Perang Saudara Syria

(Dilencongkan dari Perang saudara Syria)

Pemberontakan Syria atau Perang Saudara Syria[35] merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."[36][37] Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.

Pemberontakan Syria 2011
Sebahagian daripada Kebangkitan Dunia Arab
Tarikh15 Mac 2011 (2011-03-15) – kini (13 tahun, 34 hari)
Lokasi
Punca
Matlamat
  • Perletakan jawatan Bashar al-Assad[5][6]
  • Pembaharuan demokrasi[7]
  • Penukaran rejim[8]
  • Perluasan hak awam[9]
  • Pengiktirafan hak Kurdi
  • Pemansuhan Mahkamah Keselamatan Negara Agung
  • Penarikan undang-undang darurat[10]
Kaedah
StatusMasih berlangsung
Tokoh dan pemimpin utama
Syria Pembangkang Syria: Syria Kerajaan Syria:
Unit yang terlibat
40,000[22]–60,000[23]
Korban

Syria Pasukan keselamatan Syria 4,558[26]–5,000[27] askar dan polis terbunuh, 68 militia terbunuh[28]
Fail:Hezbollah Flag.jpg Hizbullah
147 terbunuh[29]

Iran Basij Iran
85 terbunuh[29]

Pemberontak dan pembantah Syria

4,432 pejuang* dan 979–1,709 pembantah terbunuh,[30][31]
26,332 pembantah dan pejuang ditangkap[32]
Mujahidin asing
36 terbunuh[33]
17,926[26]–18,451[32] rakyat Syria terbunuh keseluruhan (dakwaan pembangkang)**
160 orang awam asing dan 2 juruterbang F-4 Phantom Turki terbunuh
240,000 hilang tempat tinggal (180,000 pelarian)
  • Jumlah mungkin lebih tinggi kerana sebahagian pemberontak bukan pembelot dikira sebagai orang awam.[34]
    **Jumlah tidak termasuk pejuang asing daripada kedua pihak atau militia Shabiha.

Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan.[38]

Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah dikepung,[39][40] dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam.[41] Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu di bawah panji Tentera Pembebasan Syria, bertempur dalam gaya yang semakin tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan pemberontak ini sebagai "kumpulan pengganas bersenjata".[42]

Mengikut pelbagai sumber, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 17,925–25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan orang awam, namun termasuk 9,305–9,750 penempur bersenjata kedua pihak[26][43][44] dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang.[30][31] Bagi melarikan dari daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke Iraq,[45] Jordan,[46] Lubnan dan Turki.[47][48] Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara.[49][50] Pertubuhan antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan Shabiha menggunakan orang awam sebagai perisai manusia,[51][52]

Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab,[53] Kesatuan Eropah,[54] Setiausaha Agung PBB,[55] Pertubuhan Kerjasama Islam,[56] Majlis Kerjasama Teluk,[57] Arab Saudi,[58] Turki[59] dan Amerika Syarikat[60] antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah. Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi kuasa-kuasa asing ini.[61][62] Pada November 2011, Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu,[63] lalu menghantar misi pemerhati pada Disember, sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian aman krisis ini. PBB juga dengan kerjasama Liga Arab melantik Kofi Annan sebagai utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.

Pada 15 Julai 2012, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menilai konflik Syria ini sebagai "konflik bersenjata bukan-antarabangsa" (istilah perundangan ICRC bagi perang saudara), dengan itu menjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan Konvensyen Geneva.[64][65]

Latar belakang sunting

Syria melaksanakan Undang-undang Darurat 1963-2011 dan Perlembagaan digantung. Keadaan ini sama semasa Syria berperang dengan Israel. Sejak 1963, kejatuhan Baath, Syria telah dikawal oleh pihak sekular Parti Ba'ath. Sejak itu, rakyat Syria melantik Presiden melalui referendum dan tidak lagi mengadakan pilihan raya pelbagai parti. Walaupun berlaku Rampasan kuasa 1966 dan Revolusi 1970 Syria, Parti Ba'ath kekal berkuasa.

Selepas Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al- Assad memimpin Syria 30 tahun, telah mengharamkan pihak lawan politik dan mana-mana calon pembangkang dalam pilihan raya. Pada 1982 pemberontakan Islam berlaku. Hafez al-Assad telah menjalankan dasar bumi hangus terhadap bandar Hama untuk memadamkan pemberontakan oleh masyarakat Muslim Sunni, termasuk Ikhwan Muslimin dan lain-lain. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Hama.

Isu siapa penggantian Hafez al-Assad mendorong kepada peristiwa Latakia 1999 apabila protes ganas dan pertempuran bersenjata meletus selepas Pilihan Raya 1998. Pertelingkahan berlaku antara Hafez al-Assad dengan muda saudaranya Rifaat. Dua orang telah dibunuh di Latakia. Bantahan ini menyebabkan beratus-ratus orang mati dan cedera, namun kerajaan menafikan. Hafez al-Assad meninggal dunia setahun kemudian akibat masalah paru -paru. Beliau telah digantikan oleh anaknya Bashar al-Assad dilantik selepas pindaan perlembagaan iaitu mengurangkan syarat umur Presiden dari 40 kepada umur 34.

Presiden Bashar mempunyai seorang isteri yang lahir di Britain diharap dapat melaksamakan reformasi dan mengurangkan perdebatan politik dari Julai 2000 hingga Ogos 2001. Aktivis politik, seperti, Riad Seif, Haitham al-Maleh, Kamal al-Labwani, Riyad al-Turki, dan Aref Dalila telah menggerakkan gerakan dan forum. Forum oleh Riad Seif dan forum oleh Jamal al-Atassi Forum. Spring Damsyik berakhir pada bulan Ogos 2001 dengan penangkapan dan 10 aktivis terkemuka dipenjarakan kerana mendesak mengadakan pilihan raya yang lebih demokratik dan kempen keingkaran awam.

Pada Oktober 2005, aktivis dan pembangkang Michel Kilo melancarkan Deklarasi Damsyik yang mengkritik kerajaan Syria sebagai "autoritarian, totalitarian dan klik-klikan" dan menyeru kepada reformasi demokratik.

Rusuhan Kurdish-Arab telah mendorong ketegangan di kawasan-kawasan Kurd di Syria sejak 2004.Rusuhan Al-Qamishli berlaku di Al- Qamishli. Dalam perlawanan bola sepak yang kacau-bilau, bendera Kurdish dikibarkan dan perlawanan bola sepak bertukar menjadi konflik politik. Sebagai tindak balas, berlaku pertempuran antara polis Syria dengan kumpulan Kurdis dan Arab menyebabkan 30 orang terbunuh.

Keluarga al-Assad merupakan kumpulan minoriti, tradisional miskin dan dari mazhab Alawite. Alawite merupakan cabang firkah Syiah dengan anggaran 6-12 penduduk Syria. Mereka menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan menjana kebencian di kalangan umat Islam Sunni yang membentuk 70 penduduk Syria. Minoriti Kurd juga membuat bantahan. Tetapi Presiden Bashar mendakwa Syria kebal dari apa yang berlaku di Mesir. Bouthaina Shaaban selaku peenasihat presiden dipersalahkan oleh ulama Sunni dan menghasut pemberontakan Sunni. Sheikh Youssef al -Qaradawi di Qatar dalam satu khutbah di Doha pada 25 Mac 2011 menyeru rakyat memberontak. Menurut The New York Times, kerajaan Syria mengerah puak Alawite yang menguasai unit perkhidmatan keselamatan untuk melawan pemberontakan . Adiknya Maher al-Assad dan Assef Shawkat menjadi panglima tentera.

Sosio-ekonomi dan hak sivil sunting

Kemerosotan hidup semakin mencengkam menyebabkan pengurangan sokongan kerajaan daripada golongan miskin. Subsidi bagi barangan asas dan pertanian, perdagangan bebas tanpa sokongan yang sesuai kepada industri tempatan, dan kadar pengangguran, terutama di kalangan anak-anak muda.

Hak asasi manusia di Syria dikritik oleh pertubuhan-pertubuhan global. Sejak 1963, pemerintahan darurat memberi pasukan keselamatan melakukan penangkapan dan penahanan . Negara Syria ditadbir oleh kerajaan satu parti tanpa pilihan raya yang bebas .Pihak berkuasa memenjarakan aktivis hak asasi manusia dan pengkritik kerajaan .Hak bersuara, berpersatuan dan berhimpun dikawal ketat. Wanita dan diskriminasi etnik minoriti berlaku. Pada tahun 2010, al-Assad dilapor gagal memperbaiki rekod hak asasi manusia Syria dalam tempoh 10 tahun memerintah dan merupakan salah satu yang paling teruk di dunia .

Al-Assad dibenarkan stesen radio memainkan muzik pop Barat tapi laman web seperti Amazon.com, Facebook, Wikipedia , dan YouTube telah disekat sehingga 1 Januari 2011.Undang-undang 2007 memerlukan kafe Internet merekodkan semua komen para penggunan dalam lama laman sembang dan talian forum.

Temubual pada 31 Januari 2011, al-Assad mengisytiharkan pembaharuan sebagai reaksi terhadapa bantahan di Mesir, Tunisia, dan Yaman.

Garis masa sunting

Gerakan protes di Syria pada mulanya sederhana, dan mengambil masa untuk mendapatkan momentum. Peristiwa bermula pada 26 Januari 2011, apabila Hasan Ali Akleh dari Al-Hasakah mencurahkan petrol ke atas dirinya sebagaimana rakyat Tunisia Mohamed Bouazizi membakar diri Tunis pada 17 Disember 2010. Tindakan itu sebagai "bantahan terhadap kerajaan Syria . Pada 28 Januari 2011, demonstrasi diadakan di Ar-Raqqah membantah pembunuhan dua tentera keturunan Kurdish.Pada 3 Februari seruan "Hari-Rage" pada 4 Februari hingga 5 Februari dalam laman Facebook dan Twitter. Penunjuk perasaan menuntut reformasi kerajaan, tetapi kebanyakan protes yang berlaku di luar Syria dan secara dan kecil-kecilan.Ratusan berarak di Hasaka, tetapi pasukan keselamatan Syria menyuraikan bantahan dan menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan. Al Jazeera melaporkan sebagai gerakan senyap dan menyimpulkan bahawa protes tidak itu berjaya kerana populariti Presiden Bashar al-Assad . Mereka juga bimbang apa yang berlaku di Iraq . Protes pada akhir Februari di Kedutaan Libya di Damsyik menunjukkan protes terhadap kerajaan Kolonel Muammar al-Gaddafi.

Pada 6 Mac 2011, TIME melaporkan Ribal al -Assad menyatakan teori domino berkembang di Spring Arab. Malah, pada 15 Mac, pergerakan bantahan mula memuncak, demonstrasi serentak berlaku di bandar-bandar utama di seluruh Syria. Kota Daraa menjadi tumpuan utama bagi kebangkitan. Lebih 100,000 orang berarak di Daraa pada 25 Mac, tetapi sekurang-kurangnya 20 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh. Protes juga merebak ke bandar-bandar lain Syria, termasuk Homs , Hama , Baniyas , Jassem , Damsyik dan Latakia . Lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh.K erajaan bersedia membuat konsesi dengan penunjuk perasaan, apabila al-Assad mengumumkan pembebasan seramai 200 tahanan politik. Seorang penasihat Assad berkata undang-undang darurat akan ditarik balik, .Assad menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Syria , Muhammad Naji al- Otari .Namun Assad menafikan undang-undang darurat akan ditarik balik pada akhir bulan Mac .

Pada bulan April, kebangkitan menjadi lebih luas dan lebih ganas. Penunjuk perasaan ditembak pada pada 1 April, membawa kepada sekurang-kurangnya 10 kematian. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dihalang daripada memasuki bandar Damsyik dari Douma pada 15 April. Bandar-bandar lain turut menyaksikan kebangkitan seperti di Daraa, Baniyas, Al-Qamishli, dan Homs. Kereta kebal dan askar memasuki Daraa dan Douma. Sempadan dengan Jordan juga ditutup . Seorang aktivis melaporkan bahawa 18 orang terbunuh di Daraa. Al Jazeera melaporkan beberapa tentera ditembak oleh mereka sendiri selepas menolak perintah menembak penunjuk perasaan. Pada 29 April, lebih daripada 60 penunjuk perasaan terbunuh dalam demonstrasi di seluruh Syria. Amerika Syarikat bertindak balas dengan sekatan keras terhadap kerajaan Syria .

Baniyas dikepung pada awal bulan Mei, dan dibahagikan kepada zon kawalan de facto, dengan penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya mengawal selatan dan pasukan keselamatan menguasai utara. Demonstrasi menyebabkan 20 kematian pada 6 Mei.Kerajaan mendakwa 11 askar ditembak oleh "kumpulan-kumpulan bersenjata" pada hari yang sama. Pada 17 Mei dilaporkan pelarian Sunni mendakwa berpakaian seragam "Shabiha" Alawite membunuh Sunni di bandar Tel Kalakh di sempadan Lubnan. Remaja 13 tahun, Hamza Ali Al -Khateeb ,tiga luka tembakan pistol dan tanda-tanda didera,kemaluan putus dan lebam-lebam. Puncanya kerana dia menyertai keluarganya dalam perhimpunan untuk memecahkan pengepungan bandar Daraa. Beliau telah ditahan di kalangan beratus-ratus penduduk Syria semasa pembunuhan beramai-ramai Siada, di mana rakyat Daraa ditembak oleh pasukan keselamatan Syria. Aktivis pembangkang mendakwa beliau telah diseksa dan kemudian ditembak mati. Tapi Dr Akram El-Shaar menafikan bahawa Hamzah telah diseksa dan menyatakan bahawa tiada tanda penyeksaan dan hanya pereputan necrotic .

Bekalan air dan elektrik telah ditutup di bandar Daraa. Pasukan keselamatan mula merampas tepung dan makanan. Keadaan yang serupa di Homs.[66][67] Tentera Syria memasuki bandar Baniyas, Hama, Talkalakh, Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan beberapa bandar lain.[68][69][70] Lebih 2,300 penunjuk perasaan telah dibunuh, cedera dan beribu-ribu ditahan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuk penggunaan kereta kebal terhadap penunjuk perasaan sebagai "tidak boleh diterima".

Pada 5 Jun, kerajaan Syria menyatakan 20 penunjuk perasaan Syria ditembak mati di Dataran Tinggi Golan oleh tentera Israel ketika melalui garisan gencatan senjata semasa Hari Naksa. Israel menuduh Syria untuk mengalihkan perhatian daripada pergolakan Syria dengan membenarkan penunjuk perasaan untuk sampai kepada Heights.

Pada 6 Jun, dikatakan, tembakan rawak daripada helikopter membunuh 10 orang di Jisr ash- Shugur. Dua hari kemudian, tentera Syria melancarkan tindakan keras di Jisr al Shughour sebagai membalas dendam dan membunuh 120 anggota polis. Penduduk tempatan mendakwa askar yang enggan berperang ditembak. Pada 10 Jun, tentera Syria telah memulakan operasi di Jisr ash - Shugur. Ramai aktivis, orang awam yang melarikan diri, dan tentera yang berpaling tadah.[71] Namun Reem Haddad jurucakap Kementerian Penerangan Syria, menafikan laporan pembelotan itu.[72]

Pada 10 Jun juga, helikopter Tentera Udara Syria melepaskan tembakan mesingan ke dalam protes di Ma'arat al-Numan. Tetapi tiada kematian dilaporkan dalam serangan helikopter itu. Tentera darat Syria juga diserang oleh penunjuk perasaan. Seramai 32 orang terbunuh. Dalam minggu yang sama, beberapa orang askar di barat laut enggan menembak penunjuk perasaan, dan pertempuran yang meletus antara angkatan yg suka memberontak dan setia.

Pada 12 Jun, wartawan di Daraa melaporkan bahawa tentera Syria menyekat jalan ke luar bandar dan menghalang bekalan makanan melaluinya. Akibatnya, penduduk Daraa berhadapan dengan kebuluran. Lima ribu penduduk di sana berkumpul di stadium tempatan, yang kini digunakan sebagai pusat tahanan. Pada bulan Julai, New York Times telah melawat Hama, dan melaporkan bahawa penduduk di sana penyokong setia Assad. Pada 31 Julai, tentera Syria memasuki bandar dan mula membunuh penunjuk perasaan pada kadar tertinggi lagi.

Pada 20 Jun 2011, al-Assad menjanjikan "dialog nasional" ke arah reformasi, pilihan raya parlimen dan kebebasan yang lebih besar. Beliau juga menggesa semua pelarian pulang ke rumah dari Turki, dan memberi jaminan pengampunan dan menyalahkan "saboteurs"

Pada 11 Julai 2011, penunjuk perasaan pro-kerajaan menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan Perancis di Damsyik kerana membantah sokongan kepada pembangkang.Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengutuk serangan itu dan rejim Presiden Assad.

Bantahan yang berterusan sepanjang bulan Julai dan kerajaan berulang kali menembak penunjuk perasaan dengan kereta kebal dan menjalankan tangkapan. Pada 31 Julai, Pembunuhan Ramadan berlaku, di mana sekurang-kurangnya 136 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera apabila tentera Syria menyerang penunjuk perasaan di seluruh negara dengan menggunakan kereta kebal, meriam, dan penembak tepat. Kebanyakan kematian berlaku di Hama . Banduan politik juga mengadakan pemberontakan di dalam penjara. Media melaporkan bahawa lapan anggota polis telah dibunuh oleh penunjuk perasaan.

Tentera Syria terus membedil Hama pada hari berikut, bersama-sama dengan serangan di bandar-bandar dan bandar-bandar dan lain-lain. Pada 1 Ogos, sekurang-kurangnya 24 orang awam terbunuh di seluruh Syria. Pada 5 Ogos, keadaan di Hama semakin teruk, dengan bekalan makanan dicatu, bekalan perubatan kurang, komunikasi dan bekalan elektrik terputus. Pemastautin mendakwa penduduk "disembelih seperti biri-biri" di atas jalan-jalan, dan keluarga menanam mati mereka di halaman rumah dan tepi jalan kerana bimbang risiko di tembak di pertengahan jalan ke tanah perkuburan.Ramai orang mati itu dikebumikan di taman-taman. Pada 5 Ogos, angka kematian berjumlah sehingga ke 250 [145]

Shabbiha sunting

Shabbiha ialah kumpulan yang terlibat dalam penyeludupan semasa pendudukan Syria Lubnan. Mereka menggunakan kereta hantu tanpa plat.Mereka menyeludup kereta dari Lebanon ke Syria. Shabbiha telah muncul kembali semasa kebangkitan dan pada bulan Jun telah digunakan oleh kerajaan Syria untuk menjalankan kempen hangus bumi, membakar tanaman, menggeledah rumah-rumah dan menembak secara rawak ". Pada April, Wissam Tarif, pengarah kumpulan hak asasi manusia menyatakan Shabbiha beroperasi di Homs.

Rujukan sunting

  1. ^ 6 September 2011  (6 September 2011). "SYRIA: Death of popular Sunni cleric stirs unrest in Aleppo – latimes.com". Latimesblogs.latimes.com. Dicapai pada 13 November 2011. Text " 12:24 pm" ignored (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  2. ^ Martin Chulov di Beirut dan Nour Ali. "Syria violence spreads to commercial capital Aleppo | World news". The Guardian. UK. Dicapai pada 13 November 2011.
  3. ^ "Security forces storm Syrian city of Aleppo, activist group says". CNN. Dicapai pada 13 November 2011.
  4. ^ Christin Oliver (26 Oktober 2010). "Corruption Index 2010: The Most Corrupt Countries in the World – Global Development". The Guardian. London. Dicapai pada 10 April 2011.
  5. ^ "The Assad Poison". allvoices.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-11. Dicapai pada 20 April 2011.
  6. ^ "Bashar Assad Resignation Called For By Syria Sit-In Activists". The Huffington Post. Dicapai pada 20 April 2011.
  7. ^ "Pro-democracy protests sweep Syria, 22 killed". Reuters. 8 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 8 Ogos 2011.
  8. ^ "Syrian Protestors Want a Regime Change". ABC News. 25 Mac 2011. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  9. ^ "Violence Erupts in Syria; Troops Open Fire on Anti-Protestors". Daily News. 25 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 25 Mac 2011.
  10. ^ "Syria To Lift Decades-Old Emergency Law". Al Jazeera English. 19 April 2011. Dicapai pada 25 April 2011.
  11. ^ Zeina Karam (28 September 2011). "Nuclear engineer assassinated in central Syria". Beirut. Associated Press. Dicapai pada 28 September 2011.
  12. ^ "Moscow strongly denounces killing of son of Syria''s Mufti in Idlib". Kuna.net.kw. 3 Oktober 2011. Dicapai pada 13 November 2011.
  13. ^ Jillian C. York. "Hacktivism for Syria – Opinion". Al Jazeera English. Dicapai pada 13 November 2011.
  14. ^ "Defecting troops form 'Free Syrian Army', target Assad security forces". Dicapai pada 13 November 2011.
  15. ^ "Syrian uprising showing signs of armed rebellion – Mideast/N. Africa – Conflict in Iraq". MSNBC. 27 September 2011. Dicapai pada 13 November 2011.
  16. ^ Syrian defectors battle Assad’s army FT.com
  17. ^ "Syrians stage sit-in to protest against EU sanctions on Syrian companies". Xinhuanet. Dicapai pada 13 November 2011.
  18. ^ Mustafa Hamo BBC Arabic Online (19 April 2011). "BBC News – Syria protests: Homs city sit-in 'dispersed by gunfire'". BBC. Dicapai pada 13 November 2011.
  19. ^ "Defecting troops form 'Free Syrian Army', target Assad security forces". World Tribune. 3 Ogos 2011. Dicapai pada 15 Ogos 2011.
  20. ^ "Syria: 'Armed gangs' killed 120". The Seattle Times. 6 Jun 2011. Dicapai pada 15 Ogos 2011.
  21. ^ Khaled Yacoub Oweis (29 April 2011). "Muslim Brotherhood endorses Syria protests". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 15 Ogos 2011.
  22. ^ Joseph Holliday (2012), Syria's Maturing Insurgency (PDF), Middle East Security Report 5, Institute for the Study of War, m/s. 7, dicapai pada 9 Julai 2012 Unknown parameter |separator= ignored (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  23. ^ Syrians in Ontario give rebels reinforcements from afar
  24. ^ "Syria Army Lost 6% of Armored Force – Report". Israelnationalnews.com. 7 Mei 2012. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  25. ^ Foreign Fighters Trickle into the Syrian Rebellion Diarkibkan 2014-02-20 di Wayback Machine The Washington Institute
  26. ^ a b c "Syrian Observatory for Human Rights". Syriahr.com. Dicapai pada 13 Julai 2012.
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan deathorexchange tidak disediakan
  28. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Shabiha tidak disediakan
  29. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan over120 tidak disediakan
  30. ^ a b "Syria: Opposition, almost 11,500 civilians killed". Ansamed.ansa.it. 3 Januari 2010. Dicapai pada 17 Mei 2012.
  31. ^ a b 760 Martyrs, may God's mercy be on them all
  32. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Violations Documenting Center tidak disediakan
  33. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Sunnifighters tidak disediakan
  34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan morethan13000 tidak disediakan
  35. ^ "PBB sahkan Syria di kancah perang saudara". Sinar Harian. 13 Jun 2012. Dicapai pada 18 Julai 2012.
  36. ^ "Syria funeral hit with teargas, protesters wounded: report". Agence France-Presse (via Google News). 19 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-13. Dicapai pada 19 September 2011.
  37. ^ "Syrian Protests Add to Pressure on Assad Regime". The Wall Street Journal. 23 Mac 2011. Dicapai pada 23 September 2011.
  38. ^ Anthony Shadid (13 Jun 2011). "Syrian Unrest Stirs New Fear of Deeper Sectarian Divide". The New York Times.
  39. ^ "Syrian army tanks 'moving towards Hama'". BBC News. 5 Mei 2011. Dicapai pada 20 Januari 2012.
  40. ^ "'Dozens killed' in Syrian border town". Al Jazeera. 17 Mei 2011. Dicapai pada 12 Jun 2011.
  41. ^ "'Defected Syria security agent' speaks out". Al Jazeera. 8 June 2011. Dicapai pada 21 June 2011.
  42. ^ CNN wire staff (7 April 2012). "Opposition: 127 Dead As Syrian Forces Target Civilians". Thedenverchannel.com. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  43. ^ "Arab League delegates head to Syria over 'bloodbath'". USA Today. 22 Disember 2011. Dicapai pada 10 April 2012.
  44. ^ David Enders (19 April 2012). "Syria's Farouq rebels battle to hold onto Qusayr, last outpost near Lebanese border". Myrtlebeachonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-25. Dicapai pada 17 Mei 2012.
  45. ^ 30 Syrian soldiers flees to Iraq's Kurdish region: official
  46. ^ "Syria: Refugees brace for more bloodshed". News24. 12 Mac 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  47. ^ "Syrian Refugees May Be Wearing Out Turks' Welcome". NPR. 11 Mac 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  48. ^ "Syria crisis: Turkey refugee surge amid escalation fear". BBC News. 6 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  49. ^ "UNICEF says 400 children killed in Syria". The Courier-Mail. 8 Februari 2012. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  50. ^ Eyder Peralta (3 Februari 2012). "Rights Group Says Syrian Security Forces Detained, Tortured Children: The Two-Way". NPR. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  51. ^ "Syria: Local Residents Used as Human Shields". Huffington Post. 26 Mac 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  52. ^ "UN report accuses Syrian troops of torturing and executing children, and of using children as "human shields"". Blogs.aljazeera.net. 12 Jun 2012. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  53. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nyt-suspended tidak disediakan
  54. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc-45066 tidak disediakan
  55. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aje-ki-moon tidak disediakan
  56. ^ Khaled Yacoub Oweis (14 Ogos 2011). "Tank, navy attack on Syria's Latakia kills 24-witnesses". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 14 September 2011.
  57. ^ "GCC urges end to Syrian 'bloodshed,' calls for reforms". Al Arabiya. 6 Ogos 2011. Dicapai pada 7 September 2011.
  58. ^ Adrian Blomfield (8 Ogos 2011). "Syria unrest: Saudi Arabia calls on 'killing machine' to stop". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 14 Ogos 2011. Unknown parameter |source= ignored (bantuan)
  59. ^ "Fresh deaths in Syria crackdown". Al Jazeera English. 28 Ogos 2011. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  60. ^ "Obama Administration Condemns Syrian Violence Against Protests". Bloomberg. 18 Mac 2011.
  61. ^ "NATO rules out Syria intervention". Aljazeera. 1 November 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
  62. ^ "Russia will not allow military intervention in Syria: FM". Hurriyet Daily News. 1 November 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
  63. ^ Neil MacFarquhar (12 Novermber 2011). "Arab League Votes to Suspend Syria". The New York Times. Dicapai pada 12 November 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  64. ^ "Syria in civil war, Red Cross says". BBC. 15 Julai 2012. Dicapai pada 15 Julai 2012.
  65. ^ "Red Cross: Syrian conflict now a civil war". The Guardian. 15 Julai 2012. Dicapai pada 15 Julai 2012.
  66. ^ "Video, Syria: Troops Storm Damascus Suburb And Arrest Hundreds Of People". Sky News. Dicapai pada 8 September 2011.
  67. ^ "Fresh Violence Hits Syrian Town". Al Jazeera English. Dicapai pada 3 September 2011.
  68. ^ "Syrian Tanks Enter 'Protest Hub' Baniyas". Al Jazeera English. Dicapai pada 8 September 2011.
  69. ^ Syrian army tanks 'moving towards Hama'. BBC News.
  70. ^ "'Dozens killed' in Syrian border town – Middle East". Al Jazeera English. 17 Mei 2011. Dicapai pada 12 September 2011.
  71. ^ "'Defected Syria security agent' speaks out". Al Jazeera English. 8 Jun 2011. Dicapai pada 21 September 2011.
  72. ^ "Syrian army starts crackdown in northern town". Al Jazeera English. Dicapai pada 12 Jun 2011.