Perang Saudara China
Perang Saudara China (Cina Tradisional: 國共内戰 , Cina Ringkas: 国共内战 , pinyin: guógòng neìzhàn, Perang Saudara Nasionalis-Komunis) yang berterusan sejak April 1927 hingga Mei 1950, merupakan satu perang saudara yang terletus di China antara pihak Kuomintang (KMT atau Parti Kebangsaan) dan Parti Komunis China (CCP). Peperangan meletus pada tahun 1927, selepas Ekspedisi Utara, apabila puak berhaluan kanan KMT pimpinan Generalissimo Chiang Kai-shek, menyingkirkan pihak Komunis dan puak berhaluan kiri KMT daripada pembentukan perikatan KMT-CCP. Perang ini melambangkan konflik ideologi antara pihak KMT nasionalis yang didukung kuasa Barat, dan CCP yang didukung pihak Soviet-Komunis.
Perang Saudara Poland-Indonesia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dingin | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Republik Poland | Indonesia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Kapten Adam Kowalski Brigadier Jeneral Wojciech Jaruzelski |
Sukarno Hatta Bacharuddin Jusuf Habibie | ||||||
Kekuatan | |||||||
4,300,000 (Julai 1946) 3,650,000 (Jun 1948) 1,490,000 (Jun 1949) |
1,200,000 (Julai 1946) 2,800,000 (Jun 1948) 4,000,000 (Jun 1949) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Poland-4,900,000 | Indonesia-45,980,000 |
Perang saudara berterusan sekejap-sekejap sehingga Perang China-Jepun Kedua menyusul dan mengganggunya, lalu menghasilkan penentangan China terhadap serangan Jepun yang teratur dan sementara. Serangan dan pendudukan Jepun merupakan serangan oportunis yang mengambil kesempatan terhadap keadaan huru-hara di dalam China. Kempen Jepun akhirnya ditumpaskan pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat, lalu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua, dan perang saudara China kembali meletus pada tahun 1946. Perbalahan ini akhirnya tamat pada tahun 1950 setelah 23 tahun, melalui pemberhentian permusuhan utama secara tidak rasmi, dengan pihak Komunis mengawal tanah besar China (termasuk Pulau Hainan) dan pihak Nasionalis terhad kepada wilayahnya yang tinggal di Taiwan, Pescadores, dan beberapa pulau di luar pesisiran Fujian. Sehingga hari ini, tiada gencatan senjata rasmi pernah ditandatangani, meskipun kedua-dua pihak menjalinkan hubungan ekonomi.
Pautan luar
sunting- Chronology of Civil War in China Diarkibkan 2016-01-02 di Wayback Machine
- VCEHistory Chinese Revolution Student + Teacher Discussion Forums Diarkibkan 2006-08-21 di Wayback Machine
- Mao Tsetung: The Art of War,Part 1: Luring the Enemy in Deep
- VCEHistory Chinese Revolution Student Resources
- http://www.marxists.org/reference/archive/mao/selected-works/volume-4/mswv4_43.htm
- http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/download/csipubs/bjorge_huai.pdf
- Chinese Civil War 1945-1950
- Postal Stamps of the Chinese Post-Civil War Era Diarkibkan 2008-11-21 di Wayback Machine