Perang Uthmaniyyah di Eropah

Perang Empayar Uthmaniyah di Eropah juga kadangkala dirujuk sebagai Perang Uthmaniyah atau Perang Turki (terutamanya dalam teks Eropah lama), merupakan kempen pengembangan Empayar Uthmaniyyah ke Eropah.

Empayar Uthmaniyah pada keluasan maksimum (1683)

Kebangkitan (1299–1453)Sunting

Empayar ByzantineSunting

 
Penaklukan Constantinople oleh Sultan Mehmed si Penakluk pada tahun 1453

Selepas menyerang Empayar Byzantine yang telah lemah pada tahun 1356 (tahun sebenar dipertikaikan kepada kemungkinan pada tahun 1358 di sebabkan perubahan kalendar Byzantine), (lihat Suleyman Pasha) yang mana menyediakan asas kepada operasi di Eropah, Empayar Uthmaniyyah memulakan perluasan ke arah barat dan memasuki benua Eropah pada pertengahan kurun ke-14.

Constantinople jatuh pada tahun 1453 selepas Pertempuran Varna dan Pertempuran Kosovo Kedua.

Keseluruhan Yunani ditawan pada tahun 1461 (Empayar Trebizond) (lihat : Yunani Uthmaniyah).

Empayar BulgariaSunting

Pada separuh kedua kurun ke-14, Empayar Uthmaniyah terus mara ke utara dan barat Balkan, berjaya menguasai Thrace dan kebanyakan wilayah Macedonia selepas Pertempuran Maritsa pada tahun 1371. Sofia jatuh pada tahun 1382, diikuti dengan ibu negara Empayar Bulgaria Kedua iaitu Tarnovgrad pada tahun 1393, dan wilayah barat laut selebihnya selepas Pertempuran Nicopolis pada tahun 1396.

Empayar SerbiaSunting

Perkembangan (1453–1683)Sunting

Genangan (1699–1828)Sunting

Kurun ke-18Sunting

Kurun ke-19Sunting

Pemberontakan Serbia Pertama berlaku pada tahun 1804, diikuti dengan Pemberontakan Serbia Kedua pada tahun 1815; Serbia dibebaskan sepenuhnya pada tahun 1867. Kemerdekaannya secara rasminya diakui pada tahun 1878.

Perang Rusia-Turki ke-6 bermula pada tahun 1806 dan tamat pada bulan Mei 1812, hanya 13 hari sebelum Serangan Napoleon ke atas Rusia.

Pemberontakan Moldavia-Wallachia (Romania) (bermula serentak dengan Revolusi Yunani).

Perang Kemerdekaan Yunani, berlangsung dari tahun 1821 sehingga 1832, di mana kuasa-kuasa Besar campur tangan pada tahun 1827, termasuk Rusia (Perang Rusia-Turki ke-7, 1828–1829), di mana Greece mendapat kemerdekaannya; Perjanjian Adrianople ditandatangani dan menjadi titik penamat perangt.

Kemerosotan (1828–1908)Sunting

 
Penyerahan Uthmaniyah di Nikopol, 1877

Perang Uthmaniyah dengan Bosnia 1831–1836, 1836–1837, 1841.

Perang Uthmaniyah dengan Albania 1820–1822, 1830–1835, 1847.

Perang Uthmaniyah dengan Montenegro 1852–1853.

Lapan kali Perang Rusia-Uthmaniyah 1853–1856, Perang Crimea, di mana United Kingdom dan Perancis menyertai perang di pihak Empayar Uthmaniyyah. Tamat dengan Perjanjian Paris.

Perang kedua dengan Montenegro pada 1858–1859.

Perang dengan Montenegro, Bosnia dan Serbia pada 1862.

Pemberontakan Crete pada 1866.

Pemberontakan Bulgaria pada 1876.

Perang Rusia-Turki ke-9 dan terakhir bermula pada tahun 1877, pada tahun sama Uthmaniyyah berundur dari Persidangan Constantinople. Romania kemudian mengistiharkan kemerdekaannya dan memulakan perang ke atas Turki, disertai oleh Serbia dan Bulgaria dan akhirnya Rusia (lihat juga Hubungan Luar Rusia selepas Perang Crimea). Austria menduduki Bosnia pada tahun 1878. Rusia dan Uthmaniyyah menandatangani Perjanjian San Stefano pada awal tahun 1878. Selepas dipertimbangkan di Kongres Berlin, yang mana dihadiri oleh semua kuasa-kuasa Besar pada waktu itu, Perjanjian Berlin (1878) mengakui perubahan wilayah.

Rumelia Timur diberi beberapa autonomi pada tahun 1878, memberontak dan menyertai Bulgaria pada tahun 1885. Thessaly diserahkan kepada Yunani pada tahun 1881, tetapi selepas Yunani menyerang Empayar Uthmaniyyah untuk membantu Pemberontakan Crete Kedua pada tahun 1897, pihak negara tersebut dikalahkan di Thessaly.

Pembubaran (1908–1922)Sunting

Perang Itali-TurkiSunting

Pemberontakan Ilinden-PreobrazhenieSunting

Pemberontakan Macedonia bermula pada tahun 1903. Lihat Pemberontakan Ilinden–Preobrazhenie.

Perang Balkan 1912-1913Sunting

Dua Perang Balkan berlaku pada tahun 1912 dan 1913, melibatkan tindakan lanjut menentang Empayar Uthmaniyyah di Eropah. Liga Balkan berjaya menakluk Macedonia dan kebanyakan kawasan Thrace daripada Empayar Uthmaniyyah, dan kemudian menghadapi pertikaian berhubung pembahagian wilayah. Albania mengistiharkan kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1912, selepas beberapa rusuhan dan pemberontakan. Ini mengecilkan lagi pegangan wilayah Turki di Eropah (Rumelia) ke garis sempadan sekarang di Thrace Timur.

Perang Dunia ISunting

Perang Dunia Kedua (1914-1918) menjadi penyebab utama akan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, yang mana secara rasminya tamat pada tahun 1922. Bagaimanapun, semasa perang Empayar Uthmaniyyah berjaya menghalang Tentera Laut Diraja Britain dari mendekati Istanbul, menghentikan serangan Entente dalam Pertempuran Gallipoli (1915-1916). Walau bagaimanapun, di bawah syarat-syarat Perjanjian Lausanne (1923) membawa kejatuhan Empayar.[petikan diperlukan]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting