Perang Sungai Indus

Pertempuran Indus terjadi di tebing Sungai Indus di Pakistan kini pada 1221 di antara saki-baki tentera Sultan Empayar Khwarizmiyah Jalaluddin Mingburnu dan gerombolan Genghis Khan dari Empayar Mongol.

Perang Sungai Indus
Sebahagian daripada Peperangan Islam-Mongol
TarikhNovember 1221M
Lokasi
Sungai Indus, sempadan wilayah India
Keputusan Kemenangan tentera Mongol dan kejatuhan mutlak empayar Khwarizmiyah
Perubahan
wilayah
Keseluruhan jajahan dan wilayah Khwarizmiyah berada di bawah kekuasaan Empayar Mongol
Pihak yang terlibat
Empayar Mongol Empayar Khwarizmiyah
Komandan dan pemimpin
Genghis Khan Jalaluddin Mingburnu
Kekuatan
Sekitar 40,000 Sekitar 50,000
Kerugian dan korban
Sekitar 8,000 Sekitar 50,000, termasuk ribuan orang awam

Selepas memenangi Perang Parwan, Sultan Jalaluddin berpendapat tenteranya amat lemah dan tidak akan dapat menahan serangan lanjut Mongol. Lantas beliau membuat keputusan melarikan diri ke India, dan diikuti oleh ribuan pelarian dari Parsi. Genghis Khan yang marah dengan kekalahan Mongol turun sendiri dan berjaya mengejar Jalaluddin ketika mereka sedang bersedia menyeberangi Sungai Indus.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ T. C. F. Hopkins (2007). "The Rise of the Ottoman Empire". Empires, Wars, and Battles: The Middle East from Antiquity to the Rise of the New World (dalam bahasa Inggeris). New York: Tom Doherty Associates, LLC. |access-date= requires |url= (bantuan)