibayangi benteng-benteng tentera salib terakhir yang masih tersisa di sepanjang pantai Mediterranean yang berada di ambang keruntuhan.

Prolog sunting

Selepas kejayaan Mamluk ke atas tentera Mongol pada tahun 1260 dalam Pertempuran Ain Jalut oleh Qutuz dan panglimanya Baibars, Qutuz telah dibunuh, lalu meninggalkan Baibars untuk menuntut kesultanan bagi dirinya sendiri. Sebagai sultan, Baibars meneruskan serangan ke atas tentera salib di Arsuf, Athlith, Haifa, Safad, Jaffa, Ascalon, dan Caesarea. Ketika kota-kota pertahanan tentera salib jatuh satu demi satu, orang Kristian meminta bantuan daripada Eropah, tetapi bantuan datang lambat.

Pada tahun 1268, Baibars menawan Antioch, dan dengan itu memusnahkan saki-baki terakhir Kerajaan Antioch, lalu menjamin perbatasan utara Mamluk dan mengancam wilayah kecil tentera Salib, Kerajaan Tripoli.

Louis IX dari Perancis yang sudah pun menyusun satu ketumbukan tentera salib yang besar dengan niat menyerang Mesir, sebaliknya beralih kepada Tunis, tempat Louis sendiri meninggal dunia pada tahun 1270. Putera Edward dari England tiba di Tunis agak lewat untuk membantu saki-baki tentera salib di Tunis. Sebaliknya dia meneruskan perjalanan ke Tanah Suci untuk membantu Bohemund VI, penguasa Antioch dan Tripoli menentang ancaman Mamluk terhadap Tripoli dan saki-baki Kerajaan Jerusalem.

Operasi-operasi tentera salib di Tanah Suci sunting

Telah diputuskan bahawa Edward bersama-sama dengan saudara Louis, Charles dari Anjou akan memimpin pasukan tentera mereka mara ke Acre, ibukota saki baki Kerajaan Jerusalem dan matlamat terakhir kempen ketenteraan Baibars. Pasukan tentera Edward dan Charles tiba pada tahun 1271, pada saat Baibars sedang mengepung Tripoli yang dipenuhi dengan puluhan ribu orang pelarian Kristian sebagai wilayah terakhir yang masih tersisa dalam Kerajaan Tripoli. Dari pangkalan mereka di Cyprus dan Acre, Edward dan Charles berjaya menyerang barisan dalam Baibars dan memecahkan kepungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di Acre, Edward telah melakukan beberapa cubaan untuk membentuk perikatan Perancis-Mongol dengan menghantar utusan kepada pemerintah Mongol di Parsi, Abagha yang merupakan musuh orang Islam. Utusan itu diketuai Reginald Rossel, Godefroi of Waus and John of Parker. Misinya adalah untuk memperoleh sokongan ketenteraan daripada orang Mongol.[4] Dalam satu jawapan bertarikh 4 September 1271, Abagha bersetuju untuk bekerjasama dan menanyakan tarikh serangan bersama terhadap orang Mamluk akan dilancarkan.

Ketibaan tentera tambahan pimpinan Hugh III dari Cyprus mengukuhkan lagi keberanian Edward yang sedang menyerang bandar Qaqun. Pada penghujung bulan Oktober 1271, satu pasukan tentera kecil orang Mongol tiba di Syria dan menjarah kawasan-kawasan dari Aleppo ke arah selatan. Bagaimana pun, Abagha yang sibuk dengan konflik lain di Turkestan hanya dapat mengirim 10,000 orang tentera berkuda Mongol diketuai panglima Samagar. Di sebalik pasukan tentera yang agak kecil, ketibaan mereka masih mencetuskan eksodus populasi orang Islam (yang mengingati kempen Kithuqa sebelumnya) ke selatan sejauh ke Kaherah.[5]

Tetapi tentera Mongol tidak tinggal lama di situ, ada apabila pemimpin tentera Mamluk Baibars melancarkan satu serangan balas dari Mesir pada 12 November, tentera Mongol sudah pun berundur ke seberang Sungat Furat.

Sementara itu, Baibars mengesyaki bahawa terdapat satu serangan padu darat dan laut terhadap Mesir. Berasakan bahawa kedudukannya cukup tergugat, beliau berikhtiar untuk menghalang serangan sebegitu dengan membina sebuah armada. Setelah menyiapkan pembinaan armada itu, berbanding menyerang pasukan tentera salib secara terus, Baibars cuba mendarat di pulau Cyprus pada tahun 1271 dengan harapan agar Hugh III of Cyprus dan armadanya keluar daripada Acre dengan tujuan menakluki pulau tersebut dan meninggalkan Edward dan pasukan tentera Salib terasing di Tanah Suci. Bagaimana pun, dalam kempen laut armada itu dimusnahkan dan tentera Baibars terpaksa berundur.

Ekoran kejayaan ini, Edward sedar bahawa dia perlu menamatkan pergolakan dalaman negeri Kristian bagi memastikan tentangan jangka panjang, dan dengan demikian dia menjadi orang tengah antara Hugh dan para kesatria yang kurang bersemangat dari keluarga Ibelin di Cyprus. Berikutan usahanya sebagai orang tengah itu, Putera Edward dari England mula berunding perdamaian sementara selama 11 tahun dengan Baibars, walaupun rundingan ini hampir berakhir apabila Baibars cuba membunuhnya dengan mengirimkan orang yang berpura-pura menerima baptis sebagai penganut Kristian.[perlu rujukan] Edward dan para kesatrianya sendiri membunuh pembunuh-pembunuh itu dan segera memulakan persiapan untuk menyerang terus Baitulmaqdis. Bagaimana pun, apabila berita kematian bapa Edward, Henry III sampai ke pengetahuannya, satu perjanjian ditandatangani bersama Baibars yang memberi peluang pada Edward pulang ke tanahair untuk dimahkotakan sebagai Raja England pada tahun 1272.

Kesudahan sunting

Fail:Beibars.jpg
Artistic illustration of Baibars in battle
 
Gambaran romantik mengenai "Tentera Salib Terakhir". Kemenangan orang Islam yang semakin bertambah, kekalahan orang Kristian dan pelanggaran orang Eropah membawa pada penamat Perang Salib.

Edward selalu ditemani oleh Theobald Visconti yang menjadi Pope Gregory X pada tahun 1271. Gregory menyeru satu perang salib baru di Persidangan Lyons pada tahun 1274, tetapi tidak mendapat jawapan. Sementara itu, keretakan baru timbul di kalangan negeri-negeri Kristian apabila Charles of Anjou mengambil kesempatan atas pertikaian antara Hugh III, Kesatria Kuil, dan orang-orang Venice bagi membawa negeri Kristian yang masih tersisa ke dalam genggamannya. Dengan membeli tuntutan Mary of Antioch ke atas Kerajaan Jesusalem, dia menyerang Hugh III lalu menyebabkan perang saudara tercetus di dalam kerajaan itu. Pada tahun 1277 Roger of San Severino menawan Acre untuk Charles.

Walaupun perang yang saling menghancurkan di kalangan lapisan tentera salib telah terbukti melemahkan barisan tentera salib, akan tetapi ia juga memberi peluang pada seorang komander untuk mengawal perang salib itu dalam peribadi Charles. Bagaimana pun, harapan ini berkecai apabila Venice mencadangkan satu perang salib dilancarkan bukan ke atas orang Mamluk tetapi ke atas Constantinople, tempat Michael VIII baru sahaja menubuhkan kembali Emapyar Byzantine dan mengusir keluar orang Venice. Pope Gregory tidak mungkin menyokong serangan sebegitu, tetapi pada tahun 1281 Pope Martin IV merestui cadangan itu; kegagalan berikutnya menyumbang pada Pemberontakan Sicily pada 31 Mac 1282 yang dimulakan oleh Michael VIII, dan Charles terpaksa pulang ke tanahair. Ini merupakan ekspedisi terakhir yang dilancarkan ke atas Byzantine di Eropah atau orang Islam di Tanah Suci.

Catatan sunting

  1. ^ The Gospel in All Lands By Methodist Episcopal Church Missionary Society, Missionary Society, Methodist Episcopal Church, m/s. 262
  2. ^ A Manual of Church History By Albert Henry Newman, pg. 461
  3. ^ Dore's Illustrations of the Crusades By Gustave Dore, Dore
  4. ^ "Histoire des Croisades III", Rene Grousset, p.653. Grousset quote a contemporary source ("Eracles", p.461) explaining that Edward contacted the Mongols "por querre secors" ("To ask for help")
  5. ^ "Histoire des Croisades III", Rene Grousset, p.653.

Rujukan sunting

  • "Histoire des Croisades III", René Grousset