Perang Yugoslavia

(Dilencongkan dari Perang saudara Yugoslavia)
Perang Yugoslavia

Arah jam dari atas-kiri: Pengiring Polis Slovenia menahan askar JNA kembali ke unit mereka semasa Perang Kemerdekaan Slovenia 1991; Sebuah kereta kebal musnah semasa Pertempuran Vukovar; Pemasangan peluru berpandu anti kereta kebal semasa Pengepungan Dubrovnik; Pengkebumian semula mangsa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995 pada 11 Julai 2010; kenderaan PBB dipandu di jalan-jalan Sarajevo semasa Pengepungan Sarajevo.
Tarikh31 Mac 1991 – 11 Jun 1999 / 12 November 2001
(10 tahun, 7 bulan, 1 minggu dan 5 hari)
Lokasi
Keputusan Pembubaran SFR Yugoslavia dan penubuhan negara-negara pengganti yang merdeka
Jumlah korban: kira-kira 140,000[1][2]
Diusir: kira-kira 4,000,000[3]

Perang Yugoslavia merujuk pada satu siri peperangan gerila berasaskan etnik yang terjadi bermula pada tahun 1991 sehingga 1999/2001[Note 1] di wilayah bekas Yugoslavia. Peperangan ini meletus di sebabkan oleh perpecahan negara Yugoslavia, apabila negara-negera pendirinya mengistiharkan kemerdekaan, tetapi isu-isu oleh etnik minoriti di negara-negara baru ini (terutamanya Serb, Croat dan Albania) mash gagal diselesaikan semasa negara ini diakui oleh pihak antarabangsa. Peperangan ini secara umumnya dianggap sebagai satu siri-siri perang yang berasingan tetapi konflik ketenteraan berkaitan yang mana meletus, yang dan mejejaskan kebanyakan republik-republik di bekas Yugoslavia.[5][6][7]

Kebanyakan peperangan ini berakhir dengan perjanjian damai, melibatkan pengakuan penuh oleh pihak antarabangsa kepada negara-negara baru ini, tetapi membawa kerosakan ekonomi yang teruk ke wilayah ini. Awalnya, Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) berusaha untuk mengekalkan kesatuan seluruh negara Yugoslavia dengan menumpaskan kerajaan pemisah tetapi kemudian dipengaruhi oleh kerajaan Serbia yang diketuai Slobodan Milošević membangkitkan rhetorik nasionalis Serbia dan kesanggupan menggunakan negara Yugoslavia untuk mengekalkan kesatuan etnik Serb dalam sebuah negara. Akibatnya, JNA mula kehilangan tentera dari etnik Slovene, Croat, Albania Kosovo, Bosniak, dan Macedonia, dan menjadi tentera bagi etnik Serb.[8] Berdasarkan laporan PBB pada tahun 1994, pihak Serb tidak bertujuan untuk memulihkan negara Yugoslavia, tetapi untuk menubuhkan sebuah negara "Serbia Raya" daripada wilayah-wilayah di Croatia dan Bosnia.[9]

Pergerakan-pergerakan lain mula muncul berkaitan dengan perang ini seperti "Albania Raya"[10][11][12][13][14] dan "Croatia Raya",[15][16][17][18][19] bagaimanapun– tidak seperti kes Serbia – pergerakan ini kemudian ditiggalkan secara aman apabila rundingan diplomasi antarabangsa masing-masing menamatkan konflik Bosniak-Croat melalui Persetujuan Washington dan menamatkan cita-cita Kosovo untuk bergabung dengan Albania.[20]

Perang ini sering kali digambarkan sebagai konflik paling berdarah di Eropah sejak Perang Dunia II. Konflik ini juga menjadi tanda penglibatkan banyak jenayah perang yang dilakukan termasuk pembersihan etnik, jenayah kemanusiaan dan perogolan. Penghapusan etnik Bosnia merupakan jenayah Eropah pertama sejak Perang Dunia II yang menghakimi penjenayah penghapusan etnik dan ramai tokoh-tokoh penting yang akan disabitkan dengan dakwaan jenayah perang ini.[21] Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) telah ditubuhkan oleh PBB untuk mendakwa para penjenayah ini.[22]

Berdasarkan pada Pusat Antarabangsa untuk Keadilan Perubahan, Perang Yugoslavia mengakibatkan kematian 140,000 orang.[1] Pusat Undang-undang Kemanusiaan menganggarkan konflik-konflik di republik-republik bekas Yugoslavia menyebabkan sekurang-kurangnya 130,000 orang kehilangan nyawa mereka.[2]

Nota sunting

  1. ^ Some historians narrow the conflicts only to Slovenia, Croatia, Bosnia and Herzegovina and Kosovo in the 1990s.[4] Others also include the Preševo Valley Conflict and Insurgency in Macedonia (2001).

References sunting

  1. ^ a b "Transitional Justice in the Former Yugoslavia". International Center for Transitional Justice. 1 January 2009. Dicapai pada 8 September 2009.
  2. ^ a b "About us". Humanitarian Law Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2011. Dicapai pada 17 November 2010.
  3. ^ "Transitional Justice in the Former Yugoslavia". ICJT. International Center for Transitional Justice. 1 January 2009.
  4. ^ Shaw 2013, m/s. 132.
  5. ^ Judah, Tim (17 February 2011). "Yugoslavia: 1918–2003". BBC. Dicapai pada 1 April 2012.
  6. ^ Finlan (2004), p. 8
  7. ^ Naimark (2003), p. xvii.
  8. ^ Armatta, Judith (2010), Twilight of Impunity: The War Crimes Trial of Slobodan Milosević, Duke University Press, m/s. 121
  9. ^ Annex IV – II. The politics of creating a Greater Serbia: nationalism, fear and repression
  10. ^ Jannsens, Jelle (5 February 2015). "State-building in Kosovo. A plural policing perspective". Maklu. m/s. 53. ISBN 978-90-466-0749-7.
  11. ^ Totten, Samuel; Bartrop, Paul R. (2008). "Dictionary of Genocide". with contributions by Steven Leonard Jacobs. Greenwood Publishing Group. m/s. 249. ISBN 978-0-313-32967-8.
  12. ^ Sullivan, Colleen (14 September 2014). "Kosovo Liberation Army (KLA)". Encyclopædia Britannica.
  13. ^ Karon, Tony (9 March 2001). "Albanian Insurgents Keep NATO Forces Busy". TIME.
  14. ^ Phillips, David L. (2012). "Liberating Kosovo: Coercive Diplomacy and U.S. Intervention". in cooperation with the Future of Diplomacy Project, Belfer Center for Science and International Affairs. The MIT Press. m/s. 69.
  15. ^ International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (29 May 2013). "Prlic et al. judgement vol.6 2013" (PDF). United Nations. m/s. 383.
  16. ^ Gow, James (2003). "The Serbian Project and Its Adversaries: A Strategy of War Crimes". C. Hurst & Co. m/s. 229. ISBN 9781850654995.
  17. ^ van Meurs, Wim, penyunting (11 November 2013). "Prospects and Risks Beyond EU Enlargement: Southeastern Europe: Weak States and Strong International Support". Springer Science & Business Media. m/s. 168.
  18. ^ Thomas, Raju G. C., penyunting (2003). "Yugoslavia Unraveled: Sovereignty, Self-Determination, Intervention". Lexington Books. m/s. 10.
  19. ^ Mahmutćehajić, Rusmir (1 February 2012). "Sarajevo Essays: Politics, Ideology, and Tradition". State University of New York Press. m/s. 120.
  20. ^ Economist (18 January 2007). "What happened to Greater Albania?". The Economist. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  21. ^ Bosnia Genocide, United Human Rights Council, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-13, dicapai pada 13 April 2015
  22. ^ Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 827 S-RES-827(1993) on 25 May 1993

Sumber-sumber sunting

Buku-buku sunting

Rencana jurnal saintifik sunting

Sumber-sumber lain sunting

Pautan luar sunting

Templat:Yugoslavia topics Templat:Yugoslavia timeline Templat:Fall of Communism