Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.

Perang Yamamah
Sebahagian daripada siri Peperangan Islam-Riddah dan
Kempen Khalid ibn al-Walid
TarikhDisember 632
Lokasi
Yamamah (semenanjung Arab)
Keputusan Kemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidun Pemberontak Murtad
Komandan dan pemimpin
Khalid ibn al-Walid Musailamah al-Kazzab
Kekuatan
13,000 40,000
Kerugian dan korban
1,200 21,000

Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.

Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.

Hari Pertempuran

sunting

Pada peringkat awalnya, tentera Islam berjaya mengasak pasukan pemberontak murtad sehingga pasukan pemberontak murtad terdesak dan bertahan untuk seketika. Setelah berjaya bertahan dari serangan tentera Islam, Musailamah dengan pantas mengarahkan pasukannya menyerang balas dengan mengarahkan seluruh kekuatan sayapnya untuk menyerang bahagian tengah tentera Islam. Ketika ini, tentera Islam pula terdesak dan berundur. Khalid ibn al-Walid merasakan pertahanan tentera Islam semakin terdesak memandangkan ramai tentera Islam yang syahid mengarahkan tenteranya berundur dari medan pertempuran.

Kesilapan Percaturan

sunting

Semasa proses pengunduran, Khalid membuat penyusunan semula barisan tentera Islam. Beliau menyedari bahawa tentera Islam yang datang dari pelbagai suku kaum tidak patut dicampurkan dalam satu batalion dalam menghadapi pasukan pemberontak murtad yang berasal dari suku kaum Bani Hanifah. Lalu Khalid memecahkan tenteranya mengikut suku kaum masing-masing dengan ketua skuad kecil dilantik dari kalangan suku kaum itu sendiri.

Serangan Balas

sunting

Setelah membuat penyusunan semula, Khalid mengarahkan tentera Islam membuat serangan terhadap pemberontak murtad. Kali ini, taktik serangan berskala kecil dalam menghadapi pasukan pemberontak dalam satu batalion berjaya. Pasukan Musailamah yang semakin terdesak terpaksa berundur dan pembantu Musailamah, Muhakim ibn Tufail mengarahkan pasukannya berundur ke kota lindungan pasukan pemberontak murtad. Namun, Muhakim sendiri terkorban ketika menyelamatkan diri daripada serangan bertali arus tentera Islam.

Pertempuran di dalam Kota

sunting

Setelah berjaya berundur, Musailamah bertahan di dalam kotanya yang dipanggil Taman Pemurah. Namun, tentera Islam berjaya mengasak dan mengawal pintu masuk kota kaum pemberontak murtad. Ini menyebabkan ramai pasukan Musailamah terkorban termasuk Musailamah sendiri sehingga kota ini digelar Taman Maut.

Selepas kematian Musailamah, lenyaplah pemberontakan yang dilancarkan oleh kumpulan murtad.